Showing posts with label keburukan laman sosial. Show all posts
Showing posts with label keburukan laman sosial. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Berhati-Hatilah Wahai Wanita - Akibat Berzina

| Sunday, March 18, 2012 | 1 comments



Kepada wanita wanita yang mudah sangat rasa sayang dan mudah sangat nak bercouple tu tu berhati-hati lah yer.. renung-renungkanlah..selam​at beramal

1. salam. Boleh saya kenal awk? Saya tertarik dgn perwatakan sopan awk. Dah lama saya perhatikan awk. Awk dak baik dan saya tertarik la dgn tudung labuh awk. Saya harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy tak terer sgt arab ni…

2. Terima kasih keran menerima saya. Saya akan cuba sedaya upaya saya menjaga awk dan mgikut syariat. Saya tau saya bukan baik sangat, tapi demi Allah, saya cuba buat yang terbaik untuk awk…

3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jangan bagi orang lain nampk..kuar ngan kwn2 tau.. jangan sorang2..balik contact saya ek..saya doakan awk selalu..

4. awak,nape tak contact saya. Saya risau awk kuar lama2..ye..memang saya tak de hak pun..saya tau saya percaye awk,,tapi saya tak tau la nk kate camane. Kite slalu nampk dari jauh je ek.Tapi saya rasa awk macam dekat je ngan sy. Mungkin ni org kate cinta kot,,wak..awk cinta saya tak? Tak nak bgtau.. tapi saya tau awk cinta saya..awk da malu nk jalan tempat saya lepak sebab malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dalam hati awk?

6. Wak wak..dari kawan kite just panggil saya awk je..macam tak special pulak diri saya untuk awk. saya teringin gak nak jadi macam member2 saya. Panggil syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekadang bi tgk sayang ni mcm tak percaya bi je. Yela, bi just tanya syg pakai apa je kan .. tq ek gitau,,makin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,syg la pmberi semangat untuk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg tiada rahsia lagi ek.. jangan risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe tak? ye..ayang bawak la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq panggil bi dengan panggilan abg.. abg tunggu lame da..abg tau..kite tak boleh pakse dalam hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg,,watpe 2? Nak cakap sikit.. nape syg bawak satu battalion nak jumpa abg?... syg tak caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yang abg beli tu..cam wardina lak..bukan syg tak cantik.. just nampk makin cantik la..nipis sikit je.. nanti jumpa nanti syg bawak sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jadi tadi.. abg trsentuh jari syg tadi.. Tol gak cakap syg eh,,tersentuh tak apa..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa tadi,,syg cantik la.. Ololo..abg romantik skit pun salah ke? Suke abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tengok tadi kawan syg cam suke kat kawan abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg sekali ek..miss u..

15. syg..just nak tanya.. syg cinta abg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nak tanya..rambut syg panjang tak? just thinking of u at the moment…

16. Tadi terbeli tudung pendek.. yang abg bagi kat syg tu.. syg..bagi la gambar syg special untuk abg yang pakai tudung tadi tu.. Cantik nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. tak kan abg pegang tangan pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalau gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?




SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...


20. huh!... syg mengandung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... tak kan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! betul la syg mengandung ni?? syg,,untuk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak tak nak? tak berdosa la kalau bunuh benda yang masih bernyawa.....gugurkan jelah!!! jangan buat masalah bleh tak!!

23. tak sakitlah!!! nape manje sangat ni! tak kan benda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg,,abg tak bleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dengan family or member,,malu la abg kalau diorg nampak abg bawak syg dgn perut syg yang besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yang mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yang bodoh!! kau ingat kau tu cantik sangat?? aku dah tak ingin kat kau!! pergi mampus!

26. jangan kol dan message lagi boleh tak?!.. aku sbuk.. tak de masa nak layan kau!...

27.(terputus hubungan)

Readmore..

Saturday, March 10, 2012

Media Sosial: Antara fakta dan dakyah

| Saturday, March 10, 2012 | 0 comments


KUALA LUMPUR: Populariti media sosial sebagai penyebar maklumat pada kalangan belia khususnya bukan satu mitos, apatah lagi rata-rata anak muda dapat dilihat ralit dengan telefon pintar mereka tanpa mengira tempat.

Tinjauan rambang mendapati kelompok berusia antara 18 dan 40 tahun ini yang meliputi 40 peratus penduduk negara, banyak bergantung kepada media sosial seperti Twitter, Facebook dan blog serta portal berita sebagai sumber maklumat.

Namun, jangan terkejut jika dikatakan tidak semua menerima bulat-bulat berita yang disebar menerusi laman terbabit, sebaliknya ramai yang berusaha memastikan kesahihan maklumat termasuk merujuk kepada media arus perdana yang kini mudah diakses menerusi internet.

Berkongsi pandangannya dengan Bernama, Ranes Subramaniam, 27, berkata walaupun maklumat diperolehi dengan cepat menerusi media sosial, seseorang itu harus menggunakan budi bicara dan pemikiran yang rasional dalam menilainya.

Pengurus kewangan itu berkata memandangkan limpahan maklumat di internet mudah diakses, amat penting bagi pengguna memastikan maklumat berkenaan boleh dipercayai.



"Apabila saya membaca sesuatu maklumat yang disebarkan menerusi Twitter, perkara pertama yang saya lakukan ialah mencari berita rasmi dan saya bandingkan kedua-duanya bagi memastikan perkhabaran itu tulen.

"Maklumat daripada media sosial tidak boleh dipercayai sepenuhnya kerana ada yang melibatkan emosi, fahaman politik malah perasaan benci kepada parti atau pemimpin politik," katanya.

Ranes berkata walaupun sosial media alat yang berkesan sebagai bahan bacaan alternatif, laman terbabit juga boleh disalah guna sesetengah orang termasuk ahli politik untuk menyebarkan dakyah mereka.

"Laman terbabit sepatutnya digunakan untuk berhubung dengan orang ramai bagi membincangkan dasar negara, bersetuju atau tidak bersetuju mengenainya dan banyak lagi. Dengan cara ini, dapat membantu meningkatkan kesedaran umum," katanya.

Bagi Norsyafiqah Abu Samah, 24, yang mengaku 'penagih' media sosial, beliau berasa tidak selesa untuk hanya bergantung kepada maklumat daripada media sosial.

Bakal doktor dari Universiti Kuala Lumpur itu yang juga seorang penulis blog, berkata media arus perdana masih relevan sebagai sumber sahih.

"Saya dan kawan-kawan di kampus tidaklah begitu naif untuk percaya bulat-bulat maklumat daripada internet, khususnya media sosial. Banyak lagi sumber lain yang boleh dipercayai untuk mendapat maklumat tepat dan media sosial hanya satu daripadanya," kata Norsyafiqah.

Bersetuju dengan beliau ialah penuntut Universiti Selangor, Muhammad Zaidi Maarof, 25, yang berkata kelonggaran polisi kerajaan mengenai internet wajar dimanfaatkan pengguna untuk mengupas lebih mendalam sebarang isu yang disebarkan medium itu.



Bagi pemerhati politik Khairuddin Mohd Zain, generasi muda kini lebih berhati-hati dalam menerima maklumat serta tahu berfikir secara rasional dan mendalam mengenai sesuatu isu sebelum membuat keputusan mengenainya.

Khairuddin yang juga anggota jawatankuasa alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, berkata belia hari ini bijak menapis maklumat yang diterima baik mengenai politik, ekonomi, pendidikan atau agama.

Beliau juga menegaskan ahli politik dan pembuat dasar wajar menggunakan saluran ini untuk berhubung dengan orang ramai bagi mendapatkan maklum balas.

"Ahli politik sama ada dari parti yang memerintah atau pembangkang, sepatutnya tahu...Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) membawa politik ke dimensi baru apabila beliau sendiri aktif menggunakan rangkaian sosial.

"Ini bermakna beliau berani meruntuhkan benteng antara pemimpin dan orang awam, dan bersedia menerima kritikan langsung jika rakyat berasakan polisinya tidak dilaksanakan dengan baik. Saya anggap ini sebagai bertanggungjawab dan telus," katanya.

Justeru katanya, ahli politik termasuk Ahli Parlimen, pemimpin akar umbi atau badan bukan kerajaan juga harus memikul tanggungjawab mempromosikan cara lebih sihat menyebarkan malumat, memandangkan orang ramai memilih untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada mereka.

Bagi pemimpin Belia 4B, Badrul Hisham Badruddin, jika penyebaran maklumat menerusi media sosial tidak dilakukan secara berhati-hati, pada akhirnya golongan muda akan menjadi lebih keliru.

"Ada terlalu banyak sumber...anda cuma perlu 'google' untuk apa sahaja yang anda mahu tahu dan maklumat mengenainya muncul sekelip mata, tetapi bagaimana mahu pastikan itu fakta sebenar?

"Bagi saya, media arus perdana masih boleh dipercayai, namun ini tidak bermakna kita tidak boleh terlibat dalam media sosial. Contohnya Bernama ada laman Facebook dan akaun Twitter sendiri.

"Paling penting di sini ialah melibatkan diri dan orang ramai akan menggunakan media sosial untuk mendapatkan berita daripada media arus perdana," katanya.

Berdasarkan statistik 78 juta 'hit' pada laman web Bernama.com bagi bulan Januari dan Februari lalu, barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan semakin ramai kembali merujuk kepada media arus perdana sebagai sumber berita yang bertanggungjawab dan tidak berat sebelah. - BERNAMA

Readmore..

Sunday, January 8, 2012

Taktik baru murtad di laman sosial

| Sunday, January 8, 2012 | 0 comments



SEREMBAN: Kes murtad turut dikesan berlaku melalui hubungan cinta di laman sosial yang dianggap sebagai trend terbaru menjerat umat Islam, terutama wanita muda.

Mendedahkan perkara itu, Setiausaha Agung Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Aminudin Yahaya berkata, perkara itu dikesan melalui pengakuan mangsa rata-ratanya golongan wanita berusia lingkungan 20-an.

“Ia dikatakan bermula melalui sesi perkenalan di laman sosial berkenaan sebelum ada antara mereka jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk murtad dengan memeluk Kristian.

“Namun, melalui bantuan dan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, mereka berjaya dipulihkan kembali kepada ajaran Islam,” katanya pada sidang media selepas program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Tertutup Paroi, di sini, semalam.

Kira-kira 3,500 orang menghadiri program bermula jam 9 pagi itu bertujuan menyelamatkan akidah umat Islam negara ini daripada terjerumus dengan usaha pihak tertentu supaya murtad.

Perhimpunan kali ketiga itu menampilkan penceramah antaranya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali; bekas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Murtadza Ahmad; Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman dan Pengerusi Bersama Himpun, Azmi Abdul Hamid.

Program lebih tiga jam itu disertai dengan alunan zikir munajat dan persembahan nasyid, dan disusuli deklarasi Himpun serta laungan takbir sebanyak tiga kali oleh hadirin.



Menurut Aminudin, pemerhatian pihaknya mendapati kebanyakan kes murtad dilaporkan berlaku berpunca akibat dibelenggu kemiskinan dan keretakan keluarga, termasuk ‘saudara baru’ memeluk semula agama asal.

Justeru, pihaknya akan terus memperhebatkan program Himpun yang merangkumi langkah pencegahan, antaranya melalui penganjuran kuliah dan advokasi.

Kata Aminudin, perhimpunan Himpun keempat dijangka berlangsung di Pulau Pinang pada 28 Januari ini.

Hasan berkata, beberapa pemimpin Kristian mendakwa beliau sengaja membangkit isu murtad tanpa mengemukakan bukti dan ada kepentingan lain.

“Bagi tujuan pembuktian, saya mencadangkan satu pertemuan secara tertutup diadakan di antara pemimpin Kristian dan Islam,” katanya.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com