Showing posts with label JAIS. Show all posts
Showing posts with label JAIS. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Ajaran sesat sukat dosa guna lilin

| Sunday, May 13, 2012 | 0 comments



SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini memantau penyebaran satu ajaran sesat yang dipercayai mengenakan bayaran kepada para pengikut untuk mengukur tahap keimanan masing-masing serta menghapuskan dosa dengan sekadar membakar lilin.

Ajaran sesat ini yang dipanggil Ajaran Ibu Puteri dipercayai didalangi oleh seorang individu bergelar Datuk sejak tahun 2007.

Lelaki itu bagaimanapun telah meninggal dunia tahun lalu, namun ajarannya terus berkembang.

Pihak berkuasa setakat ini mengesan kewujudan ajaran tersebut di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang seperti Shah Alam, Puchong dan Petaling Jaya.

Apa yang mengejutkan, ajaran sesat ini turut disertai imam, jemaah haji dan umrah.

Seorang bekas pengikut ajaran itu yang dikenali sebagai Pak Ungku, 50, menceritakan, mereka kebiasaannya membakar lilin di dalam pinggan berisi air.

Katanya, jika kesan cairan lilin itu banyak, maka individu tersebut didakwa mempunyai banyak dosa.

Seterusnya, nama individu itu akan dimasukkan dalam satu senarai untuk upacara berasingan bagi menghapuskan dosa dan sesi pengampunan yang dilakukan oleh pengikut kanan ajaran berkenaan.

Readmore..

Friday, August 5, 2011

Serbuan gereja: MB Selangor larang semua Exco beri kenyataan

| Friday, August 5, 2011 | 0 comments



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melarang semua Exco negeri beri kenyataan berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, malam semalam.

Dalam kenyataannya petang ini, Khalid berkata beliau akan mendapatkan nasihat daripada Sultan Selangor berhubung perkara berkenaan sebaik memperoleh laporan JAIS.
Katanya, tujuan mengadap Sultan Selangor yang menjadi ketua agama negeri bagi menyelesaikan masalah itu dan mengelak kejadian sama berulang.

“Sementara tindakan diambil dan isu ini diselesaikan, semua ahli Exco negeri dilarang membuat sebarang kenyataan," katanya.

Laporan hari ini menyebut, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata anggota penguat kuasa JAIS bersama polis menjalankan pemeriksaan di premis itu walaupun dihalang penganjur.

Katanya, penganjur utama dipercayai beragama Islam berunding hampir sejam bersama ketua pasukan operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis selesai.

“Selepas majlis hampir tamat, penguat kuasa dan polis membuat pemeriksaan meskipun ada cubaan menghalang mereka dan melupuskan bahan bukti,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Pegawai penguat kuasa JAIS dan polis mendapati ada cubaan untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang.

Hasan berkata, terdapat 12 orang beragama Islam menghadiri majlis itu, namun tiada tangkapan dibuat dan mereka diarah hadir di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

“Berpandukan siasatan awal, mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995,” katanya.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com