Saturday, January 1, 2011

Tiga selebriti kontroversi bakal berlakon bersama

| Saturday, January 1, 2011 | 0 comments



Pengarah nafi ambil kesempatan daripada publisiti negatif

JAKARTA: Tiga selebriti kontroversi Indonesia, vokalis kumpulan Peterpan Nazriel ‘Ariel’ Irham, Luna Maya dan pelakon filem dewasa kacukan Jepun, Miyabi akan bergabung berlakon dalam filem arahan sutradara dan penerbit Ody Mulya Hidayat.

Ody berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Luna Maya mengenai filem itu yang belum diberi judul dan pelakon itu tertarik dengan jalan ceritanya.

“Saya juga meminta pandangannya mengenai bagaimana jika saya menawarkan satu watak penting kepada Ariel dan Luna berkata ia suatu idea sangat baik.

“Saya kemudian menawarkan satu lagi watak dalam filem itu kepada Miyabi dan dia menerimanya dengan senang hati,” kata Ody yang dipetik laman web selebriti inilah.com.

Bagaimanapun, Ody menafikan dakwaan sesetengah pihak beliau sengaja mengambil kesempatan daripada kes video lucah membabitkan Ariel dan Luna untuk menghasilkan filem dan mendapat keuntungan.

“Saya sudah lama merancang menerbitkan filem ini. Ketika itu saya ada menawarkan kepada Ariel untuk berlakon dalam filem arahan saya.

“Bagaimanapun, berikutan masalah Ariel dan perbicaraan ke atasnya, saya hanya dapat menyatakan konsep filem itu saja. Ariel seorang yang berbakat dalam bidang lakonan,” katanya.

Mengenai tawaran kepada Miyabi yang menghadapi bantahan dan tunjuk perasaan, Ody berkata, Miyabi amat berminat berlakon dalam filem di Indonesia.

“Dia menyatakan keinginannya untuk berlakon lagi dalam filem di negara ini.

Selepas berlakon dalam filem Hantu Tanah Kusir, Miyabi memberitahu saya beliau dapat menyesuaikan diri dengan pelakon tempatan,” katanya.

Sementara itu di BANDUNG, perbicaraan kes Ariel membabitkan penyebaran video lucah penyanyi itu akan diteruskan 6 Januari depan.

Pegawai Pendakwa, Rusmanto, berkata setakat ini seramai 30 saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk lima yang dipanggil hari ini.

“Kami memanggil lima saksi hari ini. Ada yang tidak hadir dan hanya memberikan keterangan bertulis,” katanya.

Bagaimanapun peguam Ariel, Rizky Marhendra, berkata, beliau yakin pihak pendakwa tidak dapat membuktikan pertuduhan mereka dalam kes itu.

“Apa yang pasti kami akan menentang jika dakwaan dikenakan tidak sesuai,” katanya. – Agensi

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com