KUMPULAN Naza dan HELP International Corporation Berhad (HELP) akan memperuntukkan lebih RM25 juta dalam tempoh lima tahun bagi menubuhkan kolej automotif, sekali gus memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia, rantau Asean serta beberapa lokasi terpilih lain.
Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin, berkata tiga kampus akan dibina di Lembah Klang, Gurun di Kedah serta Seri Alam, Iskandar Malaysia, Johor.
Beliau berkata, menerusi memorandum persefahaman (MoU) bersama HELP, pihaknya yakin permintaan untuk industri automotif dalam negara semakin meningkat memandangkan Malaysia pasaran kenderaan penumpang terbesar.
“Sebagai peneraju dalam perniagaan automotif, kami mempunyai pemahaman jelas mengenai kehendak dan keperluan industri manakala HELP mempunyai rekod prestasi yang hebat dalam bidang pengajian tinggi.
“Dengan kemampuan masing-masing, kami berada pada kedudukan terbaik untuk membangunkan mereka yang berbakat dalam industri ini. Kami juga mungkin akan meninjau untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai MoU berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama Pengasas Bersama dan Presiden HELP, Datuk Dr Paul Chan; Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin dan Pengarah Perancangan Korporat HELP, Adam Chan.
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
0 comments:
Post a Comment