Tuesday, March 15, 2011

Beckham tunggu bayi perempuan Julai ini

| Tuesday, March 15, 2011 | 0 comments



LOS ANGELES: Bintang terkenal bola sepak Britain, David Beckham dan isteri, Victoria sedang menunggu kehadiran bayi perempuan pada Julai ini, kata jurucakap, semalam.

Pasangan itu mengumumkan pada Januari lalu bahawa Victoria mengandung anak keempat tetapi tidak menjelaskan tarikh kelahiran dan jantina bayi berkenaan.

Jurucakap kelab Los Angeles, Jeff Raymond mengesahkan laporan akhbar bahawa "Goldenballs" — nama timangan Victoria untuk Beckham bahawa pasangan itu akan mendapat bayi perempuan selepas kelahiran tiga anak lelaki Brooklyn, Romeo dan Cruz.

"Sudah tentu, kami amat bernasib baik kerana menunggu kedatangan orang baru sekali lagi dan ini kali pertama saya berkata: Ini bayi perempuan," kata Beckham dipetik berkata dalam akhbar British.

Beckham, bekas kapten England 35, dan bintang pop dan pereka fesyen, Victoria, 36, berkahwin pada 1999 dan menetap di Los Angeles.

Beckham kini beraksi untuk kelab LA Galaxy. - AFP

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com