Tuesday, December 21, 2010

Cerita Anang dan KD dibukukan

| Tuesday, December 21, 2010 | 0 comments



KISAH perjalanan hidup Anang Hermansyah dan Krisdayanti (KD) akan dibukukan. Rumah tangga mereka yang kandas di tengah jalan akan dikupas dalam buku yang akan ditulis oleh Albertine Endah itu.

"Ia akan menjawab segala persoalan mengenai hubungan KD dan Anang," kata penulis berkenaan kepada wartawan, baru-baru ini .

Albertine yang pernah menulis autobiografi KD pada 2003 yakin buku itu dapat diterbitkan bulan depan memandangkan dia tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan butir mengenai kehidupan pasangan selebriti itu.

"Kebetulan saya dan Anang amat akrab. Kami bekerjasama ketika saya menulis autobiografi KD pada 2003. Jadi tidak ada masalah," katanya.

Menurutnya, jika tidak ada perubahan, judul buku itu ialah 'Aku dan Diva' dan dijangka setebal antara 300 hingga 350 muka surat.

"Selain membahaskan percintaan mereka yang putus di tengah jalan, buku itu juga akan menceritakan bagaimana Anang membangunkan karier KD hingga dia menjadi diva," kata penulis berkenaan.

Dalam pada itu, Syarini, penyanyi yang disebut-sebut akan menjadi pengganti KD dalam hidup Anang, sudah mula merasa kesepian tanpa kehadiran pengubah lagu itu.

Ia berlaku selepas tersebar khabar angin kononnya Anang tidak akan berduet lagi dengannya kerana mahu menumpukan perhatian kepada penerbitan album bersama anaknya, Titania Aurelie Hermansyah.

"Ya. Memang saya terasa seperti kehilangan sesuatu. Terutama ketika di atas pentas.

"Peminat juga tertanya-tanya. Mungkin selepas ini, saya terpaksa menyanyi bersendirian," kata penyanyi lagu 'Jangan Memilih Aku' itu.

Syarini yang berasal dari Bogor mengaku dia merasa kekok jika terpaksa berduet dengan penyanyi lain.

"Saya sudah serasi dengan Anang. Saya lebih selesa menyanyi dengan dia. Dia bukan saja rakan duet saya, tetapi guru saya. Daripada menyanyi dengan orang lain, mungkin lebih baik saya bersendirian.

"Tetapi saya akan tetap mengharungi cabaran ini. Ia mungkin dugaan yang saya perlu hadapi sebagai penghibur. Saya sedar betapa sulitnya untuk menyanyi seorang sendiri setelah sekian lama berduet dengan Anang. Tetapi jika terpaksa, saya akan menempuhnya juga," kata Syarini.

Perasaan sedih dan kecewa penyanyi berusia 28 tahun itu dapat dilihat dengan penampilannya sejak kebelakangan ini apabila dia tampil jauh lebih sederhana berbanding ketika dengan Anang.

Selama bersama Anang, dia akan muncul dengan rambut perang. Tetapi sejak kebelakangan, kembali hitam.

Bagaimanapun, Anang, ketika mengulas laporan itu, menafikan dia akan meninggalkan Syarini begitu saha.

"Saya terkejut dan bingung dengan laporan itu," katanya. Menurut duda anak dua itu, dia akan tetap bernyanyi dengan Syarini hingga penghujung 2011.

"Buat masa ini, saya mahu membuka ruang untuk Syarini meneruskan kariernya secara solo. Dia mempunyai cita-cita tinggi. Dia juga berbakat. Sasya yakin dia boleh menempuh dunia muzik ini secara solo selepas akhir tahun depan," kata Anang.

Dalam pada itu, dengan pembabitan Titania Aurelie Nurhermansyah ke industri musik, terlihat memberikan semangat luar biasa kepada Anang. Baginya, Aurel akan menjadi penyambungnya dalam dunia muzik Indonesia.

Pasangan bapa dan anak itu sudah muncul bersama dengan single pertama, 'Tanpa Bintang,' baru-baru ini.

Saya bersyukur dia mahu meneruskan karier saya. Bukan saya yang memaksanya. Tetapi dia memang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi," kata Anang baru-baru ini.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com