Sunday, December 19, 2010

BPA bincang dengan Kementerian Pelajaran isu pemindahan guru

| Sunday, December 19, 2010 | 0 comments

KUALA LUMPUR: Biro Pengaduan Awam (BPA) bercadang untuk menemui pegawai Kementerian Pelajaran Rabu ini bagi mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi lebih 100 guru yang diarah berpindah di Selangor dan Pulau Pinang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, berkata beliau menerima banyak aduan daripada guru-guru berkenaan yang mengharapkan bantuannya.

"Mereka perlu menyewa rumah, dan dalam beberapa kes ada antara mereka yang terpaksa merempuh perjalanan jauh berulang alik dari rumah ke sekolah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa merujuk kepada beberapa laporan media sebelum ini mengenai keluhan lebih 100 guru yang menyuarakan rasa tidak puas hati akibat dipindahkan ke sekolah baru yang jauh dari tempat tinggal mereka.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dilaporkan berkata penempatan semula ini dilihat membebankan guru-guru terbabit dan pertubuhan itu memohon agar kerajaan menimbangkan semula pemindahan itu.

Dua hari lalu, Kementerian Pelajaran menjelaskan bahawa pelaksanaan penempatan semula guru-guru ke daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam, Selangor perlu dilakukan untuk menampung kekurangan guru Bahasa Inggeris yang amat kritikal di kedua-dua daerah. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com