Thursday, February 17, 2011

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-16

| Thursday, February 17, 2011 | 0 comments



PASIR GUDANG: Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-16 yang membuka tirai perasmian semalam menyaksikan penyertaan sebanyak 221 pelayang antarabangsa dari 30 negara termasuk Indonesia, Thailand, China, Jepun dan Austria.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), A Rahim Nin, berkata Indonesia mencatatkan penyertaan paling ramai iaitu 51 peserta diikuti China (31), Thailand (18) dan Jepun (17) manakala Austria yang terpilih sebagai tuan rumah bagi pelayang antarabangsa menghantar seramai enam wakil.

“Pemilihan Austria sebagai tuan rumah bagi pelayang antarabangsa sudah dipraktikkan sejak beberapa tahun lalu selepas China, Korea Selatan, Perancis dan Jerman.

“Bertemakan ‘Mewarnai Langit’ membawa pengertian festival yang memaparkan sukan dan budaya permainan layang-layang ini adalah aktiviti pelancongan, rekreasi dan riadah yang memberi keceriaan menerusi warna-warni dan pelbagai bentuk layang-layang yang menghiasi langit,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Penaja Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-16 di Bukit Layang-Layang di sini, semalam.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com