Sunday, December 25, 2011

Yusry, Lisa bakal nikah

| Sunday, December 25, 2011 | 0 comments


PUTRAJAYA: Selepas setahun berkenalan, pasangan artis popular iaitu Lisa Surihani dan Yusry KRU menetapkan 23 Februari depan sebagai tarikh pernikahan yang akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini.

Pasangan terbabit turut memilih majlis resepsi yang akan berlangsung pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) iaitu tiga hari selepas majlis akad nikah.

Yusry berkata, tarikh berkenaan dipilih memandangkan Lisa sangat menyukai angka 23 kerana ia sinonim dengan tarikh lahir artis wanita itu yang jatuh pada 23 Mac.

Menurutnya, waktu itu dilihat lebih sesuai memandangkan mereka mempunyai komitmen masing-masing dan juga tidak terlalu cerewet mengenai pemilihan tarikh.

“Kami berpendapat, tarikh itu lebih senang kerana jadual kerja kami yang sibuk menyebabkan masa itu yang terbaik bagi kami,” katanya pada sidang media sempena pengumuman tarikh pernikahan dan majlis resepsi pasangan itu di Hotel Marriot, di sini, semalam.

Sebagai ‘tanda mengikat’ Lisa, Yusry menghantar wakil ke rumah pelakon yang membintangi filem Papa I Love You itu yang diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media, kelmarin.

“Wakil pihak lelaki menemui keluarga Lisa di rumahnya semalam (kelmarin) bertanyakan persetujuan Lisa untuk menerima saya sebagai bakal suaminya.

“Ia bukan majlis bertunang kerana tiada rombongan yang ramai dan tidak ada dulang hantaran. Wakil pihak lelaki datang untuk ‘cop’ Lisa dan bertanya mengenai lamaran saya,” katanya sambil menyifatkan mereka tidak berniat menyembunyikan hal itu daripada pihak media.

Katanya, mereka tidak akan mengadakan majlis pertunangan, sekali gus menumpukan kepada majlis akad nikah dan resepsi kedua-dua pihak.

Mengenai desas-desus perkahwinan pasangan itu yang akan bersiaran langsung di Astro, Yusry berkata, perkara itu berkaitan antara pihak pengurusan mereka serta Astro dan setakat ini belum ada perbincangan mengenainya.

Sementara itu, Lisa berkata, mereka masih memikirkan konsep dan tema kedua-dua majlis berkenaan, sekali gus merancang ia diadakan secara sederhana.

“Yang pasti, majlis ini adalah hari bersejarah bagi kami, tetapi tidaklah sampai menjadikannya sebagai ‘wedding of the year’,” katanya.


Update:
Foto sekitar Majlis Pernikahan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani di Hotel Marriot Putrajaya

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com