Saturday, February 19, 2011

Chevrolet Orlando bakal gegar jalanan Malaysia

| Saturday, February 19, 2011 | 0 comments



SELEPAS lapan bulan melancarkan model sedan Chevrolet Cruze, anak syarikat Kumpulan Naza, NAZA Quest Sdn. Bhd. kembali memeriahkan pasaran automotif tempatan menerusi model terbaru edarannya, Chevrolet Orlando.

Chevrolet dijangka memperkenalkan MPV tersebut pada penggal kedua tahun 2011. Dibina berdasarkan kepada model konsep yang mula-mula dipamerkan pada tahun 2008, Orlando merupakan jentera berkapasiti tujuh tempat duduk.

Ia menggunakan platform sedan Chevrolet Cruze dengan gaya yang menarik. Orlando pasti menjadi satu lagi alternatif kepada pengguna yang mahukan sebuah kenderaan untuk seisi keluarga.

"Maklum balas orang ramai sewaktu pengenalan Chevrolet Cruze tahun lalu memberi keyakinan kepada kami bahawa pasaran Malaysia bersedia untuk menerima Chevrolet Orlando. Dengan kualiti dan versatiliti, kami percaya ia akan menjadi MPV pilihan buat pelanggan yang mementing masa berkualiti bersama keluarga," kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Reka bentuk luaran Orlando lari daripada pesaingnya yang gemar kepada bentuk lebih 'bulat'. Sebaliknya, Orlando mengetengahkan rekaan kotak yang kukuh dan kelihatan gagah apabila meluncur di atas jalan raya.

Bahagian hadapannya disempurnakan dengan rekaan trademark sebuah Chevrolet iaitu gril radiator yang dipisahkan oleh lencana Chevrolet berwarna emas.

Di pasaran global, Orlando ditawarkan dengan tiga pilihan enjin. Enjin petrol 1.8 liter berkuasa 141 kuasa kuda dan dua versi enjin diesel bersesaran 2.0 liter. Enjin itu berupaya menghasilkan kuasa sehingga 131 atau 163 kuasa kuda.

Bagi memastikan setiap perjalanan bukan sekadar menyeronokkan, malah selamat, struktur tubuh Orlando dibina menggunakan besi berkualiti tinggi. Ia juga dilengkapi dengan beg udara, selain teknologi perlanggaran terkini. Antaranya, pintu-pintu Orlando tidak akan terkunci secara automatik sebaik sahaja ia terkena impak perlanggaran.



Kombinasi tempat duduk yang versatil membolehkan penumpang mengubah kedudukannya berdasarkan keperluan mereka. Ruang dalaman Orlando yang luas menawarkan beberapa konfigurasi tempat duduk.

Kerusi di baris kedua dan ketiga boleh dilipat sepenuhnya bagi memberikan ruang kargo yang luas dan rata. Penumpang juga boleh menyimpan pelbagai barang di ruang-ruang kecil yang disediakan.

Kenderaan yang berorientasikan keluarga itu bakal tiba di semua bilik pameran Naza Quest di seluruh Malaysia tidak lama lagi. Pastinya, kehadiran Chevrolet Orlando berbaloi untuk dinantikan.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com