
KUALA LUMPUR: Lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafali berjaya mengungguli gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Menerusi kemenangan itu juga, lagu ciptaan dan lirik oleh Ana sendiri berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi.
Tempat kedua pula dimenangi lagu Drama King dendangan Black dan Meet Uncle Hussain yang berjaya meraih kemenangan dan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.
Tempat ketiga pula dimenangi lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Kalam. Lagu dendangan Hafiz itu memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.
Lagu sama membawa tuah kepada Hafiz apabila memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.
Sementara itu, Faizal Tahir menang kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Hanyut dan meraih hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.
Antara lagu lain yang bertanding pada AJL25 kali ini ialah Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir, Black (Sofea Jane), A.P.I (Pelita), Yuna (Cinta Sempurna), Hujan (Mencari Konklusi), Bunkface (Extravaganza), Tomok (Berlari), Shahir (Kebahagiaan Dalam Perpisahan), Adira (Ku Ada Kamu), Stacy (Jahat).
Barisan juri profesional untuk AJL25 daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik yang terdiri daripada Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar, M Nasir sebagai Ketua Juri; Habsah Hassan; Hasridz Murshim Hashim (Acis); Mohd Azhar Abu Bakar (Azmeer); Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search); Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al-Attas (Pacai) dan Andy Flop Poppy.
Acara gilang-gemilang ini sekali lagi menggandingkan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar untuk memeriahkan suasana.
Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL25 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Francesca Peters menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran, Nash (Pada Syurga Di Wajahmu), M Nasir (Tanya Sama Hud Hud) dan interlude istimewa membabitkan Datuk Sharifah Aini yang mendendangkan lagu pop, Ziana Zain (balada) dan Datuk Siti Nurhaliza (Etnik Kreatif).
AJL25 yang disiarkan secara langsung di TV3 dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Ahmad Izham Omar.
Popular Posts
Monday, January 10, 2011
AJL25: Ana Rafali unggul
Sunday, January 9, 2011
Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL25)
Monday, December 20, 2010
13 kamera untuk AJL25

Malam kemuncak janjikan persembahan hebat dengan teknologi pentas serba canggih
SEJAJAR perjalanan arus muzik tempatan dan kematangan Anugerah Juara Lagu (AJL) yang sudah memasuki musim ke-25, konsep Pemetaan Muzik (Mapping Music) diterapkan pada malam kemuncak yang berlangsung pada 9 Januari depan.
Bagi memenuhi konsep itu, Stadium Putra Bukit Jalil bakal berubah wajah sebagai pentas gah yang julung kali menggunakan teknologi terkini, diod pemancar cahaya atau Light Emmitting Diode (LED) sekali gus sebagai simbolik penonjolan perkembangan industri muzik tempatan.
Penerbit AJL 25, Ahmad Shaifullizam Arshad, berkata, berbanding musim lalu pentas kali ini dibina secara bertingkat dengan menerusi pembahagian ruang serba luas untuk memudahkan pergerakan persembahan selain dicantikkan pemancar LED dan hidraulik.
“Pentas yang dijangka mengambil masa dua minggu disiapkan adalah pemangkin konsep Pemetaan Muzik apabila segala teknologi moden digabungkan yang mampu memberi impak kepada keseluruhan persembahan selain diselang seli imej serta grafik.
“Menerusi konsep ini, kami menggunakan 600 panel LED di lantai pentas AJL25 secara menegak dan melintang manakala sebanyak 13 kamera bagi merakamkan perjalanan siaran langsung anugerah ini,” katanya selepas undian giliran persembahan.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan; Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul dan Ketua Bahagian Media & Penajaan Maxis Bhd, Allan Khoo.
Katanya, pentas berkenaan dibahagikan kepada dua aras bagi menjimatkan ruang, mengurangkan masa penyediaan props dan alat muzik memandangkan lebih separuh daripada 14 finalis terdiri daripada band sekali gus melancarkan giliran.
“Kita mendapatkan pandangan finalis sebelum mereka pentas kerana mereka yang akan beraksi dan selepas 12 peringkat, inilah rekaannya dan perubahan mungkin akan dilakukan bagi memastikan ia sehebat dirancang.
“Lihat saja aras atas reka bentuk pentas ini, ia khusus untuk kumpulan orkestra. LED gergasi yang boleh dinaikkan dan diturunkan juga melengkapkan lagi pentas menjadikan rangkuman keseluruhan konsep lebih bermakna,” katanya yang dipertanggungjawabkan menerbitkan AJL untuk dua musim berturut-turut.
Nyata idea segar yang dikutip tatkala mengikuti perjalanan beberapa produksi di luar negara termasuk New York, London dan Hong Kong mampu menyerlahkan dimensi baru majlis pengiktirafan lagu terunggul apatah lagi dalam meniti kematangan selepas lebih dua dekad bersiaran.
Ditanya sama ada pentas sebesar itu bakal mengakibatkan sebilangan peserta mungkin ‘ditelan’ pentas, Ahmad Shaifullizam, berkata penyanyi yang membuat persembahan hanya memerlukan kreativiti untuk memaksimumkan penggunaan pentas seterusnya berusaha ‘mencantikkan’ penampilan di atas pentas tanpa perlu peruntukan besar.
Sasar lima juta penonton
Sementara itu, mengulas mengenai penjurian Farid berkata, sebanyak 70 peratus markah dinilai lebih awal oleh juri profesional manakala baki pemarkahan dinilai pada malam kemuncak pertandingan dengan menumpukan terhadap persembahan.
Juara AJL25 bakal memenangi wang tunai RM35,000 dan trofi; naib juara (trofi/wang tunai RM15,000), tempat ketiga (trofi/wang tunai RM12,000) manakala persembahan terbaik serta vokal terbaik, masing-masing membawa pulang RM10,000 berserta trofi. RM10,000).
“Bersama senarai lagu terbaik yang bertanding, pentas hebat dan kemuncak yang ditunggu-tunggu peminat muzik, kita jangkakan rating pada malam berkenaan terus memuncak dengan anggaran 5 juta penonton berbanding 4.5 juta, bagi AJL tahun lalu.
“AJL juga tidak mengenepikan orang lama biarpun evolusi perubahan arena muzik masa kini didominasi komposer merangkap penyanyi muda dengan mengundang barisan pemenang musim lalu untuk memanaskan pentas,” katanya.
Antara nama besar yang bakal tampil dalam segmen khas ialah Datuk Sharifah Aini, Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, M Nasir dan Francissca Peters sekali gus sebagai menghargai sumbangan pemenang lalu selain penghibur lebih berpengalaman.
AJL 25 yang akan disiarkan secara langsung di TV3 dan laman web www.TV3.com.my/ajl bermula jam 9 malam masih menggandingkan Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar sebagai perantara program.
Sempena AJL 25, orang ramai juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seawal jam 3 petang sebelum malam kemuncak berlangsung yang dikendalikan Hot FM malah peminat juga berpeluang mendapatkan tiket percuma di Balai Pengawal TV3, Sri Pentas Bandar Utama mulai 31 Disember ini.
FAIZAL TAHIR (Hanyut dan Selamat Malam)
“Tiada apa yang mahu diubah kepada kedua-dua lagu Audi Mok itu. Melodinya sudah cantik dan saya bimbang jika terlalu disuntik kelainan, keasliannya akan hilang.
“Kalau banyak sangat diubah, kita sebagai penyanyi juga susah untuk menjiwainya, begitu juga jika terlampau memikirkan konsep. Kadang-kadang perkara itu boleh membuatkan kita hilang tumpuan tatkala berada di pentas.”
ANA RAFFALI (Tolong Ingatkan Aku)
“Saya masih menjalankan latihan vokal bersama kumpulan Marhaen yang akan mengiringi saya pada malam itu. Konsep persembahan tentu saja ada perubahan tetapi melodi kalau boleh tidak banyak berubah.”
ADIRA (penyanyi lagu Ku Ada Kamu)
“Sebagai penyanyi, saya sendiri sudah memulakan latihan vokal selain merangka konsep persembahan. Saya belum sempat berjumpa Edry (Abdul Halim) sama ada terdapat penyusunan melodi atau sebagainya. Biar apa pun, saya sudah bersedia dan akan menggalas amanah Edry selaku komposer sebaik mungkin.”
THERE ARE MORE HERE
-
THE Kenanga Wholesale City, which is earmarked for completion by early 2010, is poised to be a landmark hub for Kuala Lumpur's wholesale...
-
LOS ANGELES: Bintang pop sensasi, Justin Bieber, terbabit dalam kemalangan ketika memandu kereta Ferrarinya di Los Angeles awal pagi tad...
-
KUALA LUMPUR: “Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdeda...
-
Amaran pd Kaum Hawa Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan. Kesah ini betul2 terjadi...
-
Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan ...
-
KANGAR: Pemandu bas, Omar Shahidan yang terbunuh bersama sebahagian besar pelancong Thailand, di Kilometer 15 Jalan Cameron Highlands-Simpan...
-
PETALING JAYA: Tahun 2010 yang akan melabuhkan tirainya memberi kenangan yang terindah buat insan-insan seni apabila mereka melangkah ke ala...
-
SUNGAI PETANI – Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Ta...
-
KISAH perjalanan hidup Anang Hermansyah dan Krisdayanti (KD) akan dibukukan. Rumah tangga mereka yang kandas di tengah jalan akan dikupas da...
-
KUALA LUMPUR: Walaupun hampir lapan tahun menyepi daripada dunia hiburan, penyanyi Nursyella tetap terpalit dengan kontroversi apabila foto ...













