Tuesday, June 7, 2011

Harga barang boleh disemak menerusi portal

| Tuesday, June 7, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Pengguna kini boleh mendapatkan maklumat tentang harga barangan yang dijual di 1,255 premis perniagaan melalui portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) yang akan mengemas kini sebarang perubahan harga secara harian.

Portal itu akan juga dipantau 1,200 pegawai pemantau harga (PPH) dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi memastikan peniaga yang mengambil bahagian menjual barangan mereka pada harga yang berpatutan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata premis yang mengambil bahagian membabitkan 110 pasar raya besar, 404 pasar raya, 360 pasar basah dan 381 Kedai Serbaneka 24 Jam.

Sejumlah 355 jenis barangan di pasar raya besar akan dipantau melalui portal berkenaan, 100 jenis di pasar raya, pasar basah (50 jenis) dan kedai serbaneka (100 jenis), katanya.

"Bagi pasar raya besar, mereka sendiri akan memasukkan data perubahan harga manakala bagi premis-premis lain pegawai PPH akan menjalankan tanggungjawab mereka. Sekiranya ada perubahan harga, maka mereka (pegawai PPH) akan maklumkan menerusi portal ini," katanya selepas melancarkan portal berkenaan di sini, hari ini.

Portal tersebut boleh dilayari di www.1pengguna.com. Antara harga barangan keperluan harian yang dipamerkan pada portal berkenaan ialah barangan keperluan dapur seperti ayam, ikan dan hasil laut, kicap, kunyit dan makanan kering.

Pembangunan fasa pertama portal itu membabitkan kos RM1.4 juta.
Ia adalah saluran alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan perbandingan harga semasa selain menjadi saluran untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan secara interaktif.

Ismail Sabri berkata, untuk fasa kedua, pemantauan ke atas kedai runcit dan pasar mini akan dimasukkan ke dalam portal berkenaan.

"Untuk fasa kedua, kita tengok dulu maklum balas pengguna daripada portal ini, selepas itu baru kita akan lancarkan fasa kedua dan seterusnya," katanya.

Beliau berkata, pengguna juga boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) menerusi ruang yang disediakan di dalam portal berkenaan.

Untuk rekod, hampir 6,000 aduan telah difailkan pengguna kepada TTPM pada tahun lepas dengan 98 peratus daripadanya berjaya diselesaikan, katanya.

“Sehingga Mei tahun ini, 4,400 aduan dilaporkan kepada TTPM,” katanya sambil menambah bahawa ia menunjukkan bahawa kesedaran pengguna mengenai hak mereka semakin meningkat.

Dalam ucapan perasmiannya, Ismail Sabri berkata, pengenalan portal berkenaan adalah bersesuaian dengan trend komunikasi dan penerokaan maklumat pada masa kini.

"Terdapat peningkatan di dalam bilangan pengguna Internet di Malaysia iaitu daripada 15.8 juta pengguna pada tahun 2009 kepada 16.5 juta pada tahun 2010 dan bilangan ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun iaitu sehingga 17.5 juta pengguna internet menjelang tahun 2015," katanya.

Ismail Sabri berkata, kewujudan portal berkenaan diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian di samping merapatkan hubungan kerajaan dengan rakyat.

"Adalah diharapkan melalui pembangunan portal 1Malaysia Pengguna Bijak ini, ianya akan memberikan kemudahan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat awal dan sendiri mengenai perkembangan harga terkini barangan keperluan pengguna di seluruh negara," katanya. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com