UALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Peniaga Alat Ganti Kejuruteraan dan Kenderaan Malaysia (FEMPTAM) mahu kerajaan menimbang semula pelaksanaan larangan mengimport alat ganti kenderaan terpakai bermula 1 Jun ini yang dilihat membawa lebih banyak kesan negatif kepada pelbagai pihak.
Presidennya, Lim Wei Fook berkata, jika larangan itu diteruskan, tidak mustahil lebih 5,000 kedai alat ganti terpakai seluruh negara akan gulung tikar manakala kira-kira 250,000 pekerja yang terbabit dalam bidang itu akan hilang pekerjaan.
“Sebaiknya, kerajaan perlu mengkaji kesan jangka panjang yang terpaksa ditanggung semua pihak termasuk pemilik kenderaan persendirian mahu pun pengangkutan awam kerana alat ganti kenderaan tiga hingga lima kali ganda lebih mahal berbanding terpakai.
“Bayangkan bebanan yang terpaksa ditanggung jika pemilik kereta terpaksa menggantikan kotak gear rosak dengan alat ganti baru yang rata-ratanya bernilai lebih RM15,000 bagi kebanyakan kereta model tempatan berbanding alat ganti terpakai yang bernilai tidak lebih daripada RM3,000,” katanya.
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
0 comments:
Post a Comment