
KFC Holdings (Malaysia) Bhd (KFCH) akan memperluaskan lagi rangkaiannya di seluruh negara apabila menyasarkan untuk membuka 25 lagi cawangan dengan 15 daripadanya dilengkapi kemudahan perkhidmatan pandu lalu.
Pengarah Urusannya, Jamaludin Md Ali berkata, ketika ini, 40 daripada 520 cawangan KFC mempunyai perkhidmatan pandu lalu.
“Beberapa lokasi untuk cawangan baru sudah dikenal pasti dan peruntukan bagi 25 cawangan baru dianggarkan kira-kira RM25 juta.
“Selain KFC, kami juga akan membuka 20 cawangan baru Pizza Hut dengan modal antara RM18 juta hingga RM20 juta,” katanya di majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Felda dan KFCH di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Pengerusi KFCH, Tan Sri Muhammad Ali Hashim; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab.
Kerjasama itu dijangka dapat membuka peluang pendidikan dan kerjaya di kalangan generasi baru Felda serta mewujudkan usahawan dalam industri halal khususnya bidang penternakan, pengeluaran dan pemasaran produk berasaskan ayam yang bakal diterajui oleh dua konglomerat gergasi di Malaysia iaitu Felda dan KFCH.
Muhammad Ali berkata, peluang membina kerjaya dalam kumpulan KFCH sangat luas, khasnya bagi mereka yang mempunyai prestasi baik, sanggup bekerja kuat dan berkhidmat dengan cemerlang, malah kini KFC menyediakan peluang kerjaya kepada lebih 18,000 orang.
Menurutnya, menerusi strategi baru KFCH dalam bidang pendidikan iaitu KFCH International College, pihaknya yakin ia akan menjadi platform utama untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam perniagaan pemakanan halal, penternakan, pemprosesan dan perkhidmatan.
“Objektif utama perjanjian ini adalah kesediaan KFCH memanjangkan peluang kepada masyarakat Felda dari segenap lapisan yang mana program ini akan memanfaatkan belia, graduan, suri rumah dan ibu tunggal bagi menambah serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan perniagaan asas KFCH,” katanya.
Sementara itu, Mohd Isa berkata golongan belia di Felda juga akan menerima manfaat menerusi MoU berkenaan, terutama mereka yang tidak dapat melanjutkan pengajian.
“Terdapat kira-kira 113,000 ahli Majlis Belia Felda Malaysia dan dijangka 43 peratus daripada mereka boleh mengambil peluang dengan KFCH,” katanya.
Popular Posts
Sunday, January 9, 2011
KFC tambah 25 cawangan
Saturday, January 8, 2011
Jutawan Internet Muda di Dunia
Siapa yang menjadi kaya raya sebelum berumur 30 tahun. Era teknologi maklumat membuatkan ramai pemuda pintar mendadak popular dan menjadi kaya raya.
Data dari Complex mengumpulkan 10 anak muda yang berjaya menjadi jutawan internet sebelum berumur 30 tahun.
1. Aodhan Cullen, 27 tahun, Statcounter, $18 juta dollar.
Dia banyak amal dengan membuat website statisik untuk mencatat pengunjung blog dan website. Memiliki 1.5 juta ahli.
2. Matt Mullenweg, 26 tahun, WordPress, $40 juta dollar
Matt keluar dari Gig di Cnet, membuat laman untuk blogger dan paling ramai menggunakannya di dunia.
3.Sean Belnick, 23 tahun, Bizchair, $42 juta dollar.
Ketika berumur 14 tahun, dia memiliki kedai perabut maya di internet. Dia bekerja di bilik tidurnya untuk mengatur 100 pekerjanya.
4. Jack Nickell, 30 tahun, Threadless, $50 juta dollar
10 tahun lalu dia membuat komuniti online untuk jualbeli Threadless. Sekarang komunitinya sudah terkenal.
5. Alexander Levin, 26 tahun, Imageshack, $56 juta dollar
Dia membuat laman untuk penyimpan gambar.
6. Angelo Sotira, 28 tahun, Devianart, $75 juta dollar
Dia membuat laman Devianart, lebih kurang ada 11 juta ahli. Membuat laman komuniti seni.
7. Naveen Selvadurai, 28 tahun, Foursquare, $80 juta dollar
Menjadi jurutera musik Sony, kemudian dia membuat Foursquare. Kurang dari 1 tahun, penggunanya sudah 275 ribu orang. Aplikasi yang dibuat paling popular di iPhone dan Android.
8. Blake Ross, 25 tahun, Mozilla, $150 juta dollar
Tahun 2004 dia membuat program Firefox. Dalam 1 tahun lebih kurang sudah 100 juta lebih softwarenya dimuat turun. Bayangkan ketika itu dia baru berumur 19 tahun.
9. Dustin Moskovitz, 26 tahun, Facebook, $1.4 billion dollar
Salah seorang pembina kerajaan Facebook. Memiliki 6% saham.
10. Mark Zuckerberg, 26 tahun, Facebook, $4.9 billion dollar
Tentu saja ini adalah boss Facebook. Laman yang dimilikinya mempunyai 500 juta user sekarang. Menjadi laman jaring sosial terbesar di Dunia. Dia di tempat 35 pada ranking Forbes sebagai orang paling kaya. Lebih tinggi dari CEO Apple . Dia juga rajin menderma , $100 juta untuk sekolah awam.
Sunday, January 2, 2011
Firma Indonesia tawar beli CIMA daripada UEM Group

UEM Group Bhd yang baru-baru ini menawarkan mengambilalih pengendali lebuh raya, PLUS Expressways Bhd, dirisik pula oleh pengeluar simen terbesar Indonesia, PT Semen Gresik yang berminat membeli anak syarikatnya Cement Industries of Malaysia Bhd (CIMA).
Sumber industri berkata, PT Semen Gresik sudah menemui pengurusan tertinggi UEM Group bagi menyatakan hasrat pembelian itu.
Katanya, syarikat Indonesia itu dikatakan menawarkan kira-kira RM1.2 bilion bagi 99.93 peratus pegangan UEM Group dalam CIMA.
“Hasrat pembelian CIMA sudah disampaikan PT Semen Gresik kepada UEM Group. Justeru, terpulang kepada pengurusan tertinggi konglomerat Malaysia itu untuk menimbangkannya.
“Jika UEM Group bersetuju dengan tawaran itu, urus niaga itu dijangka dapat dimuktamadkan tahun depan,” katanya.
CIMA memiliki kemudahan pengeluaran simen di Bukit Ketri, Perlis dan Bahau, Negeri Sembilan dan syarikat itu adalah pengeluar simen ketiga terbesar Malaysia selepas Lafarge Malayan Cement Bhd dan YTL Cement Bhd.
Sumber itu berkata, PT Semen Gresik yang ketika ini memiliki hutang yang rendah, merancang menggunakan gabungan sumber dalaman dan pinjaman bank bagi membiayai pembelian itu.
Difahamkan, setakat Disember 2009, pengeluar simen Indonesia itu memiliki tunai sebanyak AS$580 juta (RM1.79 bilion).
Minat syarikat Indonesia itu membeli CIMA muncul sejak awal tahun ini apabila Presiden dan Pengarah PT Semen Gresik, Dwi Soetjipto dilaporkan ingin menjadikan syarikatnya itu pengeluar simen terbesar di Asia.
Beliau berkata, antara strategi utamanya untuk mencapai sasaran itu ialah dengan mengambilalih pengeluar simen utama di rantau ini, sekali gus menjadikan CIMA, yang kini mengeluarkan antara dua hingga tiga juta tan simen setiap tahun sebagai antara calon yang paling ideal.
Sementara itu, sumber UEM Group mengesahkan konglomerat itu pernah mengadakan pertemuan dengan PT Semen Gresik, namun ia tidak menyentuh secara khusus mengenai penjualan CIMA.
“Situasi ketika ini boleh disamakan dengan satu analogi yang mana jika seseorang itu memiliki sebuah kediaman cantik, sudah tentu menimbulkan minat di kalangan pihak tertentu untuk turut memilikinya.
“Namun kediaman yang cantik itu bukanlah bermakna untuk dijual. Pada pandangan saya pembeli itu (PT Semen Gresik) mungkin terlalu teruja (mengenai hasratnya untuk membeli CIMA,” katanya sambil menambah CIMA mempunyai sinergi yang baik dalam segmen perniagaan kejuruteraan dan pembinaan UEM Group.
THERE ARE MORE HERE
-
KUALA LUMPUR: “Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdeda...
-
LOS ANGELES: Bintang pop sensasi, Justin Bieber, terbabit dalam kemalangan ketika memandu kereta Ferrarinya di Los Angeles awal pagi tad...
-
Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan ...
-
CIPANAS: Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Jumhur Hidayat, semalam turut menafikan laporan ...
-
Pelajar tajaan MARA kena tindakan jika sertai perhimpunan haram KUALA LUMPUR: Tindakan akan diambil terhadap penuntut tajaan Majlis Amanah R...
-
KUALA LUMPUR – Kesemua produk makanan yang diimport dari Jepun tidak akan dibenar dibawa masuk ke negara ini sekiranya tidak mempunyai Sijil...
-
BANTING: Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, pagi ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan kes seorang peguam, N Pathman...
-
Percaya atau tidak, dalam masa beberapa tahun lagi salah seorang wakil Malaysia yang dihantar bagi menyertai pertandingan Miss Universe baka...
-
Soalan : Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut, iaitu hari Jumaat? Jawapan : Para ulama berbe...