Showing posts with label macam macam. Show all posts
Showing posts with label macam macam. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Misteri Permainan Roh Duit Syiling!

| Tuesday, December 25, 2012 | 0 comments


Pelajar sekolah terutamanya mungkin pernah mendengar dengan satu permainan roh duit syiling atau dikenali sebagai Spirit Of The Coin. Permainan ini merupakan aktiviti yang boleh dilakukan sendirian mahupun bersama kawan. Kalau bercakap tentang golongan yang sama pada 10 atau 20 tahun lalu, untuk mendapatkan keseronokan yang lebih, hanya boleh dicapai dengan sedikit kreativiti dan keberanian. Kita tidak pasti sama ada generasi sekarang masih melakukan perkara ini, tetapi percaya cerita tentangnya sudah disampaikan dari mulut ke mulut.

“Ia adalah suatu yang biasa di kalangan pelajar-pelajar sekolah, penghuni asrama dan juga kawan-kawan sepermainan di kawasan perumahan.

“Tanpa diketahui ibu bapa, aktiviti ini dianggap suatu cara untuk menguji keberanian,” kata seorang setiausaha syarikat korporat, Yazmin, yang mengaku pernah mencubanya sewaktu menuntut di kolej dahulu.

Menurut Yazmin yang kerap menyertai permainan itu bersama teman-teman berbilang bangsa, keperluan permainan yang menyeru roh duit syiling itu sangat mudah. Sebab itulah ia cepat menjadi ikutan ramai.

Malangnya, ramai yang tidak menyedari akan risiko emosi, soal hukum agama dan akibat buruk lain daripadanya.

Ia melibatkan sekeping kertas atau kad manila yang ditulis secara jelas abjad A hingga Z dan nombor 0 hingga 9 di sudut keliling. Tertera padanya juga perkataan ‘HOME’ atau ‘GOODBYE’ di tengah-tengah kertas. Tulisan itu diapit pula oleh perkataan ‘YES’ dan ‘NO’.


“Lebih baik jika ia dilakukan dalam ruang tertutup dan hanya diterangi cahaya lilin. Sekeping duit syiling diperlukan. Lebih lama usia duit syiling itu lebih baik.

“Diletakkan di tengah-tengah perkataan ‘HOME’ jari telunjuk setiap pemain perlu diletak secara perlahan di atasnya sebelum seruan dimulakan,” kata Yazmin yang kini menganggap semua itu bodoh dan lucu namun menyeramkan.

‘Spirit-spirit of the coin, if you can hear me, please come’, seruan itu berbunyi. Setelah disebutkan berulang kali, duit syiling itu akan bergerak dengan sendirinya.

Maka, pemain akan mula bertanya pelbagai soalan tentang siapa, apa, bila dan bagaimana. Namun, Yazmin mengakui bahawa ada juga percubaan yang tidak menjadi.

“Selalunya ‘roh’ yang datang ialah daripada orang yang mati bunuh diri dan ia siap memberitahu bila dan di mana ia membunuh diri. Saya tidak tahu sebab logiknya.

“Mungkin kerana roh orang yang bunuh diri tidak tenteram. Ia masih menerawang gara-gara langit dan bumi tidak menerima perbuatannya mengakhiri nyawa secara begitu,” kata Yazmin.

Setiap soalan akan dijawab berdasarkan pergerakan duit syiling itu yang mengeja mengikut abjad yang disediakan. Kelakar juga apabila pertanyaan peribadi, cerita masa depan, serta rahsia sulit pemain didedahkan dalam permainan tersebut.

Berlanjutan hingga ke pagi. Tapi apakah benar, pergerakan itu berpunca dari roh yang diseru? Mungkinkah ia satu muslihat permainan yang dirancang oleh salah satu daripada pemainnya?

“Tidak mungkin. Sekeping duit syiling disentuh oleh dua atau lebih jari mengikut bilangan pemain. Pasti ada salah seorang akan sedar kalau pergerakan itu sengaja didorong.

“Saya yakin itu adalah kuasa lain, bukan daripada upaya atau muslihat manusia,” ulasnya tegas.

Setiap permainan ada syaratnya. Begitu juga dengan yang ini. Sekiranya permainan ini hendak diselesaikan, pemain akan menyuruh ‘roh’ itu pulang.

Kalau ia menurut, duit syiling itu akan bergerak kembali ke tulisan ‘HOME’ iaitu tempat ia mula-mula diseru.

“Ada juga yang degil untuk pulang hinggakan permainan itu berlanjutan ke pagi. Antara jawapan menakutkan adalah ia tidak mahu pulang kerana mahu berdamping dengan pemain yang disukainya, atau mahu minta dibebaskan begitu sahaja untuk membalas dendam pada yang menyebabkan kematiannya.

“Tetapi kami beringat, selagi tidak kembali ke perkataan ‘HOME’, selagi itulah juga jari setiap pemain tidak boleh dilepaskan daripada duit syiling itu. Bayangkanlah, ada yang keletihan, marah, menggigil dan juga menangis,” katanya.

Yazmin walau bagaimanapun tidak pasti tentang akibatnya jika syarat menyudahkan permainan itu dilanggar. Tetapi dia pernah mendengar tentang pemain-pemain yang mengalami tekanan perasaan, sering ketakutan dan meracau ketika tidur.

“Saya pada awalnya tidak percaya permainan seperti itu boleh membawa keburukan mahupun menyalahi agama. Namun, saya sedar kini bahawa keseronokan sebenarnya boleh ditemui dalam diri sendiri dan juga apabila bersama keluarga dan kawan-kawan dalam aktiviti sihat.
“Spirit of the coin sebaliknya, seperti membuka pintu untuk mendapat ‘kawan’ dari dimensi lain,” terang Yazmin yang menyesali perbuatannya itu.

Ironi permainan itu juga terlintas dalam kepalanya. Semua ‘roh’ itu memahami abjad roman, cekap mengeja, kenal nombor, serta tahu fungsi perkataan ‘YES’’NO’ dan ‘HOME’ di atas kertas itu. Yazmin masih menunggu penjelasan rasionalnya.

MM : Teringat pula masa dulu-dulu bermain permainan ini. Spirit tu datang dari Indonesia dan dia berada di atas tiang lampu yang sangat tinggi dan dimakamkan di kuburan berdekatan. "Mengapa boleh duduk setinggi itu?" Tanya seorang member. "Biasalah, aku kan hantu", jawabnya. Lagi satu, dia guna full words, takde maknanye nak guna perkataan sms. Kadang-kadang jenuh nak tunggu dia habis menjawab. 

Apa-apa pun, pemainan ini HARAM!

Readmore..

Wednesday, February 22, 2012

Melacur kumpul duit kahwin

| Wednesday, February 22, 2012 | 0 comments



Pelayan pusat karaoke beri alasan ketika ditahan selepas layan pelanggan

JOHOR BAHRU: Seorang pelayan pusat karaoke mendakwa terpaksa menawarkan khidmat seks ketika bekerja di situ, bagi mengumpul wang untuk membiayai majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung beberapa bulan lagi.

Alasan itu diberikan ketika anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Johor menyerbu sebuah bilik hotel bajet terletak di belakang pusat karaoke tempat wanita itu bekerja, dekat Jalan Tun Abdul Razak di sini, awal pagi semalam.

Ketika ditahan, wanita terbabit baru saja selesai melayan seorang lelaki yang melanggannya ketika mengunjungi pusat karaoke berkenaan.

Sebaik ditahan, wanita berusia lingkungan 20-an itu menangis meminta dilepaskan kerana bimbang perkahwinan yang dirancangnya beberapa bulan lagi musnah jika kegiatan itu diketahui tunangnya.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan, Mohammad Abd Hamid, berkata serbuan dilakukan mulai jam 12 malam selepas mendapat maklumat awam dan hasil risikan berhubung kegiatan pelacuran yang ditawarkan pusat karaoke terbabit.

Katanya, dua pelayan wanita tempatan yang bekerja di pusat karaoke itu disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka dan penjaga pusat karoke terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut.

“Modus operandi yang digunakan lebih kurang sama dengan pusat hiburan eksklusif yang diserbu baru-baru ini, apabila pelayan menawarkan khidmat seks ketika berada di dalam bilik karaoke sebelum menjadikan hotel murah berdekatan untuk melampiaskan nafsu untuk menutup kegiatan mereka.

“Di sini, tawar menawar dibuat antara pelanggan dengan penjaga pusat karoke itu, sebelum persundalan dilakukan di hotel murah kira-kira 20 meter di belakang pusat terbabit dengan bayaran RM250,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pelacuran, manakala penjaga premis ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372(1)(F) kanun sama.

“Operasi berterusan akan terus dilakukan bagi memastikan aktiviti persundalan dan jenayah lain dapat dibanteras.

“Maklumat dan kerjasama daripada orang ramai diperlukan untuk membantu polis menangani kegiatan jenayah,” katanya.

Readmore..

Thursday, November 24, 2011

Gurau senda pagi hari

| Thursday, November 24, 2011 | 0 comments

Uji Betapa cekapnya & Bijaknya Anda!!



Di bawah ada (4) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. Jgn sesekali meniru @ bertanya dgn sapa2.. pls jujur... Terutama Cikgu Roha..:)) OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....
Ready? GO!!! (lihat bawah)

SOALAN PERTAMA:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?


JAWAPAN: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?


SOALAN KE-2:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)


JAWAPAN: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.....Hehehehehe..:))
OK..Soalan seterusnya...

Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...


SOALAN KE-3
Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10..... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..

Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba.


SOALAN KE-4:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis:
1. Nana,
2. Nene,
3. Nini,
4. Nono.
Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus:


Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?

Dia hanya membuka mulutnya dan berkata...."saya nak beli cermin mata hitam"...

Mudah sahaja kan??.....heheheh


Selamat Bergembira.....

Readmore..

Saturday, October 29, 2011

Wanita patah hidung sebab bergurau

| Saturday, October 29, 2011 | 0 comments



KUANTAN - Gurauan seorang jurujual wanita dengan menyembunyikan dompet sepupunya membawa padah apabila dia dibelasah oleh pemuda itu sehingga patah hidung di Taman Raub Jaya, Raub kelmarin.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari, suspek lelaki itu dipercayai telah menyepak, menumbuk dan menghentak kepala mangsa ke dinding selepas dia memulangkan dompet tersebut kepadanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, sebelum kejadian suspek yang berusia 22 tahun itu pada sebelah pagi hari itu pergi ke tempat kerja mangsa yang bekerja di sebuah kedai perabot.

"Mangsa menyembunyikan dompet mangsa untuk tujuan bergurau bagaimanapun pada waktu tengah harinya, mangsa ke rumah sepupunya untuk memulangkan semula dompet berkenaan.

"Selepas memulangkan dompet itu, mangsa dihalang keluar dari rumah sebelum suspek membelasahnya dengan menumbuk, menyepak serta menghentak kepala mangsa ke dinding," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Menurut beliau, mangsa yang cedera teruk kemudian pergi mendapatkan rawatan di Hospital Raub sebelum membuat laporan polis.

"Hasil pemeriksaan x-ray, hidung mangsa disahkan patah. Kejadian itu lebih kepada salah faham antara kedua-dua pihak.

"Dipercayai pemuda itu terlalu marah kerana mahu menggunakan MyKad miliknya yang diletakkan dalam dompetnya itu untuk menjalani latihan lesen memandu kenderaan pada hari tersebut," katanya.

Tambah beliau, suspek kemudian ditahan polis di lokap IPD Raub sejurus laporan dibuat bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah.

Readmore..

Saturday, September 10, 2011

Anak general China samseng jalan

| Saturday, September 10, 2011 | 0 comments



BEIJING: Seorang pegawai tentera China berpangkat jeneral semalam meminta maaf atas tindakan kejam anaknya yang memukul sepasang suami isteri.

Jeneral itu juga dan menawarkan gantirugi kepada pasangan terbabit.
Media menggelarkannya sebagai skandal yang melibatkan “generasi kaya kedua”.

Kes yang telah menyebabkan kemarahan orang ramai itu, adalah kes kedua selepas anak seorang pegawai polis cuba menggunakan status bapanya, untuk melepaskan dirinya setelah menyebabkan satu kemalangan ngeri, membabitkan kematian.

Menurut laporan rasmi yang disiarkan oleh akhbar Global Times, polis telah menahan Li Tianyi, 15, di Beijing setelah saksi berkata dia dan kawannya melompat keluar dari kereta dan membelasah pasangan suami isteri itu selama tiga minit di depan anak mereka.

Li dilaporkan tidak mempunyai lesen memandu dan kereta BMWnya tidak mempunyai nombor plat. - Reuters

Readmore..

Tuesday, September 6, 2011

Kita semua buat perkara bodoh semasa muda - PM Britain

| Tuesday, September 6, 2011 | 0 comments



LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron menyatakan bahawa semua orang membuat perkara bodoh semasa mereka muda, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Beliau membuat kenyataan itu selepas ditanya seorang juruhebah dalam program Today Show di stesen Radio 4 berhubung gelagatnya semasa belajar di Universiti Oxford.

Ketika Cameron menjadi pelajar, dia menyertai kelab Bullington di univeristi itu yang terkenal dengan sikap mabuk ahli-ahlinya yang memecahkan tingkap termasuk restoran.

Perdana Menteri itu ditanya jika terdapat persamaan di antara menjadi anggota geng muda yang terlibat dalam kelakuan ganas dengan pencuri yang berlaku semasa rusuhan di London baru-baru ini.

Cameron menjawab: "Saya berpendapat, kita semua melakukan perkara yang bodoh semasa muda dan kita sepatutnya mendapat pengajaran."

Juruhebah itu juga bertanya kepada Cameron: "Adakah anda menjadi saksi sebagai ahli kelab tersebut, terdapat orang membaling benda-benda menerusi tingkap, memecahkan restoran?

Perdana Menteri itu berkata: "Tidak, saya tidak melakukannya."

Menurutnya, semasa rusuhan di London berlaku baru-baru ini, kebanyakan kes mencuri dilihat diatur dengan amat baik. - Agensi

Readmore..

Saturday, July 16, 2011

Kereta buruk jadi Bugatti Veyron

| Saturday, July 16, 2011 | 1 comments



MIAMI: Ia kelihatan seperti Bugatti Veyron bernilai AS$1.6 juta (RM4.8 juta) - tetapi kereta sport mewah ini boleh menjadi milik anda hanya pada harga $89,000 (RM267,000).

Peminat model Super Sport itu menukar kereta Ford buruk bernilai 1,000 pound (RM5,000) miliknya kepada Bugatti Veyron - yang kini dijual pada harga RM267,000.

Ketua stesen minyak, Mike Duke dari Florida menghabiskan masa sembilan bulan mengubah Ford Cougarnya kepada kereta merah hitam seperti kereta mewah itu.


MODEL Ford Cougar yang diubah suai Duke.

Badan kereta yang direka khas menjadikan ia sukar dibezakan dengan Bugatti Veyron yang berharga satu juta pound (RM5 juta) dan ruang dalamannya sudah diubah dan dibalut dengan kulit.

Namun enjinnya adalah enjin Ford Cougar model V6 2.5 liter, bermakna kuasa yang jauh lebih rendah berbanding enjin Bugatti Veyron yang mempunyai enjin 1,000 kuasa kuda dengan 8 liter.

Ini bermakna kelajuan 0-62 batu sejam dalam tempoh 8.2 saat dan kelajuan tertinggi 140 batu sejam - ketinggalan daripada kelajuan 253 batu sejam dalam 2.5 saat pemanduan oleh Bugatti Veyron.

Duke berkata: “Saya mahu wajah jutaan dolar tanpa bil pembaikan, insurans dan kos tinggi lain.

“Pemanduannya lancar tanpa masalah dan jika ada masalah pembaikan pun pastinya ia tidak memerlukan kos tinggi.

“Saya sangat gembira dengan hasil usaha saya dan sudah tentu lebih banyak komen daripada yang dijangkakan saya terima ketika memandu kereta itu.

“Saya mahu berhati-hati untuk tidak menggelar kereta ini Bugatti - ia Ford Cougar yang diubah suai.

“Namun, ia kelihatan lebih baik berbanding Cougar dan kerana ia bukan Veyron, ia masih cukup laju.

Duke tidak mahu mendedahkan kos pengubahsuian itu tetapi ia dijangka melebihi 20,000 pound (RM100,000) untuk kerja kerasnya selama sembilan bulan.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com