LONDON: Pasangan diraja, Putera William dan Kate Middleton mengundang 1,900 tetamu untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka pada April nanti, kata pegawai istana, semalam sekali gus memastikan Westminster Abbey akan padat dengan kehadiran jemputan diraja, pemimpin dunia, ahli keluarga dan sahabat handai.
Kad jemputan dengan tulisan air emas dikeluarkan atas nama Ratu Elizabeth II mula bertaburan di atas alas kaki di Britain dan luar negara selepas mula dihantar Rabu dan Khamis lalu, dengan cop mohor diraja.
Ketika nama tetamu belum diumumkan, senarai orang kenamaan yang dijangka menghadiri majlis pada 29 April itu hampir pasti memenuhi jangkaan Kate bahawa perkahwinan dengan kerabat diraja akan "membawa kepada masa depan yang agak menggentarkan".
Sebagai mencerminkan kedudukkan William sebagai orang kedua bakal menduduki takhta Britain, senarai undangan termasuk pemimpin asing, pegawai gereja, diplomat dan kerabat diraja di seluruh dunia.
Lebih 1,000 tetamu akan dijemput sama ada dari pihak keluarga dan kawan William dan Kate termasuk sahabat dari Universiti St Andrews, tempat di mana pasangan itu bertemu, kata Istana St James.
Ratu Elizabeth II dan suaminya, Putera Philip akan mengetuai keluarga diraja di samping bapa William, Putera Charles dan pengapit yang juga adiknya, Putera Harry.
Ibu bapa Kate, Michael dan Carole Middleton akan turut berada di barisan depan bersama-sama adik perempuan yang pengapitnya, Pippa dan adik lelakinya, James. - AFP
Istighasah, boleh ke tak?
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment