
Robengah, 46, (kanan), bekas pembantu rumah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang diambil dari laporan portal berita detik.com, di Kuala Lumpur.
Gambar itu diambil oleh wartawan di rumahnya di Desa Pagelak, Kecamatan Madukara, Kabupaten Banjarnegara, Jawa Tengah, Jumaat.
Robengah menafikan dirinya diperkosa menteri Malaysia itu yang telah menjadi majikannya dari tahun 1999 hingga 2007. Beliau juga membantah keterangan Migrant Care dan media Malaysia dalam temubual bersama BERNAMA
Popular Posts
Sunday, January 9, 2011
Gambar Robengah?
Pembantu rumah Rais buat penafian bertulis

CIPANAS: Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Jumhur Hidayat, semalam turut menafikan laporan seorang menteri Malaysia merogol seorang pembantu rumahnya.
Menurut Jumhur, ada pengesahan bertulis daripada pembantu rumah terbabit, Robingah, yang menyatakan dia tidak pernah mengalami serangan seksual sepanjang bekerja di rumah menteri itu.
“Seorang kakitangan BNP2TKI bertemu Robingah di rumahnya di Madukara dan memperoleh kenyataan bertulisnya,” katanya.
Dalam kenyataan itu, Robingah mengaku tidak pernah diperkosa dan dilayan dengan baik oleh majikannya.
Laporan itu diserahkan kepada Menteri Tenaga kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar.
Berhubung dakwaan Robingah dirogol seorang menteri ketika di Malaysia, Jumhur berkata, semua pihak perlu berhati-hati dan menyemak maklumat yang ada sebelum membuat kenyataan.
“Dakwaan ini membabitkan maruah seseorang,” katanya. - Agensi
Robingah nafi dirogol

BANJARNEGARA: Bekas pembantu rumah Datuk Seri Dr Rais Yatim, Robingah, menafikan dia pernah diperkosa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu pada 2007.
Ketika ditemui media di rumahnya semalam, Robingah berkata, dakwaan dia menjadi mangsa serangan seksual Rais tidak benar sama sekali.
Malah, katanya, sepanjang bekerja di rumah Rais, dia mendapat layanan baik daripada menteri berkenaan.
“Saya sering diberi ole-ole atau wang sagu hati,” katanya.
Berasal dari Pagelak, daerah Madukara di Banjarnegara, Jawa Tengah, Robingah mendakwa bekerja di rumah Rais selama lapan tahun mulai 1999.
Sepanjang tempoh itu, katanya, dia pernah pulang ke kampung bercuti selama satu setengah bulan pada 1999.
“Ketika itu ada tiga pembantu rumah berasal dari Indonesia di rumah beliau,” katanya.
Menurut Robingah, 47, ketika di rumah Rais, tugasnya adalah sebagai penghantar makanan jika menteri terbabit mengadakan jamuan.
Katanya, dia juga menjadi tukang buka pintu setiap kali Rais keluar atau pulang ke rumah.
“Beliau adalah seorang majikan yang baik dan tidak pernah melakukan kekasaran ke atas saya.
“Di sini, saya menegaskan bahawa tidak pernah berlaku kejadian perkosaan seperti dilaporkan beberapa pihak,” katanya.
Sementara itu, suami Robingah, Sukirman, 52, mengaku wanita terbabit tidak pernah mengeluh atau mengadu mengenai masalah kerja sepanjang tempoh berkhidmat di Malaysia.
Disebabkan begitu, kata Sukirman, dia tidak keberatan membenarkan Robingah bekerja di rumah Rais sehingga lapan tahun.
“Justeru, saya terkejut apabila ada berita mendakwa isteri saya diperkosa majikannya,” katanya. - Agensi
Saturday, January 8, 2011
Laporan blogger tidak benar

JAKARTA - Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam menafikan dakwaan dia telah dirogol oleh bekas majikannya itu seperti yang tersebar dalam Internet baru-baru ini.
Malah, wanita itu, Robingah, 46 , sebaliknya memberitahu, dia telah dilayan dengan baik oleh Rais dan ahli keluarganya sepanjang bekerja di rumah majikannya itu dari tahun 1999 hingga 2007.
"Datuk orang yang baik. Saya tidak pernah ada masalah dengannya (Rais).
"Semua laporan yang mengatakan saya diperkosa sama sekali tidak benar," demikian kata Robingah dalam kenyataan yang disiarkan portal berita Detiknews.com semalam. Laman web itu ialah portal berita paling berpengaruh di Indonesia.
Robingah semalam dikunjungi empat kakitangan Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) di rumahnya di Banjarnegara, Jawa Tengah untuk siasatan mengenai dakwaan tersebut.
Friday, January 7, 2011
Pak Lah nafi arah tutup kes rogol amah Indonesia

Bekas perdana menteri Pak Lah menafikan beliau pernah mengarahkan supaya menutup insiden pembantu rumah Indonesia, didakwa dirogol oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, empat tahun lalu.
“Saya tidak tahu (perkara itu). Saya tidak fikir adanya kejadaian itu,” katanya.
Dakwaan itu muncul dalam blog pro-Umno bulan lalu mendakwa Rais merogol pembantu rumah berkenaan pada 2007 ketika Abdullah masih merupakan perdana menteri.
Kes itu didawa didedahkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Indonesia Migrant Care.
Laporan Migrant Care yang mengandungi temu bual dengan pembantu rumah berkenaan juga diedarkan menerusi internet.
Sehubungan itu kata beliau, terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat dakwaan ke atas Rais jika didapati tidak betul.
Laporan media Indonesia semalam memetik wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Rais selama lapan tahun sehingga 2007 menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah diperkosa oleh bekas majikannya itu.
Menurut laporan portal berita detik.com, wanita itu menafikan dakwaan tersebut ketika ditemui empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) Semarang.
Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia.
Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia Jumhur Hidayat telah dilaporkan memberitahu detikcom mengenai pertemuan ini berdasarkan laporan empat petugas BP3TKI itu.
Sehubungan itu Jumhur menegaskan bahawa kes kononnya berlaku pemerkosaan terhadap pembantu rumah itu oleh Rais, tidak pernah terjadi.
Rabu lepas, Rais menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.
“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya.- MI
THERE ARE MORE HERE
-
THE Kenanga Wholesale City, which is earmarked for completion by early 2010, is poised to be a landmark hub for Kuala Lumpur's wholesale...
-
LOS ANGELES: Bintang pop sensasi, Justin Bieber, terbabit dalam kemalangan ketika memandu kereta Ferrarinya di Los Angeles awal pagi tad...
-
KUALA LUMPUR: “Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdeda...
-
Amaran pd Kaum Hawa Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan. Kesah ini betul2 terjadi...
-
Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan ...
-
KANGAR: Pemandu bas, Omar Shahidan yang terbunuh bersama sebahagian besar pelancong Thailand, di Kilometer 15 Jalan Cameron Highlands-Simpan...
-
PETALING JAYA: Tahun 2010 yang akan melabuhkan tirainya memberi kenangan yang terindah buat insan-insan seni apabila mereka melangkah ke ala...
-
SUNGAI PETANI – Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Ta...
-
KISAH perjalanan hidup Anang Hermansyah dan Krisdayanti (KD) akan dibukukan. Rumah tangga mereka yang kandas di tengah jalan akan dikupas da...
-
KUALA LUMPUR: Walaupun hampir lapan tahun menyepi daripada dunia hiburan, penyanyi Nursyella tetap terpalit dengan kontroversi apabila foto ...