Saturday, October 8, 2011

Teguran dibalas maki

| Saturday, October 8, 2011 | 0 comments



SAYA pernah menegur anak saudara yang tidak bertudung dan berpakaian tidak menutup aurat.

Namun teguran saya dibalas maki hamun serta saya difitnah dengan tuduhan tidak hormat mentua dan berperangai buruk oleh ibu bapa anak saudara saya. Mereka mempersendakan saya dengan mengatakan saya sebenarnya hanya berselindung di sebalik pakaian dan menuduh saya hipokrit. Sedangkan semua tuduhan mereka itu tidak betul sama sekali.

Saya dan keluarga mentua cukup bahagia. Bagaimana harus saya tangani masalah ini?

TERTEKAN
Melaka



SEBENARNYA anda sudah menjalankan tanggungjawab untuk menyuruh perkara makruf dan melarang perkara mungkar.

Ia sebahagian tanggungjawab umat Islam sebagaimana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar serta kamu pula beriman kepada Allah".

"Dan kalaulah Ahli Kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang fasik." (Surah Al ‘Imran ayat 109)

Usaha menegakkan makruf dan melarang kemungkaran tentu ada cabaran. Ini yang anda hadapi. Mungkin pendekatan kita yang tidak berhikmah menyebabkan berlaku salah faham.

Ini perlu disedari setiap kita. Seterusnya Islam mengajar supaya bersabar dalam berdakwah. Inilah sikap yang sepatutnya ada dalam diri anda iaitu sentiasa bersabar dan tenang.

Ini terkandung dalam pengajaran dari Surah al-’Asr dalam al-Quran.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com