Tuesday, June 7, 2011

1MDB tawar 500 biasiswa kepada pelajar cemerlang

| Tuesday, June 7, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menawarkan 500 biasiswa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi 8A+ untuk melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, 300 bantuan tersebut akan diberikan kepada bumiputera manakala 200 lagi akan diberi kepada bukan bumiputera.

Katanya, keutamaan biasiswa tersebut akan diberikan kepada pemohon-pemohon 8A+ yang gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bagaimanapun, kelonggaran khas juga akan diberikan kepada pemohon bumiputera di Sabah dan Sarawak yang mana mereka yang memperoleh 6A+ dan 5A+ akan dipertimbang dengan mengambil kira pendapatan ibu bapa dan kawasan persekolahan mereka, katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat biasiswa 1MDB bersama dengan wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional di sini semalam.

Mohamed Nazri berkata, bagi pengajian di IPTA, setiap pelajar akan menerima RM7,500 setahun untuk kursus kritikal dan tidak kritikal manakala pelajar yang ditawarkan pengajian di IPTS akan menerima RM15,000 untuk mengikuti kursus kritikal dan RM7,500 untuk kursus tidak kritikal.

Katanya, JPA akan mengadakan mesyuarat susulan hari ini bagi menghalusi nama pelajar yang telah disenarai pendek bagi pembahagian biasiswa tersebut sementara senarai terakhir akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum diumumkan.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata, kerajaan sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap 145 penerima biasiswa JPA yang gagal kembali berkhidmat di tanah air antara tahun 2000 hingga 31 Mei tahun ini manakala 195 kes telah diambil tindakan.

Beliau menambah, sebanyak 160 kes pula telah selesai.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com