Showing posts with label datuk sri dr rais yatim. Show all posts
Showing posts with label datuk sri dr rais yatim. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

Gambar Robengah?

| Sunday, January 9, 2011 | 0 comments


Robengah, 46, (kanan), bekas pembantu rumah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang diambil dari laporan portal berita detik.com, di Kuala Lumpur.

Gambar itu diambil oleh wartawan di rumahnya di Desa Pagelak, Kecamatan Madukara, Kabupaten Banjarnegara, Jawa Tengah, Jumaat.

Robengah menafikan dirinya diperkosa menteri Malaysia itu yang telah menjadi majikannya dari tahun 1999 hingga 2007. Beliau juga membantah keterangan Migrant Care dan media Malaysia dalam temubual bersama BERNAMA

Readmore..

Pembantu rumah Rais buat penafian bertulis

| | 0 comments



CIPANAS: Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Jumhur Hidayat, semalam turut menafikan laporan seorang menteri Malaysia merogol seorang pembantu rumahnya.

Menurut Jumhur, ada pengesahan bertulis daripada pembantu rumah terbabit, Robingah, yang menyatakan dia tidak pernah mengalami serangan seksual sepanjang bekerja di rumah menteri itu.

“Seorang kakitangan BNP2TKI bertemu Robingah di rumahnya di Madukara dan memperoleh kenyataan bertulisnya,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Robingah mengaku tidak pernah diperkosa dan dilayan dengan baik oleh majikannya.

Laporan itu diserahkan kepada Menteri Tenaga kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar.

Berhubung dakwaan Robingah dirogol seorang menteri ketika di Malaysia, Jumhur berkata, semua pihak perlu berhati-hati dan menyemak maklumat yang ada sebelum membuat kenyataan.

“Dakwaan ini membabitkan maruah seseorang,” katanya. - Agensi

Readmore..

Robingah nafi dirogol

| | 0 comments



BANJARNEGARA: Bekas pembantu rumah Datuk Seri Dr Rais Yatim, Robingah, menafikan dia pernah diperkosa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu pada 2007.

Ketika ditemui media di rumahnya semalam, Robingah berkata, dakwaan dia menjadi mangsa serangan seksual Rais tidak benar sama sekali.

Malah, katanya, sepanjang bekerja di rumah Rais, dia mendapat layanan baik daripada menteri berkenaan.

“Saya sering diberi ole-ole atau wang sagu hati,” katanya.

Berasal dari Pagelak, daerah Madukara di Banjarnegara, Jawa Tengah, Robingah mendakwa bekerja di rumah Rais selama lapan tahun mulai 1999.

Sepanjang tempoh itu, katanya, dia pernah pulang ke kampung bercuti selama satu setengah bulan pada 1999.

“Ketika itu ada tiga pembantu rumah berasal dari Indonesia di rumah beliau,” katanya.

Menurut Robingah, 47, ketika di rumah Rais, tugasnya adalah sebagai penghantar makanan jika menteri terbabit mengadakan jamuan.

Katanya, dia juga menjadi tukang buka pintu setiap kali Rais keluar atau pulang ke rumah.

“Beliau adalah seorang majikan yang baik dan tidak pernah melakukan kekasaran ke atas saya.

“Di sini, saya menegaskan bahawa tidak pernah berlaku kejadian perkosaan seperti dilaporkan beberapa pihak,” katanya.

Sementara itu, suami Robingah, Sukirman, 52, mengaku wanita terbabit tidak pernah mengeluh atau mengadu mengenai masalah kerja sepanjang tempoh berkhidmat di Malaysia.

Disebabkan begitu, kata Sukirman, dia tidak keberatan membenarkan Robingah bekerja di rumah Rais sehingga lapan tahun.

“Justeru, saya terkejut apabila ada berita mendakwa isteri saya diperkosa majikannya,” katanya. - Agensi

Readmore..

Saturday, January 8, 2011

Laporan blogger tidak benar

| Saturday, January 8, 2011 | 0 comments



JAKARTA - Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam menafikan dakwaan dia telah dirogol oleh bekas majikannya itu seperti yang tersebar dalam Internet baru-baru ini.

Malah, wanita itu, Robingah, 46 , sebaliknya memberitahu, dia telah dilayan dengan baik oleh Rais dan ahli keluarganya sepanjang bekerja di rumah majikannya itu dari tahun 1999 hingga 2007.

"Datuk orang yang baik. Saya tidak pernah ada masalah dengannya (Rais).

"Semua laporan yang mengatakan saya diperkosa sama sekali tidak benar," demikian kata Robingah dalam kenyataan yang disiarkan portal berita Detiknews.com semalam. Laman web itu ialah portal berita paling berpengaruh di Indonesia.

Robingah semalam dikunjungi empat kakitangan Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) di rumahnya di Banjarnegara, Jawa Tengah untuk siasatan mengenai dakwaan tersebut.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com