
PUTRAJAYA - Hanya dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed kini sah menjadi isteri kepada pengarah, Yusry Abdul Halim setelah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya semalam (23/02/2012).
Disaksikan lebih 250 ahli keluarga terdekat kedua-dua pasangan, Lisa, 26, dan Yusry, 39, dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed.
Ketika ditemui selepas majlis berakhir, Lisa meluahkan rasa syukur dan gembira kerana percintaan yang terjalin di antara mereka sejak tahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya impian untuk mendirikan rumah tangga bersama Yusry telah termakbul.
"Walaupun gembira apabila sudah bergelar isteri tetapi saya agak sebak sebab arwah ayah tidak menyaksikan perkahwinan saya," ujarnya yang popular menerusi filem Ombak Rindu itu.
Pada majlis yang bertemakan Winter Garden itu, Lisa yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran, manakala Yusry yang segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor dan Nuratikah Songket menerima sembilan dulang hantaran.
Foto sekitar Majlis Pernikahan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani di Hotel Marriot Putrajaya






Popular Posts
Friday, February 24, 2012
Majlis Pernikahan Yusry dan Lisa Surihani
Sunday, February 19, 2012
Debaran Yusry dan Lisa Surihani
KUALA LUMPUR: Berbaki tiga hari lagi bergelar dara, pelakon Lisa Surihani masih mengamalkan pantang larang ‘darah manis’ apabila tidak bertemu bakal suaminya, Yusri KRU sejak selesai penggambaran filem gandingan bersama, Ular, 10 Februari lalu.
Lisa, 25, bakal diijabkabulkan dengan Yusry, 38, Khamis ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, selepas setahun berkenalan.
Majlis resepsi pula akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari ini.
“Kali terakhir saya menemui Yusry dua minggu lalu, itu pun atas urusan kerja. Pertemuan itu bukan sekadar suka-suka nak ‘dating’, malah kami juga tidak keluar berdua-duaan.
“Namun apabila menyentuh bab urusan perkahwinan, kami berdua lebih senang berhubung menerusi telefon. Syukur, Yusry sangat memahami keadaan itu.
“Mengenai persiapan majlis pernikahan dan resepsi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini. Cuma ada beberapa perkara yang perlu disempurnakan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.
Dengan nada ceria, Lisa berkata, dia baru selesai mengikuti upacara mandi bunga dan berinai bersama sepupu rapat serta teman baiknya.
“Esok (hari ini), saya akan ke rumah nenek di Petaling Jaya bagi majlis khatam al-Quran yang dijangka bermula selepas solat Maghrib.
“Semua barang hantaran saya yang pilih sendiri, begitu juga di pihak Yusry. Namun minta maaf, saya tidak boleh beritahu apa yang dibeli kerana ia kejutan khas buat Yusry,” katanya yang memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Mengulas warna tema bagi majlis pernikahan, Lisa berkata, Yusry pernah meminta pandangannya dan dia mengakui lebih selesa jika persalinan berwarna bersih iaitu putih, sekali gus melambangkan kesucian.
Update:
Foto sekitar Majlis Pernikahan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani di Hotel Marriot Putrajaya
Sunday, January 8, 2012
Lokasi pernikahan Yusry dan Lisa diubah

CYBERJAYA - Pasangan selebriti, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim telah mengubah lokasi majlis pernikahan mereka pada 23 Februari ini daripada cadangan awal di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya ke Hotel Marriot Putrajaya.
Lisa menjelaskan, perubahan lokasi itu yang dibuat selepas berbincang dengan keluarga Yusry bagi mengelakkan majlis tersebut mengganggu jemaah di masjid berkenaan.
"Kami mengadakan majlis pernikahan selepas Asar. Jadi, kami bimbang mengganggu orang yang datang solat Asar di masjid itu. Majlis pernikahan yang berlangsung juga kemungkinan akan berlanjutan ke waktu Maghrib.
"Saya juga fikir bagi pihak keluarga Yusry, keluarga saya dan rakan-rakan perempuan yang mungkin tidak dapat memasuki masjid atas faktor uzur," kata Lisa ketika ditemui selepas sidang media memperkenalkan pelakon-pelakon filem Ular terbitan KRU Studios di pejabat KRU Studios di sini semalam.
Menurutnya, majlis resepsi perkahwinan tetap diadakan di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari.
Menyentuh persiapan perkahwinan, Lisa berkata, setakat ini semuanya berjalan lancar.
"Malah, kami juga sudah menjalankan ujian HIV baru-baru ini selain mengikuti kursus kahwin pada 9 dan 10 Januari ini.
"Untuk temankan Lisa, Yusry sanggup menghadiri kursus kahwin sekali lagi, "katanya.
Update:
Foto sekitar Majlis Pernikahan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani di Hotel Marriot Putrajaya
Sunday, December 25, 2011
Yusry, Lisa bakal nikah

PUTRAJAYA: Selepas setahun berkenalan, pasangan artis popular iaitu Lisa Surihani dan Yusry KRU menetapkan 23 Februari depan sebagai tarikh pernikahan yang akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini.
Pasangan terbabit turut memilih majlis resepsi yang akan berlangsung pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) iaitu tiga hari selepas majlis akad nikah.
Yusry berkata, tarikh berkenaan dipilih memandangkan Lisa sangat menyukai angka 23 kerana ia sinonim dengan tarikh lahir artis wanita itu yang jatuh pada 23 Mac.
Menurutnya, waktu itu dilihat lebih sesuai memandangkan mereka mempunyai komitmen masing-masing dan juga tidak terlalu cerewet mengenai pemilihan tarikh.
“Kami berpendapat, tarikh itu lebih senang kerana jadual kerja kami yang sibuk menyebabkan masa itu yang terbaik bagi kami,” katanya pada sidang media sempena pengumuman tarikh pernikahan dan majlis resepsi pasangan itu di Hotel Marriot, di sini, semalam.
Sebagai ‘tanda mengikat’ Lisa, Yusry menghantar wakil ke rumah pelakon yang membintangi filem Papa I Love You itu yang diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media, kelmarin.
“Wakil pihak lelaki menemui keluarga Lisa di rumahnya semalam (kelmarin) bertanyakan persetujuan Lisa untuk menerima saya sebagai bakal suaminya.
“Ia bukan majlis bertunang kerana tiada rombongan yang ramai dan tidak ada dulang hantaran. Wakil pihak lelaki datang untuk ‘cop’ Lisa dan bertanya mengenai lamaran saya,” katanya sambil menyifatkan mereka tidak berniat menyembunyikan hal itu daripada pihak media.
Katanya, mereka tidak akan mengadakan majlis pertunangan, sekali gus menumpukan kepada majlis akad nikah dan resepsi kedua-dua pihak.
Mengenai desas-desus perkahwinan pasangan itu yang akan bersiaran langsung di Astro, Yusry berkata, perkara itu berkaitan antara pihak pengurusan mereka serta Astro dan setakat ini belum ada perbincangan mengenainya.
Sementara itu, Lisa berkata, mereka masih memikirkan konsep dan tema kedua-dua majlis berkenaan, sekali gus merancang ia diadakan secara sederhana.
“Yang pasti, majlis ini adalah hari bersejarah bagi kami, tetapi tidaklah sampai menjadikannya sebagai ‘wedding of the year’,” katanya.
Update:
Foto sekitar Majlis Pernikahan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani di Hotel Marriot Putrajaya
Wednesday, June 22, 2011
Percintaan Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim
Kematangan Yusry memikat
JUJUR...Lisa akui harus membiasakan diri dengan gosip peribadi selepas ini.
UMUM mengetahui kebelakangan ini cerita peribadi lebih menjadi bualan hangat bagi pelakon jelita, Lisa Surihani Mohamed.
Ini kerana percintaannya dengan duda dan pengarah filem popular, Yusry Abdul Halim bukanlah satu rahsia lagi.
Apapun, Lisa tetap profesional antara cinta dan karier. Bahkan, gadis berusia 25 tahun ini masih sibuk dengan pelbagai aktiviti seni termasuk sebagai duta produk.
Baru-baru ini pun, Lisa dipilih menjadi duta produk tuala wanita, Sofy.
Mengikat kontrak selama setahun, Lisa berkata dia akan memberikan komitmen sebaik mungkin untuk mempromosi produk itu.
Malah, Lisa juga bersedia untuk turun padang ke beberapa lokasi promosi selain beramah mesra dengan pengguna di facebook (FB).
Sedar jadualnya kini sangat padat, apakan daya dia harus akur. Apatah lagi, di sebalik kesibukannya sebagai insan seni popular, Lisa juga terpilih menyertai perbincangan Meja Bulat 1Malaysia bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Teruja dan menganggap ia penghargaan besar pada dirinya, Lisa menolak sepenuhnya tanggapan pembabitannya di dalam persidangan itu kerana ingin menyertai politik.
Katanya, penyertaan dia pada persidangan itu akan membincangkan isu sosial saja.
“Saya tidak akan menyentuh sedikit pun isu berkaitan politik atau ekonomi. Ia lebih tertumpu kepada isu sosial yang bersesuaian dengan usia serta bidang kerja saya. Jujur saya akui, diri ini kurang arif untuk berbincang mengenai politik.
“Malah, saya juga akui tiada minat untuk menyertai politik. Barangkali, mungkin saya tidak dikelilingi individu yang menyertai politik, jadi minat itu tiada. Apapun, saya mahu mendekatkan golongan muda tanah air dengan program amal.
“Menyentuh soal program amal, tidak semestinya menderma wang ringgit. Ia boleh disalurkan dalam banyak aspek bantuan. Perkara ini harus diberikan penjelasan sebaik mungkin supaya suatu hari nanti program amal akan jadi budaya dalam masyarakat,” katanya.
Selain Lisa, personaliti televisyen terkenal, Aznil Nawawi dan ikon rock negara, Amy Search antara selebriti tempatan yang terpilih menyertai perbincangan meja bulat itu. 
HATI SUDAH DIMILIKI...umum mengetahui jalinan kasih antara Lisa dan Yusry.
Berbicara mengenai percintaannya, Lisa berkata dia kini harus membiasakan diri apabila kisah peribadinya lebih menjadi tumpuan selain karier.
Tak dinafikan selama empat tahun dalam industri sebelum ini memang kisah karier yang difokuskan.
“Bagaimanapun, kini saya harus lebih bersedia berhadapan dengan gosip. Biarpun, ia bukan perkara baru, tetapi saya tidak boleh lagi menganggap gosip sebagai usikan manja semata-mata seperti dengan Farid Kamil dulu. Antara Yusry dan saya ada sahihnya.
“Apapun, saya akui tidak begitu gemar bercerita mengenai kisah peribadi. Ini kerana hubungan kami pun masih dalam proses mengenal hati budi. Bahkan, berkaitan soal jodoh kami berdua selesa menyerahkan semuanya pada ketentuan Tuhan.
“Jadi, jangan ditanya bila dan apa saja berkaitan perancangan masa depan kerana saya tidak mahu meletakkan sebarang sasaran untuk mendirikan rumah tangga. Bagi saya, jika ada jodoh, Tuhan pasti aturkan semuanya.
“Saya belajar daripada pengalaman lalu. Ketika berkawan dengan seseorang sebelum Yusry, saya pernah meletakkan sasaran mahu membina keluarga pada usia 24 tahun.
“Namun, impian itu tak kesampaian dan kini saya tidak mahu terlalu fikirkan jodoh,” katanya.
Tenang mengungkap kata-kata dan tak lekang mengukir senyum, Lisa berkata dia menerima Yusry kerana kematangannya.
Ujar Lisa, sebagai wanita timur, prinsip tradisional Melayu masih utuh menjadi pegangannya yang mana biarlah lelaki meluahkan dulu.
Selain laris di layar perak, Lisa juga aktif berlakon drama dan kini dia turut memikul tanggungjawab sebagai pengacara program realiti TV, Mari Menari musim kedua di Astro Ria di saluran 104 di samping pengacara dan pelakon, Awal Ashaari.
Ketika dikaitkan dirinya yang banyak mendapat tawaran umpama pisang goreng panas, Lisa berkata setakat ini dia sangat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh. 
GEMBIRA...Lisa bersyukur dengan rezeki melimpah ruah.
Ujarnya, namun ia tidaklah sampai ke tahap dia tak menang tangan untuk menerimanya.
“Buat masa ini, apa yang boleh saya ucapkan hanyalah kesyukuran. Saya gembira di kala industri hiburan tanah air yang kian membangun pesat dan kemunculan artis baru, diri ini masih diterima baik peminat. Saya berasa syukur dan sangat bertuah.
“Apapun, mengenai produk Sofy ini saya secara jujurnya mengakui memang berpuas hati. Sebagai gadis yang lasak dan sibuk dengan pelbagai aktiviti, kedatangan haid ada kalanya mengganggu batas pergerakan. Tetapi, dengan Sofy 360 baru, saya tiada masalah.
“Oleh itu, saya berterima kasih dengan kepercayaan pihak Sofy yang memilih saya sebagai duta produk ini. Saya akan memberikan kerjasama dan komitmen baik sebagai menghargainya. Malah, menariknya juga ada permainan interaktif FB untuk pengguna.
“Kepada mereka yang berminat boleh melayari FB Sofy dan bermain permainan ini. Bagi pengguna yang berjaya, mereka akan berpeluang memeriahkan rumah terbuka Aidilfiri bersama saya. Apapun, ia memang satu permainan menarik untuk anda cuba,” katanya.
Berbicara mengenai filemnya, Lisa berkata peminat jangan lupa ke pawagam menyaksikan gandingan mantapnya bersama Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), Shaheizy Sam dalam filem Sekali Lagi arahan Hashim Rejab pada 30 Jun ini.
Update:
Foto sekitar Majlis Pernikahan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani di Hotel Marriot Putrajaya
THERE ARE MORE HERE
-
THE Kenanga Wholesale City, which is earmarked for completion by early 2010, is poised to be a landmark hub for Kuala Lumpur's wholesale...
-
Nikah isteri ketiga Kuala Lumpur: Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 49, selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama ana...
-
Keluarga sihat terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian Ciri-ciri keluarga sihat :...
-
Halang dedah maklumat sulit KUALA LUMPUR: Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi...
-
" BILA nak berkahwin? ", " sampai bila mahu terus membujang? ", " bila lagi emak nak terima menantu? " dan pel...
-
KUALA LUMPUR: Sex education will be taught in all primary schools from Year One next year. Called social and reproductive health education, ...
-
PETALING JAYA: 15 barang harga terkawal akan disenarai di bawah skim kawalan harga musim perayaan Tahun Baru Cina berkuatkuasa dua atau tiga...
-
Resdung 1 Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk...
-
SHAH ALAM: Jenaka bersahaja dan meyakinkan membuatkan Man atau nama sebenarnya Abd Rahman dipilih menjadi juara Raja Lawak musim kelima (RL5...
-
SHAH ALAM: Seorang wanita memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail, dan tiga anggota keluargany...

