Tuesday, March 15, 2011

Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula 23 Mac

| Tuesday, March 15, 2011 | 0 comments



PERKHIDMATAN Aerotrain yang menghubungkan bangunan terminal dan satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula mulai 23 Mac ini.

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) berkata, kerja pembinaan yang menghubungkan bahagian Kemudahan Operasi, Penyelenggaraan dan Penyimpanan (OMSF), pertukaran laluan antara landasan sedia ada serta penghantaran tiga gerabak baru Aerotrain akan diselesaikan mengikut jadual pada 15 Mac ini.

“Buat masa ini, Aerotrain beroperasi dalam tempoh percubaan dan sebagai langkah keselamatan sebelum ia digunakan orang ramai, MAHB mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh percubaan sehingga 22 Mac bagi memberi ruang kepada peningkatan keselamatan operasi.

“Namun sekiranya pihak kami berpuas hati dengan keadaan sepanjang tempoh percubaan itu, ia mungkin beroperasi lebih awal daripada tarikh jangkaan dan akan dimaklumkan oleh MAHB kelak,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com