Sunday, February 20, 2011

Lebih banyak peluang kerja

| Sunday, February 20, 2011 | 0 comments


LEBIH banyak peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih tinggi boleh diharapkan masyarakat di negara ini apabila Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi pada kadar 7.2 peratus tahun lalu, kata Ketua Ahli Ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng.

Beliau berkata, rakyat sudah pasti gembira dengan keadaan pertumbuhan ekonomi yang melepasi jangkaan kerana ia adalah faktor terbaik bagi mengurangkan kadar pengangguran.

“Dengan sasaran kerajaan untuk melahirkan rakyat berpendapatan tinggi, ini adalah permulaan paling baik terutama bagi mencapainya dan pencapaian positif ini juga secara tidak langsung membolehkan syarikat memberi bonus dan gaji yang tinggi kepada kakitangan mereka.

“Malah, jika pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) berjaya, ia sekali gus dapat menjana kenaikan mampan dalam pelaburan sama ada domestik mahu pun pelabur asing,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, dengan perkembangan itu juga untuk negara mencapai pertumbuhan ekonomi antara 5.5 dan 6.0 peratus adalah tidak mustahil dan paling penting banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dari pelbagai sektor.

Dr Yeah mengulas mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia mengatasi jangkaan apabila mencatat pertumbuhan 7.2 peratus tahun lalu berbanding penguncupan 1.7 peratus pada 2009, diperkukuh oleh pemulihan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, selain eksport dan import yang cergas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam berkata ekonomi berkembang 4.8 peratus pada suku keempat berbanding 5.3 peratus pada suku ketiga, dipacu oleh permintaan domestik susulan perbelanjaan sektor awam dan swasta yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, kemasukan berterusan pelaburan langsung asing, kedudukan rizab yang kukuh di bank pusat, prestasi ringgit yang mencatat rekod, selain harga komoditi yang tinggi meningkatkan pertumbuhan dan membantu pemulihan tahun lalu.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com