KUALA LUMPUR – Penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman berhasrat menyaman bekas isteri pemain badminton negara Muhd Roslin Hashim, Norhayati Othman, 39, yang didakwa telah membuat dakwaan khalwat ke atasnya sehingga menjatuhkan maruah diri dan keluarganya tahun lalu.
Menurut peguam syarie, Roslizam Rahim yang mewakili Raja Azmi, anak guamnya itu turut bercadang mengemukakan saman yang serupa terhadap kesemua yang terlibat dalam fitnah tersebut.
Bagaimanapun, dia tidak memberitahu bila saman itu akan difailkan di mahkamah.
Sementara itu, Raja Azmi dipanggil ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam bagi memberi keterangan berhubung satu dakwaan khalwat dengan Muhd. Roslin pada tahun lalu.
Wanita itu hadir bersama suaminya, bekas pemain badminton, Jailani Sidek dan Roslizam ke Pejabat Hal Ehwal Siasatan Jawi pukul 10.45 pagi.
Menurut Roslizam, anak guamnya itu memberi keterangan selama dua jam kepada pegawai penyiasat berhubung satu laporan khalwat difahamkan dibuat oleh Norhayati.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment