Kuala Lumpur: Gosip bertiup kencang menyatakan bintang Akademi Fantasia musim kedua, Farah Diana Anuar atau Farah (gambar), 25, akan bertunang dengan seorang ahli perniagaan berusia pertengahan 20-an, terlerai sudah apabila penyanyi dan pengacara popular itu mengesahkan majlis akan berlangsung di rumah neneknya di daerah Yan, Kedah, esok.
Sewaktu dihubungi semalam, Farah dalam nada ceria mengesahkan tetapi tetap merahsiakan identiti jejaka pilihan hati dan menegaskan ia akan diadakan secara kecil-kecilan.
“Lagipun ini majlis bertunang dan kami merancang untuk laksanakannya secara tertutup dan hanya membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.
Kata Farah lagi, dia sebelum ini tidak menghebohkan majlis yang mahu dilaksanakan kerana tidak mahu ia terlalu digembar-gemburkan dan menegaskan ia hanya majlis pertunangan.
“Jika ada yang bertanya, saya akan jelaskan kedudukan sebenar. Tidak ada niat mahu merahsiakan, cuma tidak manis sekiranya majlis pertunangan terlalu dihebohkan.
Sekiranya kata putus sudah dicapai dan sudah memperoleh tarikh untuk bernikah dan bersanding, saya akan menjemput semua orang,” katanya.
Istighasah, boleh ke tak?
1 week ago
0 comments:
Post a Comment