Showing posts with label kemalangan jalan raya. Show all posts
Showing posts with label kemalangan jalan raya. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Pemandu Malaysia perlu ubah sikap

| Sunday, May 13, 2012 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Sikap pengguna jalan raya di negara ini yang tidak sabar, kelam-kabut, suka memandu laju dan menukar lorong dengan sesuka hati, perlu diubah untuk mengurangkan kemalangan.

Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kempen keselamatan jalan raya memang perlu diadakan, tetapi ia tidak akan berhasil selagi pengguna tidak mematuhi perkara asas berkaitan keselamatan dan sikap berhemah serta tidak mengubah sikap angkuh dan tidak bertanggungjawab masing-masing ketika di jalan raya.

"Mereka sedar mengenai bahaya di jalan raya, tapi reaksi mereka berubah apabila mereka memandu, dan membahayakan nyawa sendiri serta nyawa orang lain apabila mereka menganggap jalan dan lebuh raya sebagai trek perlumbaan Formula Satu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee berkata, Malaysia mengalami kerugian lebih kurang RM9 bilion setahun akibat kemalangan jalan raya melalui perbelanjaan untuk membaiki kerosakan, membayar insurans dan bil perubatan.

"Kajian menunjukkan lebih separuh daripada kemalangan jalan raya membabitkan mereka yang berusia antara 18 dan 40 tahun, yang juga aset penting negara," katanya.

Lee berkata, pada 2010, 414,421 kes kemalangan jalan raya dilaporkan, berbanding 397,330 pada tahun sebelumnya, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 4.3 peratus. Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pula meningkat dua peratus kepada 6,872 pada 2010 daripada 6,745 pada 2009.

Katanya, kemalangan kenderaan bermotor adalah kes tertinggi berkaitan kemalangan dan kematian berkaitan kerja. "Masalahnya, ada orang yang tidak pernah mengambil pengajaran daripada gambar-gambar mengerikan mengenai kenderaan yang remuk, mayat, mangsa yang mengerang kesakitan dan kepiluan yang dialami keluarga mereka," katanya. - BERNAMA

Readmore..

Monday, May 23, 2011

Penduduk bakar Nissan Fairlady

| Monday, May 23, 2011 | 0 comments



TELUK INTAN - Gara-gara tidak puas hati, sekumpulan penduduk tempatan dipercayai bertindak nekad membakar sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan maut di Batu 4, Changkat Jong, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, seorang penunggang motosikal, P Muniandy, 24, maut di tempat kejadian setelah motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta jenis Nissan Fairlady di kilometer 6 Jalan Changkat Jong, di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah Bidor ke Teluk Intan dipercayai cuba untuk menyeberang ke laluan kanan jalan.

Menurutnya, kereta Nissan Fairlady yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun itu tidak sempat mengelak sebelum merempuh mangsa dari arah belakang.



“Mangsa yang mengalami patah kedua-dua tangan, kaki sebelah kanan dan cedera pada bahagian kepala, maut di tempat kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Kok Liang berkata, daripada siasatan awal yang dijalankan, kereta berkenaan dibakar berikutan rasa tidak puas hati sekumpulan penduduk kampung dengan insiden yang berlaku.

Pihak bomba dipanggil untuk mengawal kebakaran dari terus merebak.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana menjadi kesalahan kepada mereka mengambil tindakan undang-undang sendiri," katanya.

Readmore..

Friday, January 14, 2011

Lori tersekat bawah jejambat

| Friday, January 14, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Sebuah lori kawalan keselamatan yang gagal melalui bawah jejambat Bulatan Datuk Onn berhampiran Bank Negara, di sini, akibat melebihi had ketinggian ditetapkan terbalik sebelum menghempap sebuah teksi dan motosikal di laluan berkenaan, pagi semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, pemandu teksi dan pembonceng motosikal terbabit yang berusia 30-an cedera ringan dan sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari lori terbabit mula senget.

Penumpang dalam teksi itu, seorang lelaki warga Iran turut sempat menyelamatkan diri. Pemandu lori terbabit sebaliknya tidak cedera.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi, berkata kejadian itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan polis menutup laluan berkenaan bagi membolehkan kerja mengalihkan lori terbabit dijalankan.

Readmore..

Saturday, January 1, 2011

This ad won 8 awards at Cannes Festival

| Saturday, January 1, 2011 | 0 comments





p/s: Pandu cermat, jiwa selamat

Readmore..

Wednesday, December 22, 2010

Mayat 25 mangsa nahas diterbangkan ke Bangkok

| Wednesday, December 22, 2010 | 0 comments



IPOH: Mayat 25 warga Thai yang terbunuh dalam kemalangan ngeri di Simpang Pulai, kelmarin akan dibawa ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang sebelum diterbangkan ke Bangkok, hari ini.

Menteri Kaunselor Kedutaan Thai di Kuala Lumpur, Somphong Kang Thong, berkata, semua 25 mayat itu akan dibawa ke TUDM Subang menggunakan treler 18 tayar, seberat 25 tan melalui jalan raya dari Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Upacara keagamaan dilakukan lima sami dari Wat Sri Bunyarama, Jalan Raja Di Hilir, di sini.

Lima daripada 10 mangsa yang cedera akan dibawa pulang ke Bangkok menggunakan jalan darat.

Tiga lagi mangsa yang cedera dibawa menggunakan dua ambulans ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dan seorang lagi mangsa menaiki ambulans untuk dibawa ke TUDM Subang.

Baki enam lagi mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini sehingga dilaporkn stabil.

Readmore..

Monday, December 20, 2010

Nama 28 korban nahas bas Simpang Pulai

| Monday, December 20, 2010 | 0 comments



IPOH: Pihak polis setakat ini mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 22 rakyat Thailand daripada 28 orang semuannya yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, 11.40 pagi tadi.

1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia

2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)

3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)

4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)

5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)

6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)

7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)

8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)

9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)

10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)

11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)

12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)

13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)

14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)

15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)

16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)

17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)

18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)

19. Rung Da (perempuan)

20. Darunee Songserm (perempuan)

21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)

22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)

23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)

24. Achara Wiwat, 36, (perempuan) - BERNAMA

Readmore..

Nahas bas terburuk negara

| | 0 comments



KUALA LUMPUR: Kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, hari ini yang meragut 28 nyawa adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara.

Dalam nahas pada 11.10 pagi tadi, 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Kemalangan terburuk melibatkan sebuah pas sebelum ini berlaku pada 13 Ogos 2007, apabila 20 orang terbunuh dan sembilan cedera di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan, di Bukit Gantang dekat Taiping.

Berikut kemalangan bas yang berlaku tahun ini, tidak termasuk nahas pagi tadi.

16 DIS -- Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.

14 DIS -- Seramai 14 orang pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Km 156.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban ke dalam parit.

11 DIS -- Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng, Perak.

4 NOV -- Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di km20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 OKT -- Tujuh penumpang maut dan 39 cedera termasuk 17 parah apabila sebuah bas terlibat dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.

10 OKT -- 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terlibat kemalangan di KM223 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

2 SEPT -- Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 OGOS -- Seorang pemandu bas ekspres terbunuh manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km306.2 Lebuhraya Utara-Selatan.

17 APRIL -- Seorang penumpang patah tulang rusuk manakala enam yang lain cedera ringan apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.

20 MAC -- 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan berkenaan terbabas dan terperosok ke dalam tali air di Km 42 Jalan Kuantan-Kemaman.

4 FEB -- 15 penumpang bas Ekspres Konsortium yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas berkenaan melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. - BERNAMA

Readmore..

Nahas bas di Cameron Highlands

| | 0 comments


IPOH: Jumlah mangsa yang maut dalam nahas bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi meningkat kepada 26 orang.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusuf, berkata 22 meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat dalam perjalanan ke hospital.

Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga rakyat tempatan.

Timbalan Ketua Polis, Perak Datuk Zakaria Yusof, berkata bas dua tingkat milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Katanya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.

Readmore..

Tuesday, May 25, 2010

Shikin Dangdut Nyaris Maut Dalam Kemalangan

| Tuesday, May 25, 2010 | 0 comments



PETALING JAYA: Shikin Dahalan atau lebih dikenali sebagai Shikin Dangdut nyaris maut dalam satu kemalangan jalan raya yang membabitkan lapan buah kenderaan di Kilometer 44, Lebuh Raya Karak, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari, Shikin yang memandu kereta Honda City miliknya sedang dalam perjalanan menuju ke Gambang, Kuantan untuk membuat persembahan dalam program anjuran Telekom Malaysia pada sebelah malam.

"Saya ada sound check pada pukul 2 petang. Saya dan kawan yang juga penolong saya dalam perjalanan ke sana dari Kuala Lumpur. Tiba-tiba sebuah kereta Proton Persona melanggar kereta saya dari sisi sebelah saya menyebabkan kereta saya berpusing-pusing empat atau lima kali.

"Kemudian, kereta saya pula dilanggar beberapa oleh kenderaan dari belakang yang tidak dapat mengelak. Saya rasa macam dah mati ketika itu," katanya kepada mStar Online di sini.

Menurut Shikin, dia memandu agak perlahan ketika itu berikutan keadaan yang basah sementara kereta Persona itu berada di lorong laju.


Kereta baru Honda City milik Shikin selepas kemalangan

Katanya, kemalangan yang melibatkan dua buah kereta Kancil, sebuah Proton Iswara, Proton Wira, Proton Persona dan sebuah bas itu berlaku di satu selekoh.

"Bila kereta berhenti, asap putih kelihatan berkepul-kepul. Kawan saya suruh saya keluar cepat. Bila saya berjaya merangkak keluar, saya terkejut melihat kereta dah remuk.

"Jika bukan kerana beg udara yang terbuka, kami dah tercampak keluar. Sambil berjalan terhuyung-hayang, saya terkejut apabila melihat sebuah kereta Kancil terbabas menuju ke arah saya lalu saya terus melompat ke dalam longkang," katanya.

Sehingga hari ini, Shikin memberitahu, dia masih tidak percaya dia boleh terselamat dalam kemalangan ngeri itu dan bersyukur kepada Tuhan.

Katanya, hanya leher, tangan dan kakinya luka terkena serpihan cermin yang pecah sementara terdapat benjol besar di kepalanya.


Perlanggaran kereta Persona dan Honda City ini menyebabkan enam kenderaan lain turut terbabit dalam kemalangan itu

Mengimbau keadaan kemalangan pada ketika itu, Shikin berkata, dia melihat seorang bayi tiga atau empat bulan mengalami pendarahan serius, selain ada penumpang yang tersepit manakala seorang wanita mengalami serangan jantung.

"Saya rasa nak muntah melihat keadaan ngeri yang itu dan saya difahamkan tiada yang mati dalam kemalangan tersebut," katanya.

Sementara itu, Shikin berkata, pemandu kereta Persona itu datang meminta maaf dan memberitahunya dia hilang kawalan ketika memandu.

"Wanita itu beritahu saya dia dah pusing stereng tetapi kereta masih bergerak lurus lalu merempuh kereta saya. Dia turut mengalami kecederaan di kepalanya," ujar penyanyi dangdut ini.

Shikin memberitahu, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Bentong pada hari yang sama.

Katanya, dia juga turut mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta sebelum dirujuk ke hospital.

"Bila balik ikut kereta suami kawan saya, saya rasa fobia naik kereta dan asyik memintanya memandu perlahan-lahan," katanya yang kehilangan telefon, rantai dan kasut dalam kemalangan itu.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com