Sunday, January 9, 2011

KFC tambah 25 cawangan

| Sunday, January 9, 2011 | 0 comments



KFC Holdings (Malaysia) Bhd (KFCH) akan memperluaskan lagi rangkaiannya di seluruh negara apabila menyasarkan untuk membuka 25 lagi cawangan dengan 15 daripadanya dilengkapi kemudahan perkhidmatan pandu lalu.

Pengarah Urusannya, Jamaludin Md Ali berkata, ketika ini, 40 daripada 520 cawangan KFC mempunyai perkhidmatan pandu lalu.

“Beberapa lokasi untuk cawangan baru sudah dikenal pasti dan peruntukan bagi 25 cawangan baru dianggarkan kira-kira RM25 juta.

“Selain KFC, kami juga akan membuka 20 cawangan baru Pizza Hut dengan modal antara RM18 juta hingga RM20 juta,” katanya di majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Felda dan KFCH di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi KFCH, Tan Sri Muhammad Ali Hashim; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab.

Kerjasama itu dijangka dapat membuka peluang pendidikan dan kerjaya di kalangan generasi baru Felda serta mewujudkan usahawan dalam industri halal khususnya bidang penternakan, pengeluaran dan pemasaran produk berasaskan ayam yang bakal diterajui oleh dua konglomerat gergasi di Malaysia iaitu Felda dan KFCH.

Muhammad Ali berkata, peluang membina kerjaya dalam kumpulan KFCH sangat luas, khasnya bagi mereka yang mempunyai prestasi baik, sanggup bekerja kuat dan berkhidmat dengan cemerlang, malah kini KFC menyediakan peluang kerjaya kepada lebih 18,000 orang.

Menurutnya, menerusi strategi baru KFCH dalam bidang pendidikan iaitu KFCH International College, pihaknya yakin ia akan menjadi platform utama untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam perniagaan pemakanan halal, penternakan, pemprosesan dan perkhidmatan.

“Objektif utama perjanjian ini adalah kesediaan KFCH memanjangkan peluang kepada masyarakat Felda dari segenap lapisan yang mana program ini akan memanfaatkan belia, graduan, suri rumah dan ibu tunggal bagi menambah serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan perniagaan asas KFCH,” katanya.

Sementara itu, Mohd Isa berkata golongan belia di Felda juga akan menerima manfaat menerusi MoU berkenaan, terutama mereka yang tidak dapat melanjutkan pengajian.

“Terdapat kira-kira 113,000 ahli Majlis Belia Felda Malaysia dan dijangka 43 peratus daripada mereka boleh mengambil peluang dengan KFCH,” katanya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com