
ALLY Iskandar bersama Nurfarahin selamat diijabkabul di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
Nurfarahin terima rumah sebagai hadiah perkahwinan
KUALA TERENGGANU: Pengacara TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nurfarahin Romli, 23, dengan dua kali lafaz pada majlis akad nikah di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, di sini, jam 10.03 pagi semalam.
Ally Iskandar yang segak mengenakan persalinan baju Melayu putih dinikahkan jurunikah Kampung Atas Tol, Mohd Abu Bakar, dengan mas kahwin RM250, berwalikan bapa mentuanya, Romli Ismail, 60.
Nurfarahin yang lebih dikenali sebagai Farah Lee di kalangan rakan, mengenakan gaun rona sama tidak menerima wang hantaran, sebaliknya dihadiahkan sebuah rumah yang dibeli Ally Iskandar di Damansara, Kuala Lumpur.
Pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan, manakala pengantin perempuan menerima balasan tujuh dulang hantaran.
Majlis akad nikah dihadiri lebih 500 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan. Wakil keluarga pengantin perempuan mengenakan pakaian sedondon warna kelabu, manakala persalinan hijau bagi keluarga pengantin lelaki.
Majlis akad nikah dan gubahan hantaran diuruskan oleh perancang perkahwinan, Joosaidy Johari manakala hantaran kedua-dua belah pihak digubah mengikut elemen tradisional dan elegan, termasuk penggunaan tembaga dan rotan, yang menjadi pilihan pengantin lelaki.
Ally Iskandar berkata, dia bersyukur kerana majlisnya berjalan lancar dan berdoa supaya perkahwinan dengan Nurfarahin, yang masih menuntut dan 13 tahun lebih muda berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Saya bersyukur dipertemukan dengan Nurfarahin dan saya akan memikul tanggungjawab sebagai suami dengan sebaik mungkin. Saya terpikat dengan wajah ayu isteri dan ketegasannya yang tidak mudah goyah dengan sebarang keputusan dibuatnya. Insya-Allah, saya akan menjaganya dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang,” katanya yang akan mengadakan majlis resepsi pada 5 Februari ini di Kelab Golf Tok Jembal, di sini.
Nurfarahin yang masih menuntut di tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Incheon, Korea Selatan, berkata dia bersyukur Allah mengabulkan doanya untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang baik.
“Saya bersyukur dikurniakan suami yang menyayangi saya dan keluarga, terutama kedua ibu bapa dan boleh membimbing saya,” katanya.
Popular Posts
Saturday, January 21, 2012
Ally Iskandar sah nikah
Saturday, July 24, 2010
Orlando Bloom & Miranda Kerr sah berkahwin

SYDNEY: Supermodel Miranda Kerr yang dibesarkan di kawasan luar bandar Australia dilaporkan mengahwini aktor Hollywood, Orlando Bloom, kira-kira sebulan selepas pasangan terbabit mengumumkan pertunangan mereka.
Miranda, 27, muncul sebagai model pakaian dalam Victoria Secret manakala Bloom, 33, pernah membintangi filem Pirates of the Caribbean dan The Lord of the Rings mula keluar bersama pada 2007 dan sering menafikan khabar angin mereka akan berkahwin. Bagaimanapun pegawai publisiti pasangan itu bulan lalu mengesahkan laporan mengenai hubungan dan pertunangan mereka benar. Sementara itu, pusat beli belah David Jones di Australia yang melantik Miranda sebagai dutanya, mengesahkan perkahwinan mereka dalam satu kenyataan disiarkan melalui media Australia semalam.
Miranda dilaporkan membatalkan kemunculannya bagi pelancaran fesyen musim panas dan musim bunga pusat beli belah itu akan datang.
“Kami cuba merancang semua ini sekian lama malangnya peluang kami berbulan madu jatuh pada waktu yang sama pelancaran fesyen terbaru di David Jones,” katanya dalam kenyataan itu.
“David Jones amat bermurah hati melepaskan saya untuk membolehkan saya meraikan majlis bermakna ini dan berbulan madu bersama.” – Reuters
THERE ARE MORE HERE
-
THE Kenanga Wholesale City, which is earmarked for completion by early 2010, is poised to be a landmark hub for Kuala Lumpur's wholesale...
-
Nikah isteri ketiga Kuala Lumpur: Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 49, selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama ana...
-
Keluarga sihat terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian Ciri-ciri keluarga sihat :...
-
Halang dedah maklumat sulit KUALA LUMPUR: Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi...
-
" BILA nak berkahwin? ", " sampai bila mahu terus membujang? ", " bila lagi emak nak terima menantu? " dan pel...
-
KUALA LUMPUR: Sex education will be taught in all primary schools from Year One next year. Called social and reproductive health education, ...
-
PETALING JAYA: 15 barang harga terkawal akan disenarai di bawah skim kawalan harga musim perayaan Tahun Baru Cina berkuatkuasa dua atau tiga...
-
Resdung 1 Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk...
-
SHAH ALAM: Jenaka bersahaja dan meyakinkan membuatkan Man atau nama sebenarnya Abd Rahman dipilih menjadi juara Raja Lawak musim kelima (RL5...
-
SHAH ALAM: Seorang wanita memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail, dan tiga anggota keluargany...

