Friday, December 3, 2010

KDN nafi dua firma Malaysia beli teknologi peluru berpandu China

| Friday, December 3, 2010 | 0 comments

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri(KDN) menafikan pembabitan dua syarikat yang berpangkalan di Malaysia, yang dinamakan Amerika Syarikat (AS) sebagai firma yang dikawal oleh rangkaian Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kedua-dua syarikat itu telah dipantau oleh pihak perisikan dan keselamatan Malaysia sejak 2008 dan tidak memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Beliau berkata kedua-dua syarikat itu juga didapati tidak menjalankan kegiatan yang mencurigakan sepanjang tempoh pemantauan tersebut. "Jika kedua-dua syarikat tersebut melakukan kegiatan seperti didakwa sudah tentu mereka tidak akan berada dalam negara ketika maklumat itu didedahkan.

"Setakat ini kedua-dua syarikat itu memberikan kerjasama penuh kepada kementerian sejak pemantauan dijalankan pada 2008," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di sini hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas laporan akhbar dua hari lalu yang memetik laman web WikiLeaks yang mendedahkan Amerika Syarikat menamakan dua firma Malaysia terbabit dengan rangkaian yang dikawal oleh Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China.

WikiLeaks adalah sebuah laman web yang memberi maklumat dalam pelbagai perkara termasuk yang diklasifikasikan sulit dan rahsia besar sesebuah negara atau organisasi.

Hishammuddin juga menasihatkan rakyat agar tidak risau dengan keadaan keselamatan negara akibat pendedahan maklumat tersebut kerana semuanya masih terkawal.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar akan mencari jalan bagi memastikan keselamatan negara terjamin.

"Pembabitan semua pihak seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga diperlukan dalam siasatan seperti itu kerana melibatkan perkara yang merentasi sempadan," katanya.

Beliau berkata, pihak luar yang mendapat maklumat berkenaan sepatutnya bertanyakan ketepatan mengenai pembabitan dua syarikat itu kepada Malaysia terlebih dahulu.

Mengenai tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak bercadang mengikut langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberi diskaun saman terhadap pesalah trafik, Hishammuddin berkata langkah itu tidak bercanggah dengan dasar kerajaan.

"JPJ mempunyai amalan tersendiri dalam menangani pesalah-pesalah trafik. Mereka yang melakukan kesalahan jalan raya tetap bersalah jadi janganlah nak kemukakan banyak alasan," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata cadangan untuk memendekkan tempoh penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada 60 hari kepada 30 hari akan dikaji.

"Bagi meyakinkan rakyat bahawa kita adil dan telus, semua cadangan itu akan dibawa ke Parlimen nanti," katanya. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com