BARU-BARU ini saya menonton rancangan Bang Bang Boom! terbitan sebuah syarikat televisyen swasta tempatan. Slot terakhir rancangan itu memaparkan situasi sebuah majlis pertunangan yang mana pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan secara mengejut dan mahu masuk meminang.
Pihak perempuan terpinga-pinga, tetapi menyambut baik kedatangan rombongan meminang itu kerana lelaki terbabit adalah rakannya. Namun, selepas pihak perempuan sepakat mempersetujui pinangan itu, dan tuan punya diri juga akur menerima rakan lelaki itu sebagai tunangnya, dengan bersahaja pihak lelaki memberitahu bahawa pinangan berkenaan hanya gurauan dan cuma slot dalam rancangan komedi Bang Bang Boom!
Pihak perempuan sekali lagi terpinga-pinga dan terus beredar dari ruang tamu tanpa penjelasan. Barangkali malu, marah atau kecewa. Saya berpendapat situasi ‘pertunangan olok-olok’ ini amat menghina institusi budaya Melayu. Justeru, pihak penerbit perlu lebih prihatin dengan sensitiviti pihak lain serta aturan budaya, adat dan tatasusila.
Sebagai makluman kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, program komedi yang melampau sudah lama diharamkan di Russia kerana pernah meragut nyawa akibat ketidakpuasan hati mangsa yang dikenakan dalam sebuah rancangan komedi di sana. Moga kita dapat mengambil iktibar.
MOHD SAIPUDDIN SULIMAN,
Pengajian Bahasa, Sastera dan Budaya,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sebagai makluman kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, program komedi yang melampau sudah lama diharamkan di Russia kerana pernah meragut nyawa akibat ketidakpuasan hati mangsa yang dikenakan dalam sebuah rancangan komedi di sana. Moga kita dapat mengambil iktibar.
MOHD SAIPUDDIN SULIMAN,
Pengajian Bahasa, Sastera dan Budaya,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
2 comments:
ko yg salah phm, die bang zuan bkn fida bodoh buat malu je, tgk la bhgian kedua
blh upload bang bang boom bertarikh 28 july 2011 kat u tube....lps tu tolong hantar link ke shahril_sk8@yahoo.com.my!!!!PENTING
Post a Comment