Pada
suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Maizi pergi ke masjid jamik untuk
mengerjakan solat subuh.
Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk
waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil
membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan
waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat
ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil
berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai
baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk
seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa
beberapa talam yang ditutup dengan saputangan, seolah-olah seperti cahaya yang
gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu,
tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua
ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang
kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang
sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Maizy yang bermimpi
segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. “Wahai hamba Allah ! Aku lihat
engkau terlalu sedih mengapa ?” tanya Salih Al Maizy. “Wahai Salih, adakah
engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi ?” tanya
pemuda itu.“Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?” tanya
AlMaizy lagi.
Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu
berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati
yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa.
Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.
Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya
dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin
dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah
meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka
sedihlah si pemuda setiap malam dan hari Jumaat apabila melihat orang-orang
lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Maizy sangat kasihan mendengarkan cerita si
pemuda, lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan
anaknya. Si pemuda menerangkan sifat-sifat ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga.

Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi
mencari alamat ibu pemuda tersebut.Setelah mencari ke sana ke mari beliaupun
berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya
menangis mendengar keterangan Al Mazy mengenai nasib anaknya yang merana di
alam barzah. Kemudian ia berkata: "Wahai salih ! Memang betul dia adalah
anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar
dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan
tidur ketika kecilnya.”
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang
meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya
selama ini. “Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu.” Kata Al maizy lalu
bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu
menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk ke dalam biliknya lalu keluar
dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.
“Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah
untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk
berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup.” Salih Al Maizy mengambil
wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari
seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah
yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu,
Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan
sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan
bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing-masing. Si pemuda
yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan
memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :
“Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih
kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.” “Hadiah dari ibuku telah ku
terima pada hari Jumaat.” katanya lagi.
“Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?”
tanya Al Maizy. “Ya, Tahu.” “Apa tandanya ?” “Jika burung-burung di udara
berkicau dan berkata “Selamat, selamat pada hari yang baik ini, yakni hari
Jumaat.”
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba
mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana si pemuda telah mendapat rahmat
dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
Wallahualam
Readmore..