Popular Posts
Saturday, February 16, 2013
Renungan – Nasihat Dari Kubur
Monday, October 1, 2012
Agama: Hukum berpakaian tapi telanjang
Mengapa masih ramai perempuan yang tidak mengambil berat persoalan aurat dengan memakai pakaian yang merangsang syahwat lelaki. Saya rasa tidak salah untuk mengatakan kejadian rogol dan buang bayi ini yang berlaku adalah kesan daripada perempuan yang mendedahkan aurat sehingga merangsang syahwat lelaki. Apa pendapat ustaz? Saya juga ingin bertanya mengenai hukum menghias rumah dengan ukiran? Adakah Islam mengharamkannya?
PAK MAN
Gombak, Selangor.
Antara sebab utama masih ramai dalam kalangan perempuan yang masih memakai pakaian yang tidak menutup aurat atau menutup aurat tetapi tidak sempurna adalah faktor kejahilan berkaitan persoalan agama. Mungkin ada yang tahu hukum menutup aurat tetapi mereka ini sombong seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW iaitu menolak kebenaran.
Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang kelihatan bentuk tubuh dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk antaranya ialah pakaian yang dapat mempertajam bahagian tubuh terutama tempat yang membawa fitnah seperti buah dada, paha dan sebagainya.
Golongan ahli neraka
Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya:
Pertama, kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang mereka buat untuk memukul orang (maksudnya pemerintah yang kejam).
Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol (bukhtun) unta. Mereka ini tidak boleh masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat terhidu sejauh perjalanan sekian dan sekian.
Mereka dikatakan berpakaian kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi untuk menutup aurat kerana itu mereka dikatakan telanjang kerana pakaiannya terlalu nipis sehingga memperlihatkan tubuh seperti yang dipakai oleh sebahagian pakaian perempuan sekarang.
Bukhtun adalah salah satu jenis unta yang mempunyai bonggol besar. Rambut orang perempuan seperti bonggol unta kerana rambutnya ditarik ke atas. Jika diperhatikan kepada hadis itu seolah-olah Rasulullah SAW melihat apa yang berlaku pada zaman sekarang ini iaitu ramai perempuan cenderung untuk membuat rambut dengan pelbagai fesyen dalam salun yang disebut sebagai salun kecantikan, manakala ramai lelaki yang bekerja di salun kecantikan dengan upah yang sangat tinggi.
Ada juga perempuan yang berasa tidak puas dengan rambut asli kurniaan Allah. Kerana itu mereka membeli rambut palsu yang disambung dengan rambutnya yang asli supaya kelihatan lebih cantik sehingga ia menjadi perempuan yang menarik dan memikat hati.
Islam tidak melarang penganutnya menghias rumah dengan karangan bunga yang berwarna-warni dan ukiran-ukiran serta hiasan yang halal. Oleh kerana itu Allah SWT berfirman dalam surah al-Araf ayat 32 yang bermaksud: Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah Ia keluarkan untuk hamba-hamba-Nya.
Sekali lagi ingin mengatakan bahawa seorang Muslim tidak berdosa untuk menghiasi rumahnya, pakaiannya, kasutnya dan sebagainya. Hal ini kerana Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Muslim (yang bermaksud): Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada perasaan sombong sekalipun sebesar zarah. Kemudian ada seorang lelaki bertanya: Ya Rasulullah! Seseorang itu suka kalau pakaiannya baik, dan kasutnya baik. Adakah ia termasuk kesombongan? Nabi SAW menjawab: Sesungguhnya Allah itu baik, Ia suka kepada yang baik.
Suka keindahan
Dalam hadis riwayat Abu Daud pula menyebut (yang bermaksud): Ada seorang lelaki yang kacak datang kepada Nabi SAW, kemudian ia bertanya: Saya ini sangat suka kepada keindahan dan saya sendiri telah diberi keindahan itu sebagaimana yang tuan lihat sehingga aku tidak suka kalau ada seseorang yang mahu mengatasi aku dengan menyamakan kasutnya. Adakah ini termasuk kesombongan wahai Rasulullah?
Jawab Nabi SAW: Tidak! Sebab yang disebut kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan menghina orang lain.
Namun Islam tidak suka berlebih-lebihan dalam segala hal. Nabi SAW sendiri tidak suka seorang Muslim yang rumahnya itu penuh dengan lambang kemewahan dan kemegahan kerana berlebih-lebihan itu dicela oleh al-Quran.
Readmore..
Wednesday, July 25, 2012
Sedekah Jutawan Fakir Al-Rajhi
Sedekah Jutawan Fakir Al-Rajhi
Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.
Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Wartawan (W): Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Sheikh Suleiman (SS): Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
W: Mengapa berbuat begitu?
SS: Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
W: Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
SS: Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
W: Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
SS: Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
W: Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
SS: Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
W: Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
SS: Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
W: Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
SS: Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.”
Saturday, July 21, 2012
Cerekarama - Perempuan Neraka [2012]
Hasyim berkahwin dengan Intan dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Anis. Intan seorang isteri yang sanggup mengzalimi suaminya sendiri demi kepuasan hidupnya. Berbelanja tidak mengikut kemampuan suaminya. Mengunakan ilmu penunduk untuk membuatkan Hasyim mengikut sahaja apa yang di suruh olehnya. Hasyim sanggup melakukan apa sahaja demi kebahgiaan Intan dan Anis. Sehingga sanggup mengabaikan kesihatan dirinya sendiri. Semua kerja rumah di lakukan oleh Hasyim. Hasyim tidak pernah bersungut walaupun dirinya lelah setelah seharian bekerja.
Intan menghasut anaknya, Anis supaya membenci Hasyim. Dia juga mengajar anaknya menjadi seperti dirinya. Dan apabila Anis sudah berumahtangga, Intan menghasut Anis supaya menggunakan ilmu penunduk seperti dirinya.
Akhirnya, kerana terlampau bekerja keras tanpa memperdulikan kesihatan diri, Hasyim meninggal dunia. Intan mulai hilang arah. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dalam fikirannya hanya fikirkan duit untuk meneruskan hidupnya walaupun tahu Hasyim sudah memindahkan semua akaunnya atas nama Intan.
Kemunculan Zubaidah di salahertikan oleh Intan. Dia menyangkakan Zubaidah adalah isteri kedua Hasyim yang datang untuk menuntut bahagian. Zubaidah menerangkan siapa dirinya yang sebenar dan amanah yang diberikan oleh Hasyim kepadanya. Intan meminta amanah itu tetapi Zubaidah memberitahunya yang amanah itu akan diberikan kelak apabila tiba masanya. Hanya sepucuk surat yang diberikan Zubaidah kepada Intan tetapi surat itu direnyukkan oleh Intan yang hanya mahukan duit bukannya surat yang tidak bernilai pada pandangannya. Zubaidah mengutip kembali surat yang dibuang oleh Intan. Hatinya sedih bukan kepalang melihat keadaan itu. Simpatinya melaut pada arwah Hasyim, pekerjanya itu.
Anis berang melihat suaminya dengan perempuan lain. Di rumah, Anis melayan suaminya dengan baik. Di hidangkan makanan untuk suaminya itu. Suaminya terperanjat dengan perubahan Anis tetapi menyangka Anis sudah berubah. Sewaktu hendak memulakan suapan, suaminya teringat pesanan adiknya supaya membaca dia makan atau sekurang-kurangnya Bismilah untuk menghindarkan termakan sesuatu yang tidak baik. Selesai sahaja doa makan dibacakan, tiba-tiba gelas di sisi suami Anis jatuh dan pecah berderai. Suami Anis naik angin dan mengherdik Anis. Dia tahu Anis berniat untuk mengenakan dirinya dengan ilmu penunduk. Anis tidak mengaku akan hal itu. Suaminya keluar dari rumah meninggalkan Anis keseorangan setelah menjatuhkan talak satu kepadanya.
Anis mengikut kemana suaminya pergi. Setelah melihat perempuan yang bersama-sama suaminya masuk ke dalam sebuah rumah, Anis cepat-cepat mendapatkannya dan mencurahkan asid ke muka perempuan itu. Anis dipenjarakan. Suaminya begitu marah. Dia memberitahu yang perempuan itu adalah adik kandungnya. Suaminya tidak mahu memaafkannya atas perbuatan jahatnya itu. Anis menangis memanggil suaminya. Sesal mulai menguasi dirinya tetapi segalanya sudah terlambat. Dia perlu menjalani hukuman di atas perbuatannya selama ini.
Intan mulai kemamar apabila melihat rumah yang didiaminya sudah dijual. Dia tidak tahu ke mana mahu tinggal. Di saat itu, Zubaidah datang dan menyerahkan surat yang dibuang Intan dahulu dan sebuah anak patung kepadanya. Intan mengambil pemberian Zubaidah itu. Zubaidah membawanya ke sebuah rumah. Rumah itu adalah rumah peninggalan orang tua Hasyim. Hasyim mahukan Intan tinggal di situ apabila tiba waktunya kelak. Intan menyesali perbuatannya dahulu. Dia mengelarkan dirinya perempuan neraka kerana terlalu banyak dosanya pada arwah suaminya dulu dan dia tidak sempat untuk meminta maaf di atas segala perbuatan jahatnya pada Hasyim. Zubaidah menenangkan Intan dengan mengatakan Hasyim telah pun memaafkan segala perbuatan Intan kepadanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja bukanlah kerana paksaan atau suruhan Intan tetapi kerana perasaan sayang dan kasihnya pada Intan dan Anis.
Di kampung itu, Intan mulai menjinakkan dirinya ke surau dan menghadiri ceramah-ceramah agama. Terasa dirinya begitu berdosa pada arwah suaminya, Hasyim. Satu persatu perlakuan jahatnya di ingatinya. Membuatkan dirinya bersalah yang amat sangat. Zubaidah hanya dapat memandang dengan penuh simpati kepada Intan. Tetapi dia percaya segala yang berlaku ada hikmahnya dan pengajarannya yang tersendiri. Tamat ....
Lagu latar, Wali Band - Doaku Untukmu Sayang, Opick - Irhamna, Afgan - PadaMu ku Bersujud
Iklan Ramadhan Yang Tiada di Malaysia
Iklan-iklan yang ada pada kaca televisyen kita bila bulan ramadhan, hanyalah makan-makan -makan. Itu sahaja. Sedangkan bulan ramadhan adalah bulan amal, untuk tingkatkan prestasi pahala dan kurangkan dosa.
Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu :
1) Melazimkan bacaan Kalimah Taiyibah
dlm satu hadis, dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah iaitu "Laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.
2) Beristighfar
digalakkan juga beristighfar kerana Allah berjanji akan memberi kita jalan keluar dari kesukaran dan membebaskan dari kesedihan. malah insyaAllah akan memperolehi rezeki dari sumber yang tidak pernah disangkakan.
3) Memohon memasuki Jannah'
Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga:
"Allahhumma as'alukal jannata wa z'izubika minarnnar"
4) Berlindung dengan-Nya daripada neraka Jahannam
Readmore..
Sunday, May 13, 2012
Ajaran sesat sukat dosa guna lilin
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini memantau penyebaran satu ajaran sesat yang dipercayai mengenakan bayaran kepada para pengikut untuk mengukur tahap keimanan masing-masing serta menghapuskan dosa dengan sekadar membakar lilin.
Ajaran sesat ini yang dipanggil Ajaran Ibu Puteri dipercayai didalangi oleh seorang individu bergelar Datuk sejak tahun 2007.
Lelaki itu bagaimanapun telah meninggal dunia tahun lalu, namun ajarannya terus berkembang.
Pihak berkuasa setakat ini mengesan kewujudan ajaran tersebut di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang seperti Shah Alam, Puchong dan Petaling Jaya.
Apa yang mengejutkan, ajaran sesat ini turut disertai imam, jemaah haji dan umrah.
Seorang bekas pengikut ajaran itu yang dikenali sebagai Pak Ungku, 50, menceritakan, mereka kebiasaannya membakar lilin di dalam pinggan berisi air.
Katanya, jika kesan cairan lilin itu banyak, maka individu tersebut didakwa mempunyai banyak dosa.
Seterusnya, nama individu itu akan dimasukkan dalam satu senarai untuk upacara berasingan bagi menghapuskan dosa dan sesi pengampunan yang dilakukan oleh pengikut kanan ajaran berkenaan.
Readmore..Saturday, March 10, 2012
Kamu Berkahwin Kerana Apa?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .
Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .
Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .
Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .
Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .
Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.
Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.
HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….
THERE ARE MORE HERE
-
Halang dedah maklumat sulit KUALA LUMPUR: Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
BARU-BARU ini saya menonton rancangan Bang Bang Boom! terbitan sebuah syarikat televisyen swasta tempatan. Slot terakhir rancangan itu memap...
-
KUALA LUMPUR: “Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdeda...
-
Iklan paling mengarut dari TV3. Tidak mengambarkan langsung kemeriahan suasana Hari Kebesaran Umat Islam dari sudut sebenar Islam. Ini yang ...
-
JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata ...
-
KUALA LUMPUR: On Dec 5, it declared that it was in crisis. Yesterday, Malaysia Airlines (MAS) announced that it will cut seven loss-making r...
-
FLORIDA: Elin Nordegren, bekas isteri Tiger Woods merancang melelong barang kemas berjumlah AS$2.5 (RM8 juta) yang diberikan bintang golf it...
-
1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD 2). Aku adal...
-
JOHOR BAHRU: Malaysia bakal menjadi antara empat hab minyak dan gas laut dalam dunia, setanding pemimpin industri seperti Amerika syarikat, ...







