Sunday, February 20, 2011

Megawati enggan bantu siasatan rasuah

| Sunday, February 20, 2011 | 0 comments



JAKARTA 20 Feb. _ Bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri dilaporkan tidak akan memberi kerjasama pada siasatan yang ingin dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia.

Presiden Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) itu juga tidak akan menghadiri sesi siasatan yang dijadualkan esok (Isnin) selagi belum mendapat penjelasan sepenuhnya.

Ketidakhadiran Megawati pada sesi berkenaan diyakini pucuk pimpinan parti yang diketuainya tidak akan menjejaskan imej PDIP.

“Kami tidak bimbang ketidakhadiran Megawati pada siasatan rasuah seperti yang diinginkan oleh suruhanjaya itu akan menjejaskan imej beliau atau parti.

Sebaliknya, kami sangat-sangat menghormati undang-undang,” kata koordinator bahagian undang-undang parti berkenaan, Gayus Lumbuun kepada akhbar The Jakarta Post. - Utusan

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com