Saturday, January 1, 2011

Guru yoga tak boleh sentuh pelajar perempuan: PJYM

| Saturday, January 1, 2011 | 0 comments

KUALA LUMPUR: “Dia mungkin menipu dan bukan guru yoga sejati kerana seorang guru yoga tidak akan menyentuh pelajarnya (yang berlainan jantina) apatah lagi merogol,” kata pengasas yang juga Presiden Pertubuhan Jurulatih Yoga Malaysia (PJYM), Master Manisekaran.

Menurutnya, setiap jurulatih yoga dididik selama setahun dalam kursus asas menekankan pengajaran mengenai sikap dan akhlak yang baik, sentiasa bertenang, menghormati orang lain dan lebih utama, etika yoga tidak membenarkan guru menyentuh anak murid berlainan jantina.

Katanya, jika guru yoga lelaki terpaksa menyentuh pelajar perempuan, dia terpaksa melakukannya dalam kelas yang mempunyai ramai penuntut lain dan bukan dalam keadaan tertentu atau di tempat yang boleh mendatangkan rasa curiga sesiapa.

“Jadi, saya mengesyaki dia tidak mempunyai kelayakan guru yoga sejati dan kami percaya dia juga tidak berdaftar dengan pertubuhan untuk melayakkannya mengajar pelajar mengenai apa pun jenis yoga.

“Malah, daripada 500 ke 600 guru yoga berdaftar di Malaysia, 95 peratus mereka guru yoga perempuan, manakala selebihnya lelaki yang kebanyakan tidak mengajar pelajar biasa, tetapi ramai bergelar ‘master teacher’ yang mendidik cikgu yoga. “Kami mengambil berat perihal semua guru yoga termasuk lelaki dengan mereka diketahui daripada latar belakang yang baik, berkeluarga dan profesional kerana teras yoga adalah senaman, bukan berkait spiritual atau keagamaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas kejadian tiga remaja perempuan dikurung dan dijadikan hamba seks selama sebulan oleh seorang guru yoga di Kuala Kubu Baru, yang diselamatkan polis, Rabu lalu.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy dilaporkan berkata, pihaknya percaya sepanjang sebulan dikurung, mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun dirogol berulang kali, selain didera secara seksual termasuk diikat dan dirantai pada katil. Malah, ketika serbuan di rumah guru yoga berusia 54 tahun terbabit, polis menemui beberapa peralatan seks dan dua peket dadah dipercayai syabu.

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan keluarga mereka tidak pulang selepas mengikuti kelas yoga di rumah guru terbabit pada hujung November lalu.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com