Wednesday, February 23, 2011

Pernikahan Krisdayanti, Raul makin hampir

| Wednesday, February 23, 2011 | 0 comments



JAKARTA - Tarikh pernikahan penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti atau KD dengan ahli perniagaan Timor Leste, Raul Lemos dikatakan semakin hampir, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.

Difahamkan, banyak persiapan telah dilakukan termasuk gaun pengantin yang akan dipakai pada majlis pernikahan KD.

Penyanyi yang popular menerusi lagi Menghitung Hari itu memilih Raul yang merupakan duda anak dua tersebut sebagai bakal suaminya.

Sepasang baju pengantin yang disiapkan lebih awal telah dipakai oleh pasangan tersebut pada sesi penggambaran fotografi praperkahwinan mereka di kawasan Kota Tua, Jakarta Utara di sini.

Pereka baju pengantin KD, Ivan Gunawan yang mendedahkan maklumat mengenai sesi fotograsi tersebut.

Menurut Ivan, baju pengantin yang diciptanya telah dipakai oleh KD dan Raul semasa mereka merakamkan gambar praperkahwinan baru-baru ini.

Ivan mengaku dia cukup gembira kerana mendapat sepenuh kepercayaan daripada selebriti jelita Indonesia itu untuk menjahit dua baju pengantin sempena hari bersejarah tersebut.

"Sehelai baju itu adalah baju pengantin manakala sehelai lagi gaun koktel. Selain itu, dia (KD) meminta saya menghasilkan satu gaun berwarna putih dengan tema klasik untuk dipakai sewaktu rakaman gambar," ujar Ivan.

Sementara itu, baju akad nikah dan resepsi persandingan pasangan itu disahkan mendapat sentuhan pereka fesyen kebaya popular, Anne Avantie.

Pasangan itu dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan sempena ulang tahun kelahiran ke-36 Krisdayanti pada 24 Mac ini.

Majlis perkahwinan pasangan itu pula dijadualkan berlangsung di Hotel Mulia, Senayan di sini.

KD sebelum ini berkahwin dengan Anang, 42, yang juga seorang penyanyi dan mereka memiliki dua cahaya mata.

Pasangan itu bercerai secara rasmi selepas Hari Raya Aidilfitri pada 2009. - Agensi

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com