Monday, May 2, 2011

Lebuh raya LATAR dijangka siap tengah tahun ini

| Monday, May 2, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Lebuh raya terbaru di Lembah Klang, LATAR Expressway yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Ijok yang dijadual siap pertengahan tahun ini, dijangka dapat mengalihkan kesesakan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2).

Pengerusi Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway Berhad (KLSEB), Mohamad Razali Othman berkata, laluan sepanjang 33 kilometer itu kini di peringkat akhir pembinaan dan menghubungkan pekan-pekan utama menerusi empat persimpangan dan tiga tol.

"Aktiviti komersial dan perniagaan akan menerima suntikan daripada lebuh raya ini yang memudahkan akses ke pekan-pekan terbabit," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Lebuh raya itu menghubungkan pekan di Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Batang Berjuntai, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang, selain Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, perjalanan dari hujung ke hujung dijangka mengambil masa 18 minit.

"Pembukaan LATAR Expressway itu juga bermakna 75 peratus Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) yang bertujuan mengurangkan kesesakan di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah siap," katanya.

Mohamad Razali berkata, lebuh raya itu juga menyediakan laluan ke Lebuhraya Utara-Selatan dan Guthrie Exressway.

KLSEB yang diberi kontrak membina dan menjalankan operasi sebelum menyerahkannya kepada kerajaan, akan memegang konsesi untuk tempoh 40 tahun. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com