
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyasarkan pulangan minimum 10 peratus hasil pelaburannya bersama UEM Group Berhad (UEM) menerusi pengambilalihan Plus Exspressways Berhad (PEB) dan Penang Bridge Sdn Bhd.
Ketua Bahagian Pasaran Modal KWSP, Rohaya Mohamad Yusof berkata, pelaburan dalam KWSP dilihat sebagai pelaburan jangka panjang dengan hasil yang stabil dan pulangan menarik sepanjang tempoh konsesi itu sehingga 31 Disember 2038.
“Kami percaya rundingan dengan kerajaan memberikan hasil yang adil untuk semua pihak. Pencarum KWSP secara langsung akan mendapat manfaat daripada keuntungan yang dijana daripada operasi lebuh raya. Jika berjaya, ini akan memberikan pulangan stabil untuk simpanan persaraan 12 juta ahli KWSP.
“Kami percaya melalui pemilikan bersama KWSP dan UEM, Plus akan dapat meningkatkan prestasi kewangannya lagi,” katanya pada majlis taklimat media cadangan pengambilalihan aset dan liabiliti PEB di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UEM, Datuk Izzaddin Idris.
Pengambilalihan itu menyaksikan UEM melalui Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) memegang 51 peratus saham PEB, manakala selebihnya KWSP.
Di bawah terma rundingan itu juga, tiada kenaikan tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Laluan Tengah Lebuhraya Utara-Selatan (NSECL), Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dan Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) sehingga 2015.
Bagaimanapun, bermula 2016, kadar tol di empat lebuh raya itu akan meningkat lima peratus setiap tiga tahun manakala bagi Jambatan Pulau Pinang akan kekal seperti sekarang sehingga akhir tempoh konsesi. Sementara itu, Izzadin berkata, struktur pekerja dan pengurusan syarikat tidak akan berubah manakala pengurusan dan operasi harian akan diterajui Pengarah Urusan PEB semasa, Datuk Noorizah Abdul Hamid.
Popular Posts
Friday, November 11, 2011
KWSP sasar pulangan 10%
Tuesday, May 24, 2011
KWSP minta pencarum semak penyata kira-kira

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan kempen media untuk menggalakkan ahli menyemak penyata kira-kira bagi memastikan simpanan KWSP mereka berada dalam keadaan teratur.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata kempen mulai esok hingga 14 Jun itu bagi memberi kesedaran kepada ahli mengenai kepentingan menyemak penyata KWSP bagi memastikan majikan membayar caruman mengikut jadual.
"Jika terdapat sebarang keraguan, ahli perlu mendapatkan penjelasan segera daripada majikan atau membuat laporan kepada KWSP," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, baru-baru ini KWSP sudah mengedarkan lebih 6.4 juta penyata kira-kira ahli bagi tahun 2010.
"Semua penyata kira-kira dihantar kepada ahli melalui alamat kediaman seperti yang didaftarkan dalam rekod KWSP ini bagi memastikan penyata mengandungi maklumat sulit tidak jatuh kepada pihak lain.
"Oleh itu, adalah penting bagi ahli yang sudah berpindah untuk segera mengemaskini rekod alamat mereka dengan KWSP," katanya.
Nik Affendi berkata, KWSP turut menyediakan Kios KWSP di cawangan KWSP dan premis pihak ketiga seperti Institut Jantung Negara (IJN), serta cawangan bank terpilih antaranya RHB Bank, RHB Islamic Bank, Ambank, dan CIMB Bank.
"Sebagai pilihan, ahli boleh menyemak dan mencetak penyata kira-kira dengan mendaftar di i-Akaun KWSP yang boleh diakses melalui laman web myEPF yang menyediakan kemudahan untuk menyemak butiran akaun secara dalam talian 24 jam sehari atau mengikut kehendak mereka," katanya
Ahli juga boleh mendapatkan penyata kira-kira di setiap cawangan KWSP dengan hanya mengemukakan myKad mereka tetapi sebagai langkah keselamatan mereka tidak dibenarkan mendapatkan penyata kira-kira melalui telefon. - BERNAMA
Thursday, March 3, 2011
Jangan Guna Aplikasi Telefon Mudah Alih Layari i-Akaun

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya atau menggunakan aplikasi perisian telefon mudah alih yang menyediakan akses kepada i-Akaun KWSP yang dibangunkan pihak ketiga.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata, kewujudan aplikasi itu tidak diiktiraf KWSP dan pihaknya tidak menjamin keselamatan dan kewibawaan aplikasi tersebut.
"Kaedah yang paling selamat bagi mengakses i-Akaun adalah secara terus melalui laman web myEPF," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Katanya, mereka yang telah menggunakan aplikasi tersebut dan kemudian tidak boleh mengakses i-Akaun mereka melalui laman web myEPF dinasihatkan melaporkan mengenainya kepada Pusat Panggilan KWSP dengan segera di talian 03-89226000.
Untuk maklumat lanjut cara untuk mendaftar di i-Akaun, pengguna boleh melayari www.kwsp.gov.my atau menghantar pertanyaan melalui alamat e-mel myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my. - Bernama
THERE ARE MORE HERE
-
KUALA LUMPUR: “Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdeda...
-
LOS ANGELES: Bintang pop sensasi, Justin Bieber, terbabit dalam kemalangan ketika memandu kereta Ferrarinya di Los Angeles awal pagi tad...
-
Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan ...
-
CIPANAS: Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Jumhur Hidayat, semalam turut menafikan laporan ...
-
Pelajar tajaan MARA kena tindakan jika sertai perhimpunan haram KUALA LUMPUR: Tindakan akan diambil terhadap penuntut tajaan Majlis Amanah R...
-
KUALA LUMPUR – Kesemua produk makanan yang diimport dari Jepun tidak akan dibenar dibawa masuk ke negara ini sekiranya tidak mempunyai Sijil...
-
BANTING: Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, pagi ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan kes seorang peguam, N Pathman...
-
Percaya atau tidak, dalam masa beberapa tahun lagi salah seorang wakil Malaysia yang dihantar bagi menyertai pertandingan Miss Universe baka...
-
Soalan : Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut, iaitu hari Jumaat? Jawapan : Para ulama berbe...