Showing posts with label pengajaran untuk kaum wanita. Show all posts
Showing posts with label pengajaran untuk kaum wanita. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Cerekarama - Perempuan Neraka [2012]

| Saturday, July 21, 2012 | 0 comments

Cerekarama Ramadhan - Perempuan Neraka [2012]


Hasyim berkahwin dengan Intan dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Anis. Intan seorang isteri yang sanggup mengzalimi suaminya sendiri demi kepuasan hidupnya. Berbelanja tidak mengikut kemampuan suaminya. Mengunakan ilmu penunduk untuk membuatkan Hasyim mengikut sahaja apa yang di suruh olehnya. Hasyim sanggup melakukan apa sahaja demi kebahgiaan Intan dan Anis. Sehingga sanggup mengabaikan kesihatan dirinya sendiri. Semua kerja rumah di lakukan oleh Hasyim. Hasyim tidak pernah bersungut walaupun dirinya lelah setelah seharian bekerja.

Intan menghasut anaknya, Anis supaya membenci Hasyim. Dia juga mengajar anaknya menjadi seperti dirinya. Dan apabila Anis sudah berumahtangga, Intan menghasut Anis supaya menggunakan ilmu penunduk seperti dirinya.

Akhirnya, kerana terlampau bekerja keras tanpa memperdulikan kesihatan diri, Hasyim meninggal dunia. Intan mulai hilang arah. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dalam fikirannya hanya fikirkan duit untuk meneruskan hidupnya walaupun tahu Hasyim sudah memindahkan semua akaunnya atas nama Intan.

Kemunculan Zubaidah di salahertikan oleh Intan. Dia menyangkakan Zubaidah adalah isteri kedua Hasyim yang datang untuk menuntut bahagian. Zubaidah menerangkan siapa dirinya yang sebenar dan amanah yang diberikan oleh Hasyim kepadanya. Intan meminta amanah itu tetapi Zubaidah memberitahunya yang amanah itu akan diberikan kelak apabila tiba masanya. Hanya sepucuk surat yang diberikan Zubaidah kepada Intan tetapi surat itu direnyukkan oleh Intan yang hanya mahukan duit bukannya surat yang tidak bernilai pada pandangannya. Zubaidah mengutip kembali surat yang dibuang oleh Intan. Hatinya sedih bukan kepalang melihat keadaan itu. Simpatinya melaut pada arwah Hasyim, pekerjanya itu.

Anis berang melihat suaminya dengan perempuan lain. Di rumah, Anis melayan suaminya dengan baik. Di hidangkan makanan untuk suaminya itu. Suaminya terperanjat dengan perubahan Anis tetapi menyangka Anis sudah berubah. Sewaktu hendak memulakan suapan, suaminya teringat pesanan adiknya supaya membaca dia makan atau sekurang-kurangnya Bismilah untuk menghindarkan termakan sesuatu yang tidak baik. Selesai sahaja doa makan dibacakan, tiba-tiba gelas di sisi suami Anis jatuh dan pecah berderai. Suami Anis naik angin dan mengherdik Anis. Dia tahu Anis berniat untuk mengenakan dirinya dengan ilmu penunduk. Anis tidak mengaku akan hal itu. Suaminya keluar dari rumah meninggalkan Anis keseorangan setelah menjatuhkan talak satu kepadanya.

Anis mengikut kemana suaminya pergi. Setelah melihat perempuan yang bersama-sama suaminya masuk ke dalam sebuah rumah, Anis cepat-cepat mendapatkannya dan mencurahkan asid ke muka perempuan itu. Anis dipenjarakan. Suaminya begitu marah. Dia memberitahu yang perempuan itu adalah adik kandungnya. Suaminya tidak mahu memaafkannya atas perbuatan jahatnya itu. Anis menangis memanggil suaminya. Sesal mulai menguasi dirinya tetapi segalanya sudah terlambat. Dia perlu menjalani hukuman di atas perbuatannya selama ini.

Intan mulai kemamar apabila melihat rumah yang didiaminya sudah dijual. Dia tidak tahu ke  mana mahu tinggal. Di saat itu, Zubaidah datang dan menyerahkan surat yang dibuang Intan dahulu dan sebuah anak patung kepadanya. Intan mengambil pemberian Zubaidah itu. Zubaidah membawanya ke sebuah rumah. Rumah itu adalah rumah peninggalan orang tua Hasyim. Hasyim mahukan Intan tinggal di situ apabila tiba waktunya kelak. Intan menyesali perbuatannya dahulu. Dia mengelarkan dirinya perempuan neraka kerana terlalu banyak dosanya pada arwah suaminya dulu dan dia tidak sempat untuk meminta maaf di atas segala perbuatan jahatnya pada Hasyim. Zubaidah menenangkan Intan dengan mengatakan Hasyim telah pun memaafkan segala perbuatan Intan kepadanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja bukanlah kerana paksaan atau suruhan Intan tetapi kerana perasaan sayang dan kasihnya pada Intan dan Anis.

Di kampung itu, Intan mulai menjinakkan dirinya ke surau dan menghadiri ceramah-ceramah agama. Terasa dirinya begitu berdosa pada arwah suaminya, Hasyim. Satu persatu perlakuan jahatnya di ingatinya. Membuatkan dirinya bersalah yang amat sangat. Zubaidah hanya dapat memandang dengan penuh simpati kepada Intan. Tetapi dia percaya segala yang berlaku ada hikmahnya dan pengajarannya yang tersendiri. Tamat ....



Pelakon Fizz Fairuz, Sherie Merlis, Ika Narella.

Lagu latar, Wali Band - Doaku Untukmu Sayang, Opick - Irhamna, Afgan - PadaMu ku Bersujud



Readmore..

Wednesday, February 29, 2012

Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani

| Wednesday, February 29, 2012 | 0 comments

Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani



Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

Readmore..

Wednesday, January 4, 2012

Video permohonan maaf Nur Amalina Che Bakri

| Wednesday, January 4, 2012 | 0 comments

Readmore..

Friday, February 18, 2011

Dijel guna kad kredit isteri

| Friday, February 18, 2011 | 0 comments



KUANTAN: Gara-gara menggunakan kad kredit isteri tanpa kebenaran, seorang warga emas dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan membabitkan kesalahan berkenaan.

Majistret Adibah Abdul Kadir menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Khalid Ismail, 60, dari Beserah, dekat sini, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu sejurus kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang juga seorang pesara didapati dengan curang menggunakan kad kredit kepunyaan isterinya yang berusia 60 tahun untuk kegunaan sendiri di mana dia membeli sebentuk cincin emas berharga RM530 tanpa kebenaran wanita berkenaan pada jam 12.04 tengah hari 17 Januari lalu, di sebuah kedai emas dan permata di tingkat bawah Pasaraya Kuantan Parade, di sini.

Mengikut pertuduhan kedua, Khalid didapati dengan curang menggunakan kad kredit kepunyaan isterinya untuk kegunaan sendiri di tempat sama pada jam 11.06 pagi 22 Januari lalu, dengan membeli seutas rantai leher emas berharga RM920 tanpa kebenaran wanita terbabit.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun serta sebat dan denda bagi setiap pertuduhan.

Adibah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM2,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun beliau mengarahkan hukuman berkenaan dijalankan serentak.

Terdahulu dalam rayuannya, tertuduh memberitahu mahkamah dia melakukan perbuatan itu kerana berdepan konflik kewangan keluarga selain tidak bekerja selepas bersara.

“Saya perlukan wang untuk perbelanjaan lain seperti membayar bil elektrik, air, isi minyak motosikal dan sebagainya,” katanya.

Tertuduh turut memaklumkan isterinya tidak memberikan wang kepadanya dan dia memerlukan wang untuk menampung perbelanjaan perubatan akibat penyakit lelah dihidapinya.

“Saya hendak beli ubat pun tiada duit,” katanya yang turut merayu mahkamah meringankan hukuman ke atasnya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin, mahu mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap kesalahan dilakukan tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Readmore..

Tuesday, February 1, 2011

Pengajaran Untuk Kaum Perempuan- Beware of This Man

| Tuesday, February 1, 2011 | 0 comments


malam td aku baru chat. masuk chatroom mana tah aku xsure. then ada sorang guy ni. aku xingat dia guna nick apa. arifdaniel84 sumthing cmtu kot. seriously lupa. but aku rs namanya lain cuma ade bunyi2 lebih kurang cmtu la.

then sesi chatting bermula. tukar fon number (bisnes number). dan kitorang start bercakap dalam fon. well, lelaki ini command englishnya sgt bagus. cakap english sgt lancar. n sgt2 confident orgnye. n guess what, dia cakap dia ni kerabat diraja. kerabat yang sgt dekat dengan istana. n dia cakap, dia jarang online, that time dia online dengan mami dia (who is foreigner). n aku terpikir, betul ke mamat ni? ok xpe aku layan je. bila da lama2 berborak, aku mula rs mamat ni ok. bukan sbb dia cakap dia ni kerabat, tp dia memg seorang yang pndai berlawak dan nmpak sgt smart (yeah aku mmg suka org yg lawak n smart).

then dia citer pasal his ex fiancee (seorang kacukan melayu + jepang). skg da xde. meninggal dalam kemalangan. so dia citer mcm dia tersangat2 sedih. hampir gila n nak bunuh diri dan sebagainya. dia cakap sblum ni dia duk australia ngn mak dia. n disebabkan incident tuh mak dia suh dia balik duduk ngn ayahanda dia (itu panggilan yg dia gunakan untuk ayah dia- kononnya). then dia cakap bila dia chat ngn aku n tgk pic aku, dia buat keputusan nak bg number dia kat aku (which he said is a private number for vips- dan dia xsepatutnya bagi mcm tu je- bagi hanya kat org yang dia percaya sahaja). sbb dia cakap aku mengingatkan dia kat fiancee dia sbb aku ada rupa fiancee dia. masa fiancee dia meninggal tu, dia kat sebelah tunang dia. n dia yg bawak keta. so dia xleh lupakan saat2 kemalangan tu berlaku, mgkin juga salahkan diri sendri, so dats y dia macam org gila n nak bunuh diri suma. n dia cakap, bila dia tgk pic aku, dia ada mcm strong feeling yg aku ni akan jd sumone special dalam hidup dia. mcm ade rasa yg kuat mcm tu.

then selepas lama dah bercakap tu, dia cakap cmni, well, dia da sedia tuk mulakan idop baru. have a family. ada anak 20 orang. dan dia suka kat aku dr cara aku bercakap dan sebagainya. ms tu aku, ok fine, he seems nice (juga sgt2 meyakinkan. seriously aku xpenah jmpa org yg sgt2 convincing mcm nih- over the phone n xpenah jmpa- setelah beberapa lama aku tutup hati aku kat org laki). n dia jugak cakap, dia nak jd ketua keluarga yg baik dan sebagainya - bercakap dalam konteks golongan marhaen (well, aku xsuka nak bercakap ngn golongan2 yg tggi2 darjatnya ni- sbb aku rs terlalu complicated). tp bila aku bercakap dgn dia, suma barrier tu tak terasa langsung. mcm bercakap dengan seorang kawan baik. dan dia sgt2 pndai mengambil hati, kelakar dan smart. i mean, level dia nmpak lain dari chatter2 yang biasa aku kenal di internet. dan aku sgt tertarik bagaimana seorang lelaki yg boleh terus kata, "i like u, i want to know u better, i would love if i can marry u"... (yeah aku tahu nampak setupid tp biasala, perempuan memg gini. n even aku sbnya memg xnak langsung da pk pasal kapel/kawen2 ni setelah kisah2 cinta aku yg menyakitkan, mamat ni boleh twist situation ni dalam masa hanya sejam. aku cukup respek sama dia. dia sgt2 konfiden dan meyakinkan. cara dia cakap pun memg lain). n dia jugak cakap dia tertarik kat aku sbb aku pakai tudung.

soon enough, dia cakap, if dia betul2 suka kat aku, datang jmpa parents aku lepas ni, sanggup terima aku seadanya, nak bimbing aku jd isteri yg baik, have kids, dan ada keluarga yang bahagia, , aku sanggup tak terima dia? then aku cakap aku sanggup (oh God, hani85, ko nak kawen da ke??? biar betul??). tp aku memang, ntahla.... tertarik betul dgn cara mamat nih (aku bukan newbies dlm chatting ok. aku da chatting dr sekolah, which means da seploh tahun aku chat, so mcm2 org yg aku penah kenal dlm chat ni).

n after aku cakap ya tuh, dia cakap, well, kamu secara rasminya isteri saya. aku mcm, biar betul dia nih? aku cakap, apsal plak. kan perlu ada majlis2 yg formal dan sebagainya. then dia cakap, its ok. ayahanda dia ketua agama. so it means bila dia propose, dan aku setuju, they dorg akan anggap mcm angkat sumpah. ms ni aku da start rs lain mcm. aku cakap, ok then... aku tnya apa seterusnya.

n next thing that i remember, dia sebenarnye nak phone sex (dia xcakap directly, tp aku tau niat dia nak yg tu... sbb dia mintak kiss di dalam fon (dengan bunyi2 an dan sebagainya). yucks. n mybe later kalau aku termasuk perangkap dia, dia akan ajak jmpa n buat bnda lagi teruk dr tuh). lepas aku nmpak niat dia tuh, aku quit. n knew he is a conman.

Notis Penaja.

Cerita ni mungkin akan menampakkan kesetupidan n menampakkan kelemahan aku secara emosi sebagai wanita tapi aku suka untuk share terutama kepada kawan2 yg perempuan supaya tak jatuh dalam perangkap lelaki ni. dia sgt2 convincing, menarik, smart, dan sgt bagus dengan psychology (dia boleh teka personaliti aku yg mana mostly memg betul). aku tertarik kat dia mybe sbb dia byk main emosi- dan byk tackle kelemahan aku- bukan disebabkan dia tu "somebody" dan sebagainya. tp dia menggunakan kelemahan emosi wanita sebagai senjata. dan itu sangat2 bahaya. seriosly, dia memg bahaya.


credit to forumer

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com