Showing posts with label Hukum Hakam. Show all posts
Showing posts with label Hukum Hakam. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Agama: Hukum berpakaian tapi telanjang

| Monday, October 1, 2012 | 0 comments




Mengapa masih ramai perempuan yang tidak mengambil berat persoalan aurat dengan memakai pakaian yang merangsang syahwat lelaki. Saya rasa tidak salah untuk mengatakan kejadian rogol dan buang bayi ini yang berlaku adalah kesan daripada perempuan yang mendedahkan aurat sehingga merangsang syahwat lelaki. Apa pendapat ustaz? Saya juga ingin bertanya mengenai hukum menghias rumah dengan ukiran? Adakah Islam mengharamkannya? 


PAK MAN
Gombak, Selangor. 

Antara sebab utama masih ramai dalam kalangan perempuan yang masih memakai pakaian yang tidak menutup aurat atau menutup aurat tetapi tidak sempurna adalah faktor kejahilan berkaitan persoalan agama. Mungkin ada yang tahu hukum menutup aurat tetapi mereka ini sombong seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW iaitu menolak kebenaran. 

Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang kelihatan bentuk tubuh dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk antaranya ialah pakaian yang dapat mempertajam bahagian tubuh terutama tempat yang membawa fitnah seperti buah dada, paha dan sebagainya. 



Golongan ahli neraka 

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya: 

Pertama, kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang mereka buat untuk memukul orang (maksudnya pemerintah yang kejam). 

Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol (bukhtun) unta. Mereka ini tidak boleh masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat terhidu sejauh perjalanan sekian dan sekian. 

Mereka dikatakan berpakaian kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi untuk menutup aurat kerana itu mereka dikatakan telanjang kerana pakaiannya terlalu nipis sehingga memperlihatkan tubuh seperti yang dipakai oleh sebahagian pakaian perempuan sekarang. 



Bukhtun adalah salah satu jenis unta yang mempunyai bonggol besar. Rambut orang perempuan seperti bonggol unta kerana rambutnya ditarik ke atas. Jika diperhatikan kepada hadis itu seolah-olah Rasulullah SAW melihat apa yang berlaku pada zaman sekarang ini iaitu ramai perempuan cenderung untuk membuat rambut dengan pelbagai fesyen dalam salun yang disebut sebagai salun kecantikan, manakala ramai lelaki yang bekerja di salun kecantikan dengan upah yang sangat tinggi. 

Ada juga perempuan yang berasa tidak puas dengan rambut asli kurniaan Allah. Kerana itu mereka membeli rambut palsu yang disambung dengan rambutnya yang asli supaya kelihatan lebih cantik sehingga ia menjadi perempuan yang menarik dan memikat hati. 

Islam tidak melarang penganutnya menghias rumah dengan karangan bunga yang berwarna-warni dan ukiran-ukiran serta hiasan yang halal. Oleh kerana itu Allah SWT berfirman dalam surah al-Araf ayat 32 yang bermaksud: Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah Ia keluarkan untuk hamba-hamba-Nya. 

Sekali lagi ingin mengatakan bahawa seorang Muslim tidak berdosa untuk menghiasi rumahnya, pakaiannya, kasutnya dan sebagainya. Hal ini kerana Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Muslim (yang bermaksud): Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada perasaan sombong sekalipun sebesar zarah. Kemudian ada seorang lelaki bertanya: Ya Rasulullah! Seseorang itu suka kalau pakaiannya baik, dan kasutnya baik. Adakah ia termasuk kesombongan? Nabi SAW menjawab: Sesungguhnya Allah itu baik, Ia suka kepada yang baik. 



Suka keindahan 

Dalam hadis riwayat Abu Daud pula menyebut (yang bermaksud): Ada seorang lelaki yang kacak datang kepada Nabi SAW, kemudian ia bertanya: Saya ini sangat suka kepada keindahan dan saya sendiri telah diberi keindahan itu sebagaimana yang tuan lihat sehingga aku tidak suka kalau ada seseorang yang mahu mengatasi aku dengan menyamakan kasutnya. Adakah ini termasuk kesombongan wahai Rasulullah? 

Jawab Nabi SAW: Tidak! Sebab yang disebut kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan menghina orang lain. 

Namun Islam tidak suka berlebih-lebihan dalam segala hal. Nabi SAW sendiri tidak suka seorang Muslim yang rumahnya itu penuh dengan lambang kemewahan dan kemegahan kerana berlebih-lebihan itu dicela oleh al-Quran. 

Readmore..

Friday, July 9, 2010

FATWA YOGA

| Friday, July 9, 2010 | 0 comments

"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Readmore..

Monday, March 8, 2010

Pelaburan dalam ASB, ASN harus

| Monday, March 8, 2010 | 0 comments

SOALAN

APAKAH hukum menggunakan hasil wang syubhah? Contohnya kita melabur dan menyimpan dalam ASB dan sebahagian daripada syarikat yang dilaburkan menguruskan perniagaan haram atau terdapat unsur mencurigakan.

Mereka mungkin menggunakan pinjaman bank yang mengandungi unsur riba. Adakah dividen yang diperoleh halal untuk digunakan?

NIK,
Terengganu

Readmore..

Monday, February 22, 2010

Perkara haram jauhkan rezeki

| Monday, February 22, 2010 | 0 comments




MINGGU lalu saya menyentuh berkaitan apa itu rezeki, berkat, menderma serta bersedekah itu menambah rezeki dan bukan mengurangkannya serta balasan diberikan Allah SWT kerana keikhlasan kita. Berikut adalah lanjutan sambungan keluaran lalu.

Terlalu banyak cara dan kaedah untuk Allah SWT membalas baik sangka serta amalan kebaikan hamba-Nya sama ada ketika kita masih hidup di dunia atau di akhirat. Yang menjadi penghalang hanyalah ‘hati’ masing-masing.

Jika hati belum mampu meyakini maha pemurahnya Allah SWT, meyakini Allah SWT akan membalasnya, meyakini wujudnya Allah SWT dan ganjaran kebaikan-Nya, selagi itu individu berkaitan akan sentiasa dihambat pelbagai perasaan tamak, kedekut serta malas ketika ingin memberi.

Jalan awal penyakit itu adalah ‘malas’ dan diikuti berterusan melakukan dosa. Kemudian, dia berasa jalan ‘dosa’ itu cara pendapatan terbaik baginya.

Saya teringat, tatkala saya mengingatkan orang ramai perihal pelaburan haram, skim haram, skim cepat kaya, skim piramid wang dan sebagainya, berteriaklah beberapa orang yang tidak berpuas hati seraya berkata: “Kami orang susah, ustaz bolehlah kata itu dan ini, cuba ustaz duduk di tempat kami selaku individu yang kurang berpendidikan, kerja berat tapi gaji sedikit. Itulah saja cara mudah untuk kami menambah pendapatan.” Individu seperti itu tidak sedar, pembabitannya dalam perkara haram hanya akan menjauhkan lagi dia daripada rezeki harta dan ketenangan. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan dan tidak akan ditolak qadar Allah SWT (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu DITAHAN REZEKINYA disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya.” (Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan) Justeru, janganlah menjadikan posisi kesukaran diri pada waktu ini sebagai alasan untuk membabitkan diri dalam perkara haram kerana ia sebenarnya bukan jalan keluar tetapi jalan buntu dan hanya akan melebarkan bencana terhadap diri serta keluarga.

Imam Ibn Kathir pernah mengulas apabila manusia melupakan soal dosa pahala dalam harta dan kehidupan mereka: “Tetapi mereka mendustakan (tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas daripada mereka apa-apa yang mereka usahakan.” (Al-A’raf: 96) PERKEMBANGAN POTENSI, JANGAN ASYIK MEMBUAT ALASAN Yang perlu dilakukan adalah memanfaatkan wang simpanan bagi mempelajari ilmu yang boleh digunakan untuk memperkembang potensi diri, bukan dengan menceburi skim haram dan kemudian mengemukakan pelbagai alasan. Ulama tabi’en berkata: “Barang siapa menuntut ilmu Allah seolah-olah telah menjamin rezekinya.” (Kanzul Ummal, 10/139) Ilmu itu akan menerangkan kita jalan untuk bekerja sebaik mungkin dalam keadaan halal dan seterusnya membuka lebih banyak pintu rezeki. Semua ini perlu dilakukan tanpa malas. Atas dasar itu Rasulullah SAW mengingatkan: “Kalau kamu benar-benar bertawakal kepada Allah SWT, nescaya akan diberi rezeki kepadamu sebagaimana diberi rezeki kepada burung, yang keluar dengan perut lapar di pagi hari, pulang dalam keadaan kenyang.” Ulama menyebut dengan jelas lagi terang, maksud tawakal dalam hadis di atas merujuk kepada usaha, ilmu, bersungguh-sungguh dan sesudah itu bersangka baik kepada Allah SWT.

Sesiapa yang bersangka baik kepada Allah SWT, Dia akan menunaikan sangkaan baiknya. Begitu juga sebaliknya.

Akhir sekali, Rasulullah SAW menasihatkan seorang sahabat yang kerap memohon bantuan harta daripada baginda: “Wahai Hakim, sesungguhnya harta adalah seperti buah yang subur, manis lagi disukai. Barang siapa mengambilnya dengan jiwa yang zuhud (dan tidak meminta-minta) nescaya akan diberkati baginya pada harta itu.

“Barang siapa mengambilnya dengan tinggi diri (serta tamak) tiada berkat di dalamnya sebagaimana orang yang makan tetapi tidak kenyang.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Sumber: Harian Metro

Readmore..

Thursday, November 26, 2009

Hukum MLM Jawapan JAKIM

| Thursday, November 26, 2009 | 0 comments

Secara umum Multi Level Marketing adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah Upline (tingkat atas) dan Downline (tingkat bawah), orang akan disebut Upline jika mempunyai Downline.

Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat vertikal (atas bawah) mahupun horizontal (kiri kanan) ataupun gabungan antara keduanya.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian.

Readmore..

Monday, October 19, 2009

Sentuh Kemaluan Kekasih

| Monday, October 19, 2009 | 0 comments

SOALAN

DAHULU saya seorang yang bergaul bebas dengan perempuan. Kemudian masuk universiti dan sampai sekarang saya berubah dari segi pergaulan dan pakaian.

Ketika itu, saya pernah tidur dengan seorang perempuan iaitu bekas kekasih saya. Saya ada menyentuh kemaluannya menggunakan jari. Adakah ini dikira berzina?

Saya runsing apabila memikirkan masa silam saya. Kadang kala saya takut dengan azab yang bakal saya terima daripada Allah.

IZAM,
Selangor.

Readmore..

Thursday, August 13, 2009

Hukum Menonton VCD Lucah

| Thursday, August 13, 2009 | 0 comments

Soalan

Saya terdengar cerita rakan yang melihat cakera padat video (VCD) dan gambar berunsur lucah. Apakah hukumnya bagi remaja Islam berbuat demikian?

Ada orang mengatakan apabila sampai usia remaja berlaku beberapa perubahan yang ketara. Saya kurang faham mengenai perubahan terbabit?

AIMAN,
Johor

Readmore..

Thursday, June 11, 2009

Haram lelaki Islam berjual beli sebaik azan Jumaat

| Thursday, June 11, 2009 | 0 comments



Dalam Kuliah Feqah yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn Hj Arshad (Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan) di Surau Alamanda pada Jumaat 6 Mei 2005 yang lalu,
seorang jemaah telah bertanya pada beliau mengenai hukum mereka yang berniaga di kawasan masjid pada hari Jumaat.

Tn Hj Arshad menjelaskan adalah Haram lelaki Islam berjual atau membeli barangan sebaik sahaja azan pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja di perkarangan masjid malah dimana-mana jua hatta di pasaraya , restoran dan sebagainya.

Walaupun mereka yang berjual beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram kerana kita sudah ada segala kemudahan sekarang dengan jam, radio, takwim dan sebagainya untuk menentukan bila masuk waktu.

Lelaki Islam yang menjual haram dan lelaki Islam yang membelinya juga haram. Tetapi tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam. Tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi haram jika membelinya lelaki Islam.

Di Masjid Bandar Baru Senawang ada seorang sahabat yang lengkap berjubah putih dan berserban menjual air soya di luar perkarangan masjid. Ketika azan pertama dilaungkan hingga khutbah dibaca, penjual dan pembeli sedang sibuk berjual beli. Ini adalah haram kalau
mengikut penjelasan Us Arshad.

Bayangkan orang Islam lelaki yang sedang menikmati makan tengahari jam 1:20 tgh di KFC sementara menunggu solat Jumaat atau minum cendol di benteng, sumber rezekinya Halal tetapi waktunya Haram. Itu yang yang hendak menunggu solat Jumaat, apatah lagi yang langsung tak solat Jumaat.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". Surah Al-Jumu'ah, ayat 9

Hanya sekadar menyampaikan apa yang didengar melalui Kuliah Feqah. Untuk pertanyaan lanjut boleh berjumpa Tn Hj Arshad Imam Masjid Bandar Baru Senawang.

Readmore..

Tuesday, April 21, 2009

44 Pantang Larang Bakal Pengantin

| Tuesday, April 21, 2009 | 0 comments

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin
tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

Readmore..

Thursday, March 12, 2009

Masuk jari bukan zina

| Thursday, March 12, 2009 | 0 comments

Soalan

APAKAH yang dimaksudkan dengan perlakuan zina?

Jika lelaki memasukkan jarinya ke dalam kemaluan wanita adakah ia dikatakan perbuatan zina?

ZIE
Johor


Jawapan

ZINA atau mukah adalah persetubuhan yang tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri) (Kamus Dewan 2005). Secara jelas zina ditakrifkan sebagai menyetubuhi perempuan pada kemaluannya secara haram tanpa sebarang syubhah dan tahu ia adalah haram. Unsur fizikal zina adalah perbuatan memasukkan hasyafah (kepala zakar) lelaki ke dalam faraj perempuan. Segala bentuk persetubuhan tidak menepati syarat fizikal berkenaan bukan zina, tetapi tetap perbuatan maksiat seperti bercium, berpeluk, berkhalwat dan memasukkan jari ke dalam kemaluan perempuan. Ia dikira sebagai percubaan melakukan zina (mukadimah zina). Ia boleh dikenakan hukuman takzir saja dan bukan hudud (100 kali sebatan bagi penzina bukan muhsan, iaitu yang belum berkahwin) (Paizah Haji Ismail, 1996).

Readmore..

Monday, February 9, 2009

Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri

| Monday, February 9, 2009 | 0 comments

Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.

JAWAPAN:

Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com