Showing posts with label Maksiat. Show all posts
Showing posts with label Maksiat. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Bahana Bersentuhan antara bukan mahram

| Monday, June 18, 2012 | 0 comments

Inilah Terjadi Bila Bersentuhan dgn bukan mahram




Pada lelaki dan perempuan yang naif diluar sana. Inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan pakwe/makwe masing-masing diluar sana.


Lihat tanda merah dalam gambar di atas. Kajian menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi dikawasan tersebut. 


Jadi berpegangan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang. Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata.

Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. 

(Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487) benarlah Hadis Nabi bersabda:Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". 
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Readmore..

Wednesday, February 29, 2012

Konsert Erykah Badu dibatal

| Wednesday, February 29, 2012 | 0 comments



KUALA LUMPUR - Konsert penyanyi wanita Amerika, Erykah Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara malam ini dibatalkan kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Tumblr beliau berkata, persembahan itu juga dibatalkan kerana melanggar syarat-syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta nilai budaya masyarakat Malaysia.

Erykah Badu yang berasal dari Dallas, Texas pernah memenangi anugerah Grammy dan dijadual membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini. Erykah sudah pun berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu.

Rais berkata, perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.

"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya.

Readmore..

Wednesday, February 22, 2012

Melacur kumpul duit kahwin

| Wednesday, February 22, 2012 | 0 comments



Pelayan pusat karaoke beri alasan ketika ditahan selepas layan pelanggan

JOHOR BAHRU: Seorang pelayan pusat karaoke mendakwa terpaksa menawarkan khidmat seks ketika bekerja di situ, bagi mengumpul wang untuk membiayai majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung beberapa bulan lagi.

Alasan itu diberikan ketika anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Johor menyerbu sebuah bilik hotel bajet terletak di belakang pusat karaoke tempat wanita itu bekerja, dekat Jalan Tun Abdul Razak di sini, awal pagi semalam.

Ketika ditahan, wanita terbabit baru saja selesai melayan seorang lelaki yang melanggannya ketika mengunjungi pusat karaoke berkenaan.

Sebaik ditahan, wanita berusia lingkungan 20-an itu menangis meminta dilepaskan kerana bimbang perkahwinan yang dirancangnya beberapa bulan lagi musnah jika kegiatan itu diketahui tunangnya.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan, Mohammad Abd Hamid, berkata serbuan dilakukan mulai jam 12 malam selepas mendapat maklumat awam dan hasil risikan berhubung kegiatan pelacuran yang ditawarkan pusat karaoke terbabit.

Katanya, dua pelayan wanita tempatan yang bekerja di pusat karaoke itu disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka dan penjaga pusat karoke terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut.

“Modus operandi yang digunakan lebih kurang sama dengan pusat hiburan eksklusif yang diserbu baru-baru ini, apabila pelayan menawarkan khidmat seks ketika berada di dalam bilik karaoke sebelum menjadikan hotel murah berdekatan untuk melampiaskan nafsu untuk menutup kegiatan mereka.

“Di sini, tawar menawar dibuat antara pelanggan dengan penjaga pusat karoke itu, sebelum persundalan dilakukan di hotel murah kira-kira 20 meter di belakang pusat terbabit dengan bayaran RM250,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pelacuran, manakala penjaga premis ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372(1)(F) kanun sama.

“Operasi berterusan akan terus dilakukan bagi memastikan aktiviti persundalan dan jenayah lain dapat dibanteras.

“Maklumat dan kerjasama daripada orang ramai diperlukan untuk membantu polis menangani kegiatan jenayah,” katanya.

Readmore..

Sunday, February 19, 2012

Penari tiang terkedu

| Sunday, February 19, 2012 | 0 comments



JOHOR BAHRU: “Memang saya tak bertamadun, sebab itulah kerja macam ini,” demikian pengakuan selamba seorang pelayan pelanggan (GRO) apabila dia dan rakannya ditahan dalam serbuan selepas mempersembahkan tarian bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Datuk, di sini, jam 1 pagi semalam.

Bagaimanapun, janda berusia 26 tahun itu merayu dibebaskan dengan memberi alasan terpaksa menjadi GRO untuk membesarkan dua anaknya.

Difahamkan, janda itu dan rakannya berusia 27 tahun sanggup berbogel di pentas tarian atas permintaan pelanggan dengan upah RM250.

Mereka menari di pentas dengan membuka satu demi satu pakaian diiringi rentak muzik disko hingga berbogel selama 15 minit.

Ketika ditahan, kedua-dua GRO itu dalam keadaan mabuk serta mengaku tidak keberatan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan caj RM500.

Difahamkan, khidmat seks dilakukan di dalam tandas pusat hiburan terbabit tanpa menghiraukan bau busuk dan keadaan tidak selesa, malah pemeriksaan polis turut menemui kondom yang sudah digunakan.

Pegawai Turus, Cawangan Kongsi Gelap Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid berkata, ujian dilakukan terhadap dua wanita itu menunjukkan mereka berada di bawah pengaruh alkohol yang tinggi.



Katanya, turut ditahan ialah seorang wanita yang juga pelayan dan didapati berada di bawah pengaruh alkohol serta seorang penjaga premis, termasuk ibu ayam berusia 46 tahun.

“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan baru beberapa bulan bekerja sebagai GRO, namun dia cuba menafikannya dan mendakwa datang bersama pelanggan bagi mengelak dicekup.

“Semua itu hanya helah kerana kami ada bukti dia bekerja di pusat hiburan terbabit dan turut disyaki menawarkan khidmat seks serta tarian bogel kepada pelanggan,” katanya.

Mohammad tidak menolak kemungkinan wanita terbabit sedia dibawa keluar pdengan membayar hingga mencecah RM1,000 semalam.

“Walau apa alasan diberi, kami tetap menahan wanita terbabit. Resit, wang tunai RM500 serta kondom turut dirampas, manakala semua wanita tempatan itu ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 b Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan serta melakukan perbuatan lucah, manakala penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 372 (1) (F) kanun sama.

Operasi turut disertai sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Agama Johor (JAJ) dan mereka menahan empat GRO dipercayai mabuk mengikut Seksyen 19 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana meminum minuman keras.

Readmore..

Sunday, April 25, 2010

Pelajar elak dicekup Jais temui ajal

| Sunday, April 25, 2010 | 0 comments

GOMBAK: Seorang pelajar kolej yang cuba melarikan diri kerana bimbang dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) maut dalam keadaan mengerikan selepas tergelincir lalu jatuh dari tingkat lima pangsapuri, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 pagi apabila sekumpulan penguat kuasa Jais membuat operasi cegah maksiat di sebuah pangsapuri di kawasan itu.

Katanya, berdasarkan maklumat, penguat kuasa Jais bergegas ke sebuah unit di tingkat lima yang disyaki digunakan pasangan kekasih bukan muhrim untuk melakukan maksiat.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com