
Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010
Popular Posts
Thursday, December 30, 2010
Jumaat cuti umum
Wednesday, December 29, 2010
PM ucap tahniah kejayaan raih Piala Suzuki

KUALA LUMPUR: "Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih pasukan muda Malaysia. Syabas kepada juara Piala Suzuki 2010!," kata Datuk Seri Najib Razak menerusi laman sosial Twitter dan Facebook, sebentar tadi.
Perdana Menteri berkata demikian sejurus kejayaan sulung Malaysia mendakap Piala Suzuki AFF, kira-kira jam 10.20 malam selepas mengalahkan Indonesia dengan keputusan agregat 4-2.
Meskipun tewas 1-2 kepada Indonesia pada pertemuan final kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini, trofi itu berpihak kepada Malaysia selepas menang 3-0 di Kuala Lumpur pada final pertama, Ahad lalu.
Dalam mesej keduanya dalam bahasa Inggeris lima minit kemudian, Perdana Menteri sekali lagi mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaysia yang menurutnya bermain amat baik.
"Anda bermain baik sebagai satu pasukan dan kejayaan anda memberi kebanggaan kepada negara. Tahniah!," katanya.
Rio Ferdinand Ucap Tahniah Kejayaan Malaysia

Jakarta - Pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand kembali memberikan komen soal Piala AFF 2010. Kali ini Ferdinand memberikan ucapan tahniah kepada Malaysia yang menjadi juara.
Malaysia menjadi juara Piala AFF 2010 mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2 di babak final. Di final kedua yang baru saja berakhir, Harimau Malaya tewas 1-2 kepada pasukan Garuda. 
"Tahniah kepada Malaysia yang mengalahkan Indonesia di final Suzuki Cup," tulis Ferdinand dalam akaun twitternya @rioferdy5.
Ferdinand kemudian mengenang soal pra-musim yang dijalani The Red Devils ketika menghadapi pasukan Malaysia pada pertengahan tahun 2009 lalu.
"18 bulan yang lalu saya telah bermain melawan pasukan Malaysia u23. Mereka pasukan yang cukup baik," demikian ulasan pemain pertahanan pasukan England itu.
200 penyokong Malaysia menonton dalam protes dari kedutaan

JAKARTA 29 Dis. – Kecewa dengan lokasi tempat duduk dalam Stadium Gelora Bung Karno serta faktor risiko keselamatan, antara 150 hingga 200 penyokong Malaysia malam ini menonton dalam protes perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010 Malaysia-Indonesia di layar besar di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di sini malam ini.
Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor, Mohd Nasir Yunus, 55, yang mengetuai rombongan penyokong pasukan bola sepak Malaysia, berkata, kumpulan penyokong Malaysia yang tidak ramai jumlahnya telah menempah tiket di tempat duduk VIP, tetapi mereka diberikan tempat duduk di belakang gawang gol di pintu dua.
Mereka juga diletakkan di tengah-tengah para penyokong Indonesia dan berasa tidak selamat untuk berada dalam stadium untuk menonton perlawanan bagi menyokong pasukan Malaysia.
"Kami amat kesal sekali. Kami berasa kami telah dianaktirikan, kami disisihkan dan tidak diberikan keadilan sewajarnya.
"Setelah mengambil kira faktor keselamatan dan perbincangan dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia serta persetujuan para anggota rombongan, kita telah mengambil keputusan untuk menonton perlawanan ini dalam protes di Kedutaan Besar Malaysia di sini,” katanya ketika ditemui di Dewan Serba Guna Kedutaan Besar Malaysia di sini. – Bernama
THERE ARE MORE HERE
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
Halang dedah maklumat sulit KUALA LUMPUR: Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi...
-
KUALA LUMPUR: On Dec 5, it declared that it was in crisis. Yesterday, Malaysia Airlines (MAS) announced that it will cut seven loss-making r...
-
1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD 2). Aku adal...
-
Amaran pd Kaum Hawa Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan. Kesah ini betul2 terjadi...
-
BARU-BARU ini saya menonton rancangan Bang Bang Boom! terbitan sebuah syarikat televisyen swasta tempatan. Slot terakhir rancangan itu memap...
-
KUALA LUMPUR: Walaupun hampir lapan tahun menyepi daripada dunia hiburan, penyanyi Nursyella tetap terpalit dengan kontroversi apabila foto ...
-
JOHOR BAHRU: Akibat gerun dengan pisau Tok Mudim, empat kanak-kanak berusia enam hingga 10 tahun yang memberi alasan mahu ke tandas cabut la...
-
Soalan Saya berusia 31 tahun dan telah berkahwin kira-kira dua tahun. Masalah saya ialah sehingga kini saya masih lagi dara. Untuk pengetahu...
-
PENDEKATAN mudah.my (Mudah) sememangnya seiring dengan nama laman web itu sendiri. Justeru, apabila melayari laman web berkenaan, tidak tim...