KUALA NERANG, 29 Dis. - Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) boleh berjaya di mana-mana negara sekali pun sekiranya syarikat itu dapat menembusi pasaran kenderaan India, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
Bagaimanapun katanya, Proton hendaklah terlebih dahulu meningkatkan kualiti dan meletakan harga yang menepati permintaan pasaran.
"Pasaran India sangat besar tetapi sengit kerana negara itu memiliki kenderaan berjenama sendiri dan murah. Sekiranya Proton dapat menembusi pasaran India, ia boleh berjaya di mana-mana negara sekali pun,” katanya.
Beliau yang ditemui pemberita selepas melancarkan program “Gelombang Merah, Berani Berubah dan Pemimpin Bersama Rakyat” peringkat Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Nerang di sini hari ini, diminta mengulas cadangan Penasihat Proton Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya syarikat itu memasuki pasaran India, baru-baru ini.
Yang turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim.
"Ini lagi satu cabaran untuk Proton dan kita berharap syarikat negara ini dapat mencari rakan kongsi yang sanggup melabur dan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan.”
"Faktor ini sangat penting kerana ia memberi impak signifikan dalam pasaran India,” katanya, sambil menyatakan penembusan pasaran negara itu boleh dimulakan dengan jumlah yang kecil dahulu. - Bernama
Istighasah, boleh ke tak?
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment