KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang sudah bercucu bukan saja lebur lebih RM600,000, malah tergamak mengheret suaminya yang menghidap penyakit angin ahmar ke mahkamah untuk menuntut cerai selepas menjadi angau dek panahan cinta palsu playboy warga Afrika.
Mahu dikenali sebagai Sofea, eksekutif syarikat swasta berusia 58 tahun itu tetap mencintai lelaki pak hitam itu dan enggan berpisah walaupun kekasihnya ditahan pihak berkuasa tempatan kerana menggunakan dokumen palsu sepanjang beberapa tahun di negara ini.
Menceritakan kisahnya ketika ditemui baru-baru ini, kata Sofea, dia mula menyedari diperdayakan apabila wang simpanan serta tabungan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah lebih RM600,000 hangus begitu saja.
Kenapa ada suami MANJA?
1 week ago

