Showing posts with label kes khalwat artis malaysia. Show all posts
Showing posts with label kes khalwat artis malaysia. Show all posts

Friday, June 24, 2011

Kes Khalwat Ako Mustapha Diketahui September

| Friday, June 24, 2011 | 0 comments



SHAH ALAM: Rayuan yang difailkan oleh pelakon, Ako Mustapha terhadap hukuman bagi kesalahan berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam, akan diputuskan pada September depan.

Pegawai Pendakwa Syarie, Zusyrafain Mohd Yusoff memberitahu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis, menetapkan 13 September depan sebagai tarikh untuk memberikan keputusan.

Ako memfailkan rayuan itu selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, memerintahkan agar dia dihukum penjara tiga bulan dan denda RM3,000 kerana berkhalwat dengan seorang jurusolek artis, Anang Sagunting, 25.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menjatuhkan hukuman tersebut pada 21 April 2009.

Pelakon yang membintangi drama Halimah Jongang itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Oakleaf Park, Persiaran Bukit Antarabangsa jam 1.20 pagi, 27 Jun 2007.

Ako hanya datang menyerah diri ke mahkamah pada 20 Januari lalu selepas waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalannya hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding sejak kes itu mula disebut pada 2007.

Prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah dijalankan di hadapan Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad dan Ako diwakili oleh peguam syarie, Akbardin Abdul Kader.

Readmore..

Tuesday, April 19, 2011

Raja Azmi mahu saman bekas isteri Roslin Hashim

| Tuesday, April 19, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR – Penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman berhasrat menyaman bekas isteri pemain badminton negara Muhd Roslin Hashim, Norhayati Othman, 39, yang didakwa telah membuat dakwaan khalwat ke atasnya sehingga menjatuhkan maruah diri dan keluarganya tahun lalu.

Menurut peguam syarie, Roslizam Rahim yang mewakili Raja Azmi, anak guamnya itu turut bercadang mengemukakan saman yang serupa terhadap kesemua yang terlibat dalam fitnah tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak memberitahu bila saman itu akan difailkan di mahkamah.

Sementara itu, Raja Azmi dipanggil ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam bagi memberi keterangan berhubung satu dakwaan khalwat dengan Muhd. Roslin pada tahun lalu.

Wanita itu hadir bersama suaminya, bekas pemain badminton, Jailani Sidek dan Roslizam ke Pejabat Hal Ehwal Siasatan Jawi pukul 10.45 pagi.

Menurut Roslizam, anak guamnya itu memberi keterangan selama dua jam kepada pegawai penyiasat berhubung satu laporan khalwat difahamkan dibuat oleh Norhayati.

Readmore..

Tuesday, November 2, 2010

Penyampai radio dicekup khalwat

| Tuesday, November 2, 2010 | 0 comments

ALOR SETAR: Dia dikenali sebagai penyampai radio yang mempunyai ramai peminat sendiri namun itu tidak menghalang pihak berkuasa daripada menahannya atas tuduhan berkhalwat bersama pasangan berusia 24 tahun, malam kelmarin.

Ketika ditahan deejay yang juga penerbit rancangan radio di utara berusia 34 tahun itu memberi alasan menemani teman wanitanya yang tinggal berseorangan di rumah sewa di Taman Tunku Sarina, Jitra dekat sini, menjamu selera.

Pasangan itu dicekup kira-kira jam 11.15 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).

Difahamkan, ‘orang kuat’ stesen radio itu mengenali wanita berkenaan yang berasal dari Sarawak ketika wanita itu membuat latihan amali di stesen radio tempat dia bekerja beberapa bulan lalu.

Menurut sumber, hasil maklumat orang awam, sepasukan anggota PADKP bergegas ke sebuah rumah di taman perumahan itu dan mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila mendapati rumah berkunci.

Katanya, apabila pintu diketuk, seorang lelaki berpakaian lengkap membukanya dan membenarkan pemeriksaan dijalankan di dalam rumah berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati ada seorang wanita di dalam rumah itu yang turut berpakaian lengkap dan siasatan mendapati mereka tiada hubungan mahram atau suami isteri.

“Lelaki itu mengaku mengenali pasangannya ketika wanita yang berasal dari Sarawak itu menjalani latihan amali di stesen radio berkenaan beberapa bulan lalu,” katanya.

Sumber itu berkata, penyampai radio itu juga memberi alasan menemani pasangannya menjamu selera kerana wanita itu menyewa seorang diri di rumah berkenaan.

Difahamkan, penyampai radio itu terkenal di kawasan utara Semenanjung menduda sejak beberapa tahun lalu manakala wanita berkenaan masih bujang.

Sumber itu berkata, sebelum ini pihaknya menerima aduan penyampai radio berkenaan kerap bermalam di rumah wanita itu selepas waktu kerja atau pada hari cuti dan hanya pulang keesokan hari.

“Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan pasangan itu boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Readmore..

Monday, September 27, 2010

Artis dicekup di rumah janda

| Monday, September 27, 2010 | 0 comments

PUTRAJAYA: Seorang penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an dan awal 1990-an memberi alasan datang berhari raya ketika dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah janda dipercayai kekasihnya di kuarters kerajaan di Presint 15, di sini, kelmarin.

Artis berusia dalam lingkungan awal 50-an itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu premis itu pada kira-kira jam jam 11.45 malam.

Menurut sumber, artis terbabit dipercayai sudah beberapa kali mengunjungi kekasihnya yang menginap di tingkat dua kuarters 15 tingkat itu sebelum penguat kuasa Jawi menyerbu premis itu.

Sebelum itu, penguat kuasa Jawi mendapat maklumat awam berkaitan kehadiran artis itu di rumah janda beranak dua berusia lingkungan 30-an yang juga kakitangan kerajaan di sebuah kementerian, di sini, yang dikatakan berdua-duaan di dalam rumah itu, sejak jam 10.40 malam.

Sumber itu berkata, lima penguat kuasa Jawi membuat pemeriksaan dan terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum dibuka artis terbabit dan ketika itu pasangannya berpakaian kemas seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

“Seperti biasa, penguat kuasa Jawi kemudian memasuki rumah dan melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang wanita yang juga berpakaian lengkap duduk di kerusi di satu sudut di dalam rumah itu.

“Artis terbabit yang dipercayai panik cuba melepaskan diri, cuba merayu bagi mengelak dikenakan tindakan dan secara jujur mengaku bukan mahram, tetapi tidak melakukan maksiat di rumah itu,” katanya.

Sumber berkata, alasan tidak bijak artis terbabit tidak dipedulikan penguat kuasa Jawi yang kemudian mengingatkannya perbuatan berduaan dengan wanita bukan mahram adalah perbuatan maksiat dan boleh menjurus kepada perbuatan tidak bermoral termasuk zina.

Katanya, walaupun artis terbabit memberikan pelbagai alasan termasuk kononnya mahu menghantar barang kepada kekasihnya itu, tetapi alasan itu ditolak mentah-mentah penguat kuasa.

“Selepas rayuan tidak dipedulikan, artis terbabit dan pasangannya yang sudah beberapa bulan menjanda kemudian akur sebelum dibawa ke Pejabat Jawi cawangan Putrajaya untuk disoal siasat,” katanya.

Menurut sumber itu, pasangan terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan selesai dilakukan dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah Putrajaya dalam tempoh terdekat.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen, 27, Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana melakukan khalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua penjara tahun atau kedua-duanya sekali.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com