
IPOH: Mayat 25 warga Thai yang terbunuh dalam kemalangan ngeri di Simpang Pulai, kelmarin akan dibawa ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang sebelum diterbangkan ke Bangkok, hari ini.
Menteri Kaunselor Kedutaan Thai di Kuala Lumpur, Somphong Kang Thong, berkata, semua 25 mayat itu akan dibawa ke TUDM Subang menggunakan treler 18 tayar, seberat 25 tan melalui jalan raya dari Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.
Upacara keagamaan dilakukan lima sami dari Wat Sri Bunyarama, Jalan Raja Di Hilir, di sini.
Lima daripada 10 mangsa yang cedera akan dibawa pulang ke Bangkok menggunakan jalan darat.
Tiga lagi mangsa yang cedera dibawa menggunakan dua ambulans ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dan seorang lagi mangsa menaiki ambulans untuk dibawa ke TUDM Subang.
Baki enam lagi mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini sehingga dilaporkn stabil.
Popular Posts
Wednesday, December 22, 2010
Mayat 25 mangsa nahas diterbangkan ke Bangkok
Tuesday, December 21, 2010
Kerajaan Thai mahu percepat urusan bawa balik jenazah

IPOH: Duta Thailand ke Malaysia, Thana Duangrata, berkata kerajaannya sedang berusaha membawa keluar semua jenazah nahas bas di Cameron Highlands menerusi pesawat khas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, di sini secepat mungkin.
Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, pagi ini.
Pemandu baru 3 bulan kendali bas

KANGAR: Pemandu bas, Omar Shahidan yang terbunuh bersama sebahagian besar pelancong Thailand, di Kilometer 15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai semalam baru tiga bulan memandu bas dua tingkat yang baru dibeli pemiliknya.
Sepupunya, Julie Mahmud, 33, berkata beliau difahamkan Omar yang pernah menjadi pemandu lori pernah membawa keluarganya menaiki bas itu bersiar-siar di sekitar Perlis.
Seorang rakan Omar yang bertugas di syarikat pengangkutan sama berkata, beliau tidak pasti sama ada Omar atau pembantu pemandu yang baru bertugas memandu bas ketika kejadian.
“Omar adalah pemandu berpengalaman dan kerap diarah memandu bas membawa pelancong, terutama dari Thailand ke Malaysia. Bagaimanapun, saya mengesyaki bas itu dipandu pembantu pemandu ketika menuruni laluan berbukit di Cameron Highlands,” katanya.
Julie juga berkata, sepupunya itu sempat membawa isteri dan tiga anaknya melancong di Hatyai, Selatan Thailand, pada Jumaat lalu dan sejurus pulang, dia diarahkan pemilik syarikat, memandu bas dari Thailand ke Cameron Highlands pada Sabtu lalu.
Beliau dimaklumkan isterinya, Puspalela Ramli, 45, yang arwah akan pulang ke rumah esok dan bercadang melancong lagi ke Thailand sejurus selesai kerjanya.
“Saya tidak menyangka lawatan ke Hatyai bersama isteri dan tiga anak adalah yang terakhir bagi arwah,” katanya yang menetap berhampiran rumah Omar ketika ditemui di Behor Empiang, dekat sini petang semalam.
Beliau berkata, semua keluarga Omar, termasuk di sebelah mentuanya bergegas ke Hospital Ipoh sejurus dimaklumkan kemalangan pada jam 4.30 petang semalam.
“Mereka hanya mendapatkan pengesahan berhubung kematian Omar daripada pemilik syarikat bas berkenaan kira-kira jam 3.30 petang.
“Sebelum itu, keluarga di sini, masih samar-samar berhubung kemalangan selepas melihat berita terkini di televisyen kira-kira jam 1 tengahari,” katanya.
Tinjauan Berita Harian mendapati keluarga terdekat Omar sedang membuat persiapan menerima jenazahnya yang dijangka tiba awal pagi ini.
Turut maut dalam nahas berkenaan, pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38 tahun.
Julie berkata, sebelum itu, anak sulung Omar, Siti Nazirah, 20, yang sedang berkerja di sebuah pasar raya di sini, menghubungi Puspalela untuk mengetahui mengenai kemalangan yang menimpa ayahnya.
“Nazirah sudah dihubungi rakannya iaitu anak kepada rakan ayahnya yang bertugas sebagai pemandu yang memaklumkan kemalangan terbabit. Saya dan Pusparela dua kali menghubungi arwah menerusi dua telefon bimbit tetapi tidak dijawab walaupun ada nada dering selepas dimaklumkan kejadian itu. Dari situ, kami sudah mengesyaki sesuatu buruk berlaku," katanya.
Nahas bas berpunca dari pemandu, masalah teknikal

IPOH: Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata polis percaya kemalangan bas persiaran yang mengorbankan 25 pelancong Thai dan dua rakyat tempatan semalam berpunca daripada sikap pemandu dan masalah teknikal bas berkenaan.
Beliau menafikan dakwaan kononnya kemalangan di Kilometer 15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai jam 11.40 pagi itu disebabkan oleh tompokan minyak di laluan terbabit.
Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Zakaria bagaimanapun berkata terpulang kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Puspakom dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial untuk menentukan punca sebenar kemalangan itu.
Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas dan pemandu pelancong. - BERNAMA
Monday, December 20, 2010
Nama 28 korban nahas bas Simpang Pulai

IPOH: Pihak polis setakat ini mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 22 rakyat Thailand daripada 28 orang semuannya yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, 11.40 pagi tadi.
1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia
2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)
3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)
4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)
5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)
6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)
7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)
8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)
9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)
10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)
11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)
12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)
13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)
14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)
15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)
16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)
17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)
18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)
19. Rung Da (perempuan)
20. Darunee Songserm (perempuan)
21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)
22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)
23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)
24. Achara Wiwat, 36, (perempuan) - BERNAMA
Nahas bas terburuk negara

KUALA LUMPUR: Kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, hari ini yang meragut 28 nyawa adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara.
Dalam nahas pada 11.10 pagi tadi, 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Kemalangan terburuk melibatkan sebuah pas sebelum ini berlaku pada 13 Ogos 2007, apabila 20 orang terbunuh dan sembilan cedera di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan, di Bukit Gantang dekat Taiping.
Berikut kemalangan bas yang berlaku tahun ini, tidak termasuk nahas pagi tadi.
16 DIS -- Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.
14 DIS -- Seramai 14 orang pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Km 156.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban ke dalam parit.
11 DIS -- Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng, Perak.
4 NOV -- Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di km20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.
29 OKT -- Tujuh penumpang maut dan 39 cedera termasuk 17 parah apabila sebuah bas terlibat dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.
10 OKT -- 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terlibat kemalangan di KM223 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.
2 SEPT -- Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.
27 OGOS -- Seorang pemandu bas ekspres terbunuh manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km306.2 Lebuhraya Utara-Selatan.
17 APRIL -- Seorang penumpang patah tulang rusuk manakala enam yang lain cedera ringan apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.
20 MAC -- 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan berkenaan terbabas dan terperosok ke dalam tali air di Km 42 Jalan Kuantan-Kemaman.
4 FEB -- 15 penumpang bas Ekspres Konsortium yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas berkenaan melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. - BERNAMA
Nahas bas di Cameron Highlands

IPOH: Jumlah mangsa yang maut dalam nahas bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi meningkat kepada 26 orang.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusuf, berkata 22 meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat dalam perjalanan ke hospital.
Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga rakyat tempatan.
Timbalan Ketua Polis, Perak Datuk Zakaria Yusof, berkata bas dua tingkat milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.
Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.
Katanya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.
THERE ARE MORE HERE
-
KUALA LUMPUR: “Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdeda...
-
LOS ANGELES: Bintang pop sensasi, Justin Bieber, terbabit dalam kemalangan ketika memandu kereta Ferrarinya di Los Angeles awal pagi tad...
-
Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan ...
-
CIPANAS: Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Jumhur Hidayat, semalam turut menafikan laporan ...
-
Pelajar tajaan MARA kena tindakan jika sertai perhimpunan haram KUALA LUMPUR: Tindakan akan diambil terhadap penuntut tajaan Majlis Amanah R...
-
KUALA LUMPUR – Kesemua produk makanan yang diimport dari Jepun tidak akan dibenar dibawa masuk ke negara ini sekiranya tidak mempunyai Sijil...
-
BANTING: Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, pagi ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan kes seorang peguam, N Pathman...
-
Percaya atau tidak, dalam masa beberapa tahun lagi salah seorang wakil Malaysia yang dihantar bagi menyertai pertandingan Miss Universe baka...
-
Soalan : Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut, iaitu hari Jumaat? Jawapan : Para ulama berbe...