Friday, December 3, 2010

'Politikkan ketuanan Melayu jenayah kemanusiaan'

| Friday, December 3, 2010 | 0 comments

KUALA LUMPUR: Tindakan pihak tertentu menjadikan konsep ketuanan Melayu sebagai isu politik adalah satu jenayah kemanusiaan terhadap bangsa Melayu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, sehubungan itu, berkata perjuangan pihaknya adalah untuk mengisi apa yang terkandung dalam Perlembagaan, bukan sekadar retorik atau atas kertas saja.

Ia juga sebahagian perjuangan mengisi kemerdekaan, tidak ada erti merdeka atau maju jika pribumi terpinggir di bumi sendiri. Ketuanan Melayu membangunkan sosial ekonomi dan ketenteraman budaya dengan pertambahan nilai asas Islam, terutama kehidupan bangsa Melayu dengan kelazimannya serta peradaban undang-undangnya menguatkan lagi hak bahawa Melayu dan Bumiputera adalah Tuan Tanah Melayu mereka.

Malangnya, slogan ini disalah tafsir segelintir pihak sebagai perhubungan Tuan dan hamba. Mengecam dan mengutuk ketuanan Melayu bukan suatu jenayah, sebaliknya tindakan pihak tertentu menjadikannya isu politik adalah jenayah kemanusiaan terhadap bangsa Melayu, katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional parti itu hujung minggu lalu, mencadangkan supaya ketuanan Melayu dihapuskan.

Selain itu, Mohamed Azmin Ali pula ketika menyampaikan ucapan sulungnya sebagai timbalan presiden parti itu turut berikrar untuk menolak konsep berkenaan dalam menjayakan usahanya untuk membawa PKR ke Putrajaya.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, orang Melayu tidak perlu kesal dalam mempropagandakan konsep ketuanan Melayu atau ia diambil sebagai tanda kelemahan bangsa itu.

Kita mesti berpegang pada semangat dan kepercayaan ketuanan Melayu untuk kita mara dalam membuat perubahan dan mencapai kemajuan dengan bermaruah dalam semua bidang. Perjuangan kita wajar kerana ini adalah Tanah Melayu, katanya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com