Showing posts with label semak penyata kwsp. Show all posts
Showing posts with label semak penyata kwsp. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

KWSP umum dividen 6 peratus

| Sunday, February 19, 2012 | 0 comments



KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat berbanding 5.8 peratus pada 2010.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman (gambar) berkata, kadar dividen itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya berbanding RM21.61 bilion untuk tahun kewangan 2010.

Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.

Samsudin berkata, tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion iaitu meningkat 13.18 peratus daripada 2010.

"Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP serta usaha berterusan pasukan pelaburannya," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Readmore..

Tuesday, May 24, 2011

KWSP minta pencarum semak penyata kira-kira

| Tuesday, May 24, 2011 | 0 comments


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan kempen media untuk menggalakkan ahli menyemak penyata kira-kira bagi memastikan simpanan KWSP mereka berada dalam keadaan teratur.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata kempen mulai esok hingga 14 Jun itu bagi memberi kesedaran kepada ahli mengenai kepentingan menyemak penyata KWSP bagi memastikan majikan membayar caruman mengikut jadual.

"Jika terdapat sebarang keraguan, ahli perlu mendapatkan penjelasan segera daripada majikan atau membuat laporan kepada KWSP," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, baru-baru ini KWSP sudah mengedarkan lebih 6.4 juta penyata kira-kira ahli bagi tahun 2010.

"Semua penyata kira-kira dihantar kepada ahli melalui alamat kediaman seperti yang didaftarkan dalam rekod KWSP ini bagi memastikan penyata mengandungi maklumat sulit tidak jatuh kepada pihak lain.

"Oleh itu, adalah penting bagi ahli yang sudah berpindah untuk segera mengemaskini rekod alamat mereka dengan KWSP," katanya.

Nik Affendi berkata, KWSP turut menyediakan Kios KWSP di cawangan KWSP dan premis pihak ketiga seperti Institut Jantung Negara (IJN), serta cawangan bank terpilih antaranya RHB Bank, RHB Islamic Bank, Ambank, dan CIMB Bank.

"Sebagai pilihan, ahli boleh menyemak dan mencetak penyata kira-kira dengan mendaftar di i-Akaun KWSP yang boleh diakses melalui laman web myEPF yang menyediakan kemudahan untuk menyemak butiran akaun secara dalam talian 24 jam sehari atau mengikut kehendak mereka," katanya

Ahli juga boleh mendapatkan penyata kira-kira di setiap cawangan KWSP dengan hanya mengemukakan myKad mereka tetapi sebagai langkah keselamatan mereka tidak dibenarkan mendapatkan penyata kira-kira melalui telefon. - BERNAMA

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com