BOLEHKAH seorang lelaki yang bukan mahram kepada pengantin perempuan menjadi jurugambar? Saya bakal mendirikan rumah tangga dan berasa tidak selesa jika gambar isteri diambil oleh lelaki bukan mahram.
Saya membuat sedikit kajian berkaitan permasalahan ini dan rata-rata jawapan yang saya peroleh mengatakan BAHAWA mengambil gambar pengantin perempuan adalah harus jika pengantin menutup aurat.
Ia menjadi haram jika pengantin tidak menutup aurat dan gambar diambil oleh lelaki yang bukan mahram dengan si pengantin.
MUSTAQIM
Putrajaya
Ada dua isu berbeza yang perlu difahami di sini. Pertama, jika lelaki ajnabi melihat wanita bukan mahram, termasuk perbuatan melihat dengan tujuan merakam atau mengambil gambar, jelas hukumnya haram jika wanita berkenaan mendedahkan auratnya.
Masalah kedua lelaki menjadi jurugambar, jika pekerjaannya sebagai jurugambar, tentu sukar untuk dia memilih hanya wanita yang mahramnya untuk dirakam gambarnya.
Wanita, jika menutup aurat, harus dirakam gambarnya oleh jurugambar untuk tujuan tertentu.
Apapun, jika saudara sebagai suami berasa tidak selesa lelaki lain melihat isteri saudara, cari saudara mahram saja yang boleh merakam gambar atau tidak perlu langsung merakam peristiwa ini untuk kenangan.
Popular Posts
Friday, June 3, 2011
Pilih jurugambar mahram
Wednesday, January 5, 2011
Segera nikah elak berzina

APA hukumnya jika saya pegang kemaluan teman wanita tanpa alas apa-apa?
Adakah ia dosa besar? Sekarang kami jarang berjumpa kerana mahu mengelak melakukan perkara itu.
SERBA SALAH
Kuala Lumpur
Memegang kemaluan seorang wanita yang bukan isteri adalah berdosa. Ia termasuk dalam mukadimah zina yang jelas disebut dalam Al-Quran “Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina.”
Perbuatan ini termasuk istilah perkara yang menghampiri zina. Jika mula hanya sekadar memegang tetapi nafsu ini boleh menolak sehingga berlaku zina pada masa akan datang.
Eloklah jarang berjumpa demi mengelak ia berulang kerana nafsu tidak mampu ditahan. Mohon keampunan Allah daripada dosa yang dilakukan. Jika benar saudara mahu mengelak nafsu liar ini, jalan terbaik ialah berkahwin.
Sunday, January 2, 2011
Zakat pendapatan, simpanan berbeza

SAYA mengeluarkan zakat pendapatan secara potongan gaji bulanan. Jika ada lebihan, ia akan saya simpan.
Adakah perlu saya mengeluarkan zakat simpanan pula ke atas simpanan pendapatan saya itu jika ia melebihi haul?
MOHD HISHAM
Banting, Selangor
Zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat tanaman dan ternakan, semuanya adalah berbeza dan wajib dikeluarkan atas kelompok masing-masing.
Jika ada wang simpanan yang mencukupi syarat wajib zakat, maka wajiblah dikeluarkan zakat wang simpanan dan dalam masa jika ada perniagaan yang cukup syarat, wajib pula zakat atas perniagaan.
Zakat bertujuan membersihkan harta daripada segala hak orang lain yang wajib dikeluarkan.
Jadi dengan mengeluarkan zakat, wang akan menjadi lebih berkat.
Sunday, December 12, 2010
Lepas nafsu di telefon

SAYA berumur 21 tahun. Ketika remaja, saya suka melayan lelaki melalui telefon bimbit untuk melepaskan nafsu kami.
Namun apabila difikirkan semula, baru saya sedar alangkah bodohnya saya waktu itu, dan sekarang saya meninggalkan kerja terkutuk itu. Persoalannya, adakah kami berdosa?
INGIN TAHU
Mukah
Hati kecil anda menyatakan ia perbuatan terkutuk, bahkan anda terpanggil dengan fitrah suci untuk meninggalkannya kerana rasa berdosa dalam diri sendiri.
Maka dengan ini terjawablah sama ada berdosa atau tidak dengan naluri dan fitrah. Setiap yang berdosa wajib memohon ampun daripada Allah SWT.
Bahkan Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik orang yang berdosa ialah bila dia bertaubat pada Allah” dan “Hendaklah diikuti perbuatan jahat dengan perbuatan baik supaya yang baik dapat menghapuskan yang jahat.”
Friday, December 3, 2010
Gigitan cinta tidak jejas solat
ADAKAH sah kita melakukan solat jika ada kesan gigitan cinta (love bite) pada tubuh badan kita Dr?
SHAHRIZAL
Kedah
KESAN gigitan berkenaan pada tubuh tidak menjejaskan solat anda.
Terdapat syarat tertentu sahnya solat iaitu (1) Suci daripada hadas kecil dan besar, (2) Suci daripada najis yang tidak boleh dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat dan (3) menutup aurat.
Berkenaan dengan soalan di atas juga apabila seseorang bersetubuh maka akan dia berhadas besar.
Untuk bersolat, seseorang perlu mandi wajib atau mandi hadas besar bagi menghilangkan hadas.
Apabila sudah mandi dengan sempurna, maka boleh menunaikan solat.
Thursday, November 18, 2010
Beza harta sepencarian, nafkah
APAKAH perbezaan harta sepencarian dan nafkah.
Adakah harta sepencarian boleh dikira sebagai nafkah?
HAMIZA
Selangor
MEMANG terdapat perbezaan antara harta sepencarian dan nafkah. Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh hasil daripada usaha suami isteri dan termasuk pendapatan yang diperoleh daripada modal sendiri hasil kerjasama mereka.
Jika berlaku perceraian, harta yang diperoleh boleh diisytiharkan sebagai harta sepencarian dengan persetujuan kedua-dua pihak.
Harta berkenaan dapat dibahagikan bersama antara mereka dengan persetujuan mahkamah.
Manakala nafkah pula merujuk kepada tanggungjawab suami kepada isteri iaitu dalam masa perkahwinan isteri berhak mendapat nafkah daripada suaminya.
Ini termasuk nafkah makanan, tempat tinggal, pakaian dan perubatan.
Kadar nafkah diambil kira dengan kemampuan suami berdasarkan pendapatannya.
Allah berfirman yang bermaksud: "...dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya." (Surah al-Baqarah ayat 233)
Apabila dicerai, isteri berhak mendapat nafkah untuk masa idah (Surah at-Talaq: 6).
Wednesday, September 8, 2010
Hukum Solat Jumaat Pada Hari Raya

Soalan: Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut, iaitu hari Jumaat?
Jawapan:
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat Jumaat yang jatuh bertepatan dengan hari raya, sama ada ‘Eidul Fitri mahupun ‘Eidul Adha. Dalam kitab Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-A’immah karya Imam Ad-Dimasyqi dinyatakan bahawa:
“Apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka menurut pendapat Imam asy-Syafi’i yang sahih dinyatakan bahawa tuntutan solat Jumaat tidak gugur bagi penduduk setempat (pemastautin) yang mengerjakan solat Jumaat. Adapun bagi mereka yang datang dari kawasan lain, tuntutan tersebut digugurkan. Demikianlah menurut pendapat Imam Syafi’i yang sahih. Sekiranya mereka telah menunaikat solat hari raya, dibenarkan bagi mereka untuk terus pulang tanpa mengikuti solat Jumaat. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, bagi penduduk setempat, mereka wajib menunaikan solat Jumaat. Menurut Imam Ahmad pula, tidak wajib solat Jumaat sama ada penduduk tetap ataupun tidak. Kewajipan solat Jumaat gugur setelah mengerjakan solat hari raya, tetapi mereka wajib menunaikan solat Zohor. Menurut ‘Atha, solat Zohor dan solat Jumaat gugur bersama-sama pada hari tersebut. Maka tidak ada solat sesudah solat hari raya selain daripada solat Asar.”
Ad-Dimasyqi tidak menampilkan pendapat Imam Malik. Ibnu Rusyd di dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid menyatakan bahawa pendapat Imam Malik selari dengan pendapat Imam Abu Hanifah. Dinukilkan bahawa, “Imam Malik dan Abu Hanifah bersependapat, ‘Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka mukallaf dituntut untuk melaksanakan kedua-duanya’.”
Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah diberikan, ternyata bahawa dalam hal ini terdapat empat pendapat:
Pertama, solat Jumaat tidak gugur terhadap penduduk kota (ahlul amsaar / ahlul madinah) di mana di tempat mereka ada dilaksanakan solat Jumaat. Bagi mereka yang datang dari kampung atau gurun (ahlil badaawi / ahlul ‘aaliyah) di mana di kawasan mereka tidak dilaksanakan solat Jumaat, kewajipannya digugurkan. Maka sekiranya mereka (iaitu mereka yang datang dari kampong) telah menunaikan solat hari raya, mereka boleh terus pulang tanpa mengikuti solat Jumaat. Inilah pendapat Imam Syafi’i. Pendapat ini juga merupakan pendapat Uthman dan Umar bin Abdul Aziz.
Kedua, solat Jumaat tetap wajib ditunaikan, sama ada penduduk kota di kawasan di mana dilaksanakan solat Jumaat mahupun bagi penduduk dari luar. Pendapat inilah yang dipegang oleh Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Maka, solat Jumaat tetap wajib dan tidak gugur biarpun sesudah menunaikan solat hari raya.
Ketiga, tidak wajib solat Jumaat tetapi mereka wajib solat Zohor. Demikianlah pendapat Imam Ahmad.
Keempat, solat Zohor dan Jumaat gugur kewajipannya pada hari tersebut. Tiada solat sesudah solat hari raya melainkan solat Asar. Demikianlah pendapat ‘Atha bin Abi Rabbah. Turut dikatakan bahawa itu juga adalah pendapat Ibnu Zubair dan ‘Ali.
Monday, March 8, 2010
Pelaburan dalam ASB, ASN harus
SOALAN
APAKAH hukum menggunakan hasil wang syubhah? Contohnya kita melabur dan menyimpan dalam ASB dan sebahagian daripada syarikat yang dilaburkan menguruskan perniagaan haram atau terdapat unsur mencurigakan.
Mereka mungkin menggunakan pinjaman bank yang mengandungi unsur riba. Adakah dividen yang diperoleh halal untuk digunakan?
NIK,
Terengganu
Thursday, March 12, 2009
Masuk jari bukan zina
Soalan
APAKAH yang dimaksudkan dengan perlakuan zina?
Jika lelaki memasukkan jarinya ke dalam kemaluan wanita adakah ia dikatakan perbuatan zina?
ZIE
Johor
Jawapan
ZINA atau mukah adalah persetubuhan yang tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri) (Kamus Dewan 2005). Secara jelas zina ditakrifkan sebagai menyetubuhi perempuan pada kemaluannya secara haram tanpa sebarang syubhah dan tahu ia adalah haram. Unsur fizikal zina adalah perbuatan memasukkan hasyafah (kepala zakar) lelaki ke dalam faraj perempuan. Segala bentuk persetubuhan tidak menepati syarat fizikal berkenaan bukan zina, tetapi tetap perbuatan maksiat seperti bercium, berpeluk, berkhalwat dan memasukkan jari ke dalam kemaluan perempuan. Ia dikira sebagai percubaan melakukan zina (mukadimah zina). Ia boleh dikenakan hukuman takzir saja dan bukan hudud (100 kali sebatan bagi penzina bukan muhsan, iaitu yang belum berkahwin) (Paizah Haji Ismail, 1996).
Monday, January 28, 2008
Oral Seks & Hukumnya

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
Soalan
Ustaz, apakah hukum ‘oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?.. Terima kasih atas jawapan ustaz.
- Anak Empat -
Sudah Kahwin Baru Patut Baca Bab Ini
Jawapan
Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
KESIMPULAN
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.
2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.
3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)
4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. Fikirkan...
Sekian
Ikhsan: Zaharuddin Abd Rahman
THERE ARE MORE HERE
-
KUALA LUMPUR: Rakaman gambar bogel mangsa di depan kamera web turut menjadi alat lelaki Nigeria memeras ugut wanita tempatan bagi mendapatka...
-
SAYA ingin tahu mengenai kaitan kehamilan dan kedatangan haid. Adakah benar seseorang wanita itu boleh hamil meskipun dia baru didatangi hai...
-
10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN 1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara m...
-
AIDIL ZAFUAN dan Rita Rudaini bersama dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. SHAH ALAM - Isu surat tuntutan yang diterim...
-
From NetEase : Noodle restaurant uses “beef extract” additive to turn pork into beef in 90 minutes Summary: Recently, the Hefei department o...
-
SHAH ALAM — Universiti Industri Selangor (Unisel) bakal dikenali dengan nama baru iaitu Universiti Selangor bermula 14 Feb ini. Presiden dan...
-
JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata ...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
HONG KONG: The locations of the 35 stations of the first Mass Rapid Transit (MRT) line from Sg Buloh to Kajang are expected to be finalised...
-
MEMETIK laporan disiarkan dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Safee akan menerima gaji bulanan sebanyak AS$10,000 (RM...