SYARIKAT teknologi maklumat, Tricubes Bhd yang memperoleh kontrak menguruskan Projek E-mel 1Malaysia menyasarkan 5.4 juta pengguna menjelang hujung tahun ini apabila ia siap dilaksanakan mulai Julai ini.
Ketua Eksekutifnya, Khairun Zainal Mokhtar berkata, Tricubes juga mengesahkan syarikatnya kini sedang berbincang dengan beberapa agensi kerajaan untuk memperkenalkan sistem terbabit.
“Tricubes menjamin tahap keselamatan sistem yang tinggi bagi mengelakkan kebocoran maklumat pengguna. E-mel itu akan memberi pilihan kepada pengguna untuk meningkatkan keselamatan sama ada menggunakan peranti USB atau pembaca biometrik,” katanya.
Tricubes dan syarikat perisian terkemuka, Microsoft juga kini bekerja rapat untuk memastikan integriti dan kerahsiaan pengguna berada pada tahap tinggi.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment