Showing posts with label risiko kanser payudara. Show all posts
Showing posts with label risiko kanser payudara. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

Puting berdarah tapi tiada benjolan

| Wednesday, February 2, 2011 | 0 comments



SAYA berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya mendapati puting payudara kiri saya mengeluarkan darah namun saya tidak berasa sakit.

Saya sudah melakukan ujian pemeriksaan sendiri payudara di rumah dan tidak mendapati sebarang benjolan aneh pada payudara terbabit.

Untuk pengetahuan puan, payudara sebelah kiri saya mempunyai puting yang sedikit ke dalam berbanding payudara kanan sejak remaja lagi.

Hal ini amat merunsingkan saya. Harap puan dapat membantu.

SITI,
Batu Caves



ELOKLAH kerunsingan itu ditangani dengan menjalani pemeriksaan doktor.

Jika berkemampuan, seeloknya dengan doktor pakar bedah payudara yang lebih berpengalaman merawat kes sedemikian dan tentunya lebih sensitif atau arif dalam mengesan perubahan awal, lebih-lebih lagi jika terdapat sejarah anggota keluarga dengan barah payudara.

Anda juga mungkin diminta menjalani ujian ultrabunyi payudara.

Readmore..

Thursday, November 11, 2010

Kegatalan pada payudara

| Thursday, November 11, 2010 | 0 comments

SAYA berumur 21 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah kegatalan pada kedua-dua payudara saya iaitu di tempat yang berwarna coklat gelap. Akibatnya ia luka kerana saya kerap menggaru.

Sehelai rambut juga tumbuh dengan aktif pada kawasan itu. Saya mula alami masalah ini sejak tiga tahun lalu, tetapi lepas itu, ia berhenti. Kini masalah itu datang semula dan sudah sebulan saya mengalaminya. Adakah ia petanda sebarang penyakit? Apa yang patut saya lakukan?

DILEMA
Balik Pulau


KAWASAN sekeliling puting payu dara yang berwarna coklat gelap itu dinamakan areolar. Kegatalan mungkin disebabkan oleh keadaan permukaan kulit yang kering, akibat trauma geselan dengan baju dalam, tindak balas lelehan atau peluh daripada kelenjar rerambut yang tumbuh itu atau mungkin penyakit lain.

Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan fizikal. Sekiranya didapati tiada punca yang merisaukan, doktor mungkin akan menasihatkan anda untuk menyapu krim berunsur mentega untuk melembapkan kulit areolar serta agar anda bertukar kepada saiz baju dalam yang lebih longgar atau tidak memakai baju dalam apabila di rumah.

Readmore..

Friday, October 30, 2009

Tips pemilihan coli

| Friday, October 30, 2009 | 0 comments

SETIAP wanita perlu memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.



PEMILIHAN saiz coli yang salah boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu dan bentuk payu dara sekiranya terus dibiarkan.

Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payu dara adalah agak kecil dan tidak kelihatan.

Pada usia sekitar 10 tahun pula, lapisan lemak di bawah epidermis masih lagi tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum tubuh wanita. Ketika inilah pertumbuhan payu dara mulai matang.

Readmore..

Monday, March 30, 2009

Pengesanan Awal Barah Payudara

| Monday, March 30, 2009 | 0 comments

Pengesanan Awal Barah Payudara Boleh Menyelamatkan Nyawa



Sejauh manakah keintiman anda dengan mahkota kewanitaan anda, payudara? Andai ditanya bilakah kali terakhir anda melakukan pemeriksaan sendiri payudara (BSE - breast self examination), agaknya, apakah jawapan anda? Lupa kerana sudah lama tidak melakukannya atau sememangnya anda tidak pernah ambil peduli?

Kajian mendapati, 2 daripada 3 wanita Malaysia tidak melakukan BSE walaupun menyedari kanser payudara adalah pembunuh nombor satu wanita. Antara alasan popular yang seringkali disuarakan adalah kurang yakin, tidak tahu apa perlu dicari, takut menemui sesuatu tidak normal dan tidak kurang juga yang kurang selesa menyentuh payudara sendiri.

Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia, satu daripada 19 wanita tempatan mempunyai kebarangkalian menghidap kanser payudara. Ia paling biasa menyerang kaum Cina (1:14 wanita) diikuti India (1:15) dan Melayu (1:24). Sekalipun nisbah wanita Melayu yang paling kecil, ironinya, sering kali mereka adalah yang paling lambat didiagnosis. Antara 40 hingga 60 peratus pesakit yang datang berjumpa doktor telahpun melewati tahap 3 atau 4, di mana tidak banyak boleh dilakukan. Semakin lewat kanser dikesan, semakin tipis peluang pesakit untuk sembuh.

Readmore..

Monday, August 11, 2008

Elak memakai coli lebih 12jam

| Monday, August 11, 2008 | 0 comments



Ada sebab mengapa saranan ini dibuat. Ia kerana memakai coli lebih daripada tempoh 12jam sehari mampu meningkatkan risiko kanser payu dara. Sebabnya coli akan memberikan tekanan kepada payu dara terutama kepada sistem limfa.

Sistem ini mengandungi sejenis saraf yang sangat kecil dan berfugsi untuk mengeluarkan toksin, sel debris, sel kanser, virus, bakteria dan sebagainya untuk keluar dari sistem payu dara. Namun begitu, coli juga penting kerana ia menyokong dan mengekalkan bentuk payu dara.

Ramai wanita mengakui mereka tidak selesa jika tidak memakai coli. Sebagai penyelesaian, elakkan memakai coli semasa tidur. Ini adalah antara cara untuk membantu mengelakkan risiko kanser payu dara.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com